4 Tips Tidur Leyna Bagi Ibu Hamil Guna Bantal Ala Hotel | Fadzi sekarang dah mengandung masuk bulan yang ketujuh. Dari awal pregnancy sampai sekarang, malam-malam Fadzi tak pernah tidur lena langsung. Sampai ada satu malam tu Fadzi penat sangat sampai menangis.
4 Tips Tidur Leyna Bagi Ibu Hamil Guna Bantal Ala Hotel
Dekat sini Fadzi nak share dengan korang tips yang Fadzi gunakan untuk tidur yang lebih selesa semasa hamil. Jujur Fadzi cakap masa hamil ni memang payah nak tidur lena tapi paling kurang ini yang boleh dilakukan untuk membantu dapatkan tidur yang lebih berkualiti.
1. Guna Bantal Lembut Dan Tahan Lama
Untuk tidur, korang kena pilih bantal yang lembut tapi tahan lama. Kalau boleh pilih bantal yang mempunyai fiber berkualiti tinggi. Bantal fiber ni lebih sejuk, lembut dan tahan lasak. Baru selesa nak tidur. Korang boleh cuba beli bantal lembut ala hotel contohnya bantal Leyna ini.
Bantal Leyna ni masa korang beli, dieorang dah siap-siap vakum kan dah. Jadi, masa korang beli dia nipis dan ringan. Senang nak bawa balik. Bila korang bukak plastik dia, terus dia mengembang jadi empuk.
Corak pada bantal ni pun cantik. Corak tu bukan pada sarung bantal tau. Dia corak pada bantal tu sendiri.
Corak pada bantal ni pun cantik. Corak tu bukan pada sarung bantal tau. Dia corak pada bantal tu sendiri.
Sekarang ni dah banyak bantal yang direka untuk ibu mengandung. Tapi Fadzi sebenarnya tak suka bantal jenis U atau C tu. Fadzi lebih suka guna bantal fiber biasa. Sebabnya bila dah habis pregnant, bantal mengandung tu tak lagi digunakan. Nak simpan bantal tu pun ambil ruang yang banyak. Kalau pakai bantal tidur biasa, boleh pakai sampai bila-bila.
2. Guna Bantal Yang Bersih Dan Bebas Hama
Pastikan bantal yang korang gunakan tu bantal yang bersih dan bebas hama. Tak nak lah tengah-tengah tidur duk terganggu dek gatal-gatal disebabkan hama kan? Kalau korang guna bantal Leyna ni, korang boleh basuh, jemur dan keringkan saja untuk hilangkan hama.
Bantal Leyna ni pun senang sangat nak dibasuh. Boleh guna washing machine atau mesin dobi layan diri. Bantal Leyna ini ada zip. Dalam dia isi Polyster. Ringan, lembut, senang nak dibasuh dan senang nak dikeringkan. Lagipun bantal Leyna ni tahan lasak. Kalau basuh guna mesin pun tak mudah terkoyak.
Kain sarung bantal ni tak mudah tertetas dan boleh dibasuh menggunakan air panas atau air sejuk. Tak perlu basuh selalu, basuh bila perlu saja. Agak-agak dalam 3 bulan sekali tu, dah okay dah.
Kain sarung bantal ni tak mudah tertetas dan boleh dibasuh menggunakan air panas atau air sejuk. Tak perlu basuh selalu, basuh bila perlu saja. Agak-agak dalam 3 bulan sekali tu, dah okay dah.
3. Letak Bantal Di Celah Kaki Dan Belakang Badan
Bila perut korang dah makin membesar, dah tak selesa nak tidur secara menelentang. Waktu ini cara terbaik untuk tidur adalah secara mengiring. Kalau ikutkan, mengiring ke kiri adalah yang terbaik tapi Fadzi sendiri akan bergilir-gilir mengiring ke kiri dan ke kanan untuk selesa.
Lepas tu, letakkan bantal di celah kaki dan belakang badan. Fadzi pula lain sikit caranya, Fadzi letak keliling badan. 4 bantal sekaligus hahaha. Satu dekat kepala, satu di celah kaki, satu di belakang badan dan satu lagi letak belah depan, tindih bawah perut sambil buat jadi bantal peluk.
Lepas tu, letakkan bantal di celah kaki dan belakang badan. Fadzi pula lain sikit caranya, Fadzi letak keliling badan. 4 bantal sekaligus hahaha. Satu dekat kepala, satu di celah kaki, satu di belakang badan dan satu lagi letak belah depan, tindih bawah perut sambil buat jadi bantal peluk.
Kita bagi can Aneeq demo lah macam mana letak bantal belakang badan dan celah kaki tu. Kalau Maknya buat demo, haih, tak kose korang nak tengok karang hahahha.
Rasa macam banyak sangat kan kalau 4 bantal. Tapi invest lah duit sikit untuk keselesaan korang semasa dan selepas hamil. Kalau korang beli bantal Leyna ni, sebiji bantal RM39. Tapi kalau korang beli 4 bantal sekaligus, korang boleh dapat dengan harga RM150.
4. Tinggikan Bantal
Ada waktu yang Fadzi rasa tidur mengiring ke kiri tak selesa. Tidur mengiring ke kanan pun tak selesa. Last-last sekali, Fadzi terpaksa tidur sambil separa duduk. Cara dia, tinggikan bantal. Lepas tu, duduk bersandar pada bantal tu. Cubalah untuk tidur.
Tidur cara duduk macam ini boleh mengundang sakit belakang, punggung dan tengkuk. Jadi, korang kena pilih bantal yang betul-betul lembut dan selesa macam bantal hotel Leyna ni untuk mengurangkan sakit-sakit sengal tu.
Fadzi dah kongsikan dengan korang beberapa tips untuk dapatkan tidur yang lebih selesa dengan bantal lembut ala hotel. Kalau korang nak beli bantal hotel murah Leyna ni, korang boleh tengok dekat: