Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all articles
Browse latest Browse all 630

Pengalaman Aneeq Jadi Talent Untuk Launching Gimmick Dengan Lara Alana

$
0
0
Pengalaman Aneeq Jadi Talent Untuk Launching Gimmick Dutch Lady Dengan Lara Alana | Baru-baru ini Aneeq terpilih jadi salah seorang talent untuk relaunch produk Dutch Lady. Alhamdullilah satu pengalaman baru yang best untuk Aneeq dan juga untuk Fadzi.
Talent for Malaysian ads

Day 1 Sales Launch Gimmick

Hari pertama Aneeq 'kerja'. Mula-mula Aneeq macam malu-malu jumpa talent yang lain dan PR. Risau juga Fadzi sebab ini adalah gig pertama Aneeq. Nak nak pulak dia baru bangun tidur dalam kereta. Moody sikit dia.

Talent for Malaysian ads


Dalam setengah jam macam tu, dia dah okay, dah warm up semua dan mula main dengan talent-talent yang lain. Waktu tu ada 3 orang talent yang lain iaitu Aneeq, Anabelle dan the other girl (Fadzi lupa namanya). Aneeq paling muda antara semua.

Talent for Malaysian ads

Waktu gimik untuk launching tu, tiga-tiga sekali excited nak naik pentas. Troli Aneeq agak berat sebab kotak paling besar. Sampai je atas pentas, seronok Aneeq melompat-lompat.  

Day 2 Shooting

Hari ini ada shooting untuk video pula. Kerja Aneeq senang je. Main. Hahahha. Serius. Main saja. Dan ada ramai lagi talent kanak-kanak yang lain main sekali dengan dia. 

Talent for Malaysian ads

Waktu ni Aneeq sangat-sangat clingy dengan host (tudung biru). Sikit-sikit nak tunjuk apa yang dia buat guna blocks tu.

Talent for Malaysian ads

Dari apa yang Fadzi nampak, Aneeq tak tengok benda ni sebagai kerja pun. Dia seronok jumpa kawan baru dan main dengan diaorang. 

Talent for Malaysian ads

Tibe-tiba Fadzi rasa kesian nya Aneeq dekat rumah selalu sorang-sorang. Bagus juga bila ada aktiviti macam ni. Dia jumpa ramai kawan. Sampai dia tak nak balik sebab seronok sangat bermain.  

Day 3 Sales Launch Gimmick

Hari ni agak terkejut sebab tak sangka Aneeq akan naik pentas sekali dengan Lara Alana. Sebelum ni talent 3 orang biasa je bukan dengan Alana. Kali ini Lara pun tarik troli naik pentas sekali dengan Aneeq dan Anabelle.

Talent for Malaysian ads

Sempat jugak Aneeq main mewarna guna pasir dan juga buat keychain shrink. Aneeq buat 2 keychain dan 2 sand coloring. Selebihnya dia main kejar-kejar dengan kawan-kawan dekat situ.

Talent for Malaysian ads

Kali ini majlis gempak sikit sebab buat dekat Menara KL dan ada banyak media serta blogger yang datang. Dan talent-talent masa shooting hari tu pun ada yang datang juga. 

Talent for Malaysian ads

Waktu ni Aneeq lagi lah seronok main. Dari pagi sampai petang dalam pukul 2 macam tu baru balik. Itu pun lepas kena paksa balik. Kalau tak, memang Aneeq tak nak balik lagi sebab nak main je.

Day 4 Dinner Launch Gimmick

Hari terakhir Aneeq 'bekerja' sebagai talent. Hari ini pun Aneeq kena buat benda yang sama macam dengan sales launching yang lepas-lepas iaitu tarik troli. Kali ni, jalan naik ke pentas agak tricky dan sempit. Tapi Alhamdullilah, Aneeq boleh buat.

Talent for Malaysian ads

Kali ni cuma 2 jam Aneeq dekat event. Dari pukul 6 petang sampai 8 malam. Disebabkan hari ni hari terakhir, Aneeq dapat hadiah daripada PR! Lepas je dapat hadiah tu, terus dia tak nak salam dan ambil gambar dengan orang lain. Sabar je lah.

Talent for Malaysian ads

Balik-balik bila buka hadiah, rupanya Aneeq dapat set Lego Friends. Walaupun penat, kiteorang melayan lah sekejap Aneeq pasang Lego satu plastik. Satu plastik lagi pasang esok harinya.

Talent for Malaysian ads

Sampai ke rumah asyik berkepit dengan hadiah tu. Tak nak lepas langsung. Siap orang nak shake hands dengan Aneeq, dia boleh lari pulak.

Talent for Malaysian ads

Pengalaman Aneeq Jadi Talent Untuk Launching Gimmick Dengan Lara Alana

Sebenarnya Aneeq dapat jadi salah seorang talent ni pun sebab ada kawan yang tanya dekat Facebook siapa yang ada anak umur 3 tahun untuk shooting. Fadzi pun saja lah nak cuba nasib Aneeq. PM la kawan tu.

Kawan minta beberapa gambar dan satu video Aneeq. Dan Alhamdullilah tak sangka terpilih pulak untuk shooting tu. Fadzi ingat dah tak dapat dah sebab tengok ramai jugak yang hantar. 

Pada asalnya Aneeq terpilih untuk shooting saja. Tapi tiba-tiba pihak PR tanya sama ada Aneeq boleh attend sales launch selama tiga hari sebagai talent untuk gimik. Kerjanya senang saja, cuma tarik troli yang ada mock kotak Dutch Lady.

Dalam Instagram Scha Al Yahya pun ada dia upload gambar Lara Alana dengan Aneeq dan Anabelle.

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya) on
Fadzi rasa macam kerja tu senang dan at the same time, boleh expose Aneeq pada dunia luar macam ni. So, lepas discuss dengan suami berkenaan dengan benda tu beserta tarikh, suami pun kata on. Fadzi pun setuju.

Disebabkan gimik dan shooting dibuat pada hari minggu, Fadzi dengan perut sarat 7 bulan ni drive sendiri dengan Aneeq ke tempat-tempat yang sudah ditetapkan. 

Ini first time Fadzi drive sepanjang mengandung. Dan first time juga Fadzi bawa Aneeq keluar berdua saja sepanjang mengandung. Kalau tak, memang ada husband sekali sebab pregnancy kali ini, Fadzi memang tak larat. 

Cuma kali ini, husband tak dapat cuti. Jadi, Fadzi buat semua sendiri. Hari terakhir saja yang husband teman kan sebab event hari Sabtu.

Di kesempatan ini Fadzi nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada PR yang banyak membantu Aneeq selesa kan diri dalam keempat-empat event tu. Serius Fadzi risau awalnya takut Aneeq malu-malu tapi he's good! Dia enjoy sangat.

Dan Fadzi rasa lepas ni Fadzi nak cuba lagi bawa Aneeq pergi casting untuk projek-projek lain. Mana tau rezeki Aneeq kan. 


Talent for Malaysian ads
Dengan Charu, PR yang in charge untuk talent. Lembut sangat orangnya.

Lagipun Fadzi nak sangat Aneeq exposed dengan dunia luar. Biasa Aneeq asyik duduk dalam rumah dengan Fadzi atau paling paling pun keluar  main dekat playground bawah rumah dan pergi event dengan Fadzi.

Projek untuk iklan Fadzi boleh consider lagi untuk Aneeq tapi kalau dapat tawaran untuk berlakon, mungkin Fadzi akan tolak sebab Fadzi takut nak bagi Aneeq masuk dunia entertainment.

Korang ada tau tempat untuk casting iklan? Kalau ada boleh tolong bagitau Fadzi ya? Nak mencuba nasib :) Dan mana tau ada juga yang membaca ni nak cuba hantar anak-anak korang pergi casting jugak kan?



Viewing all articles
Browse latest Browse all 630

Trending Articles