Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all articles
Browse latest Browse all 630

Pelaburan 6 Juta Untuk Prestasi Cemerlang Flower Chimp Di Asia Tenggara

$
0
0
Pelaburan 6 Juta Untuk Prestasi Cemerlang Flower Chimp Di Asia Tenggara | Korang pernah tak dapat bunga? Tak kisahlah dari sesiapa. Fadzi pernah tapi itu pun masa konvo Diploma dan Degree. Sebenarnya Fadzi bukanlah seorang peminat bunga tapi kalau orang dah bagi, Fadzi terima saja. Heheheh.

Baru-baru ini satu syarikat servis penghantaran bunga telah pun menerima pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik. Syarikat tersebut adalah Flower Chimp.  

Flower Chimp

Flower Chimp

Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman, Maximilian Lotz dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia Tenggara. Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia, mereka mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian. 

Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh negara. 

Flower Chimp

Sejajar dengan peningkatan perniagaan tersebut, mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga-bungaan kepada pasaran yang semakin berkembang.

Buat masa ini, Flower Chimp beroperasi di Malaysia, Indonesia dan Filipina. Dalam masa terdekat, dua usahawan bercita-cita tinggi ini bakal melancarkan platform mereka di Singapura dan negara Asia Tenggara lain.

Pelaburan 6 Juta Untuk Prestasi Cemerlang Flower Chimp Di Asia Tenggara 

Katanya, pelaburan RM6 juta itu adalah  kerana prestasi memberangsangkan Flower Chimp dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian. Walaupun Flower Chimp masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, mereka telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. 

Flower Chimp

Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, Flower Chimp telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima kali ganda berbanding tahun lepas

Mereka juga mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian mereka di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019. 

Kepesatan Industri e-dagang Memacu Perkhidmatan Penghantaran Bunga

Dengan kemajuan dalam bidang e-dagang, korang dah boleh pilih jambangan bunga kegemaran korang dan merancang penghantaran semudah di hujung jari sahaja. Senang gila kan? 
Flower Chimp

Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan korang dari harga serendah RM89 sahaja untuk pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah, titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih ataupun Hari Ibu.

Flower Chimp juga menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak. Nak lagi best? Korang boleh turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. 

Malah, korang juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang korang. 

Flower Chimp

Kalau korang berminat untuk dapatkan servis penghantaran bunga kepada sesiapa saja, korang boleh hubungi:

Flower Chimp di Malaysia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpMY/
Instagram: @flowerchimp

Flower Chimp di Indonesia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.co.id/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpID/
Instagram: @flowerchimp.id

Flower Chimp di Filipina
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com.ph/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpPH/
Instagram: @flowerchimp.ph



Viewing all articles
Browse latest Browse all 630

Trending Articles