Promosi Beli Baju Raya Jakel Dengan Diskaun Hingga 85% Sampai Malam Raya | Hari semalam aku sempat pergi ke Jakel Shah Alam sebab nak cuba dapatkan satu daripada 1000 baucer Baju Raya Percuma Jakel. Tapi tu lah sebab aku datang pun dah masuk tengah hari, memang tak dapatlah kan. Orang lain beratur mula pukul 7 pagi lagi. Tapi aku stay lah juga sebab nak tengok artis yang akan datang untuk memeriahkan suasana semalam.
Kempen Jakel Barulah Raya 2017
Kempen Jakel Barulah Raya ini sebenarnya adalah salah satu aktiviti wajib dalam kalender promosi Jakel dalam nak promosikan produk raya diaorang. Untuk menarik lebih ramai lagi pembeli, Jakel panggil duta-duta Jakel Textile turun beramah mesra secara santai pada hari semalam.
Lepas je sesi sembang santai dengan duta-duta Jakel, artis-artis duta pun turun padang untuk buat lelongan jualan untuk koleksi pakaian raya. Waktu ni lah Jakel turunkan harga kaw kaw untuk pembeli. Memang ramai sungguh lah dalam Jakel semalam masa sesi lelong tu semalam.
Yang lagi best kan, 1000 pelanggan Jakel yang terawal dapat baucer Baju Raya Jakel percuma. Tu yang ramai gila orang beratur depan pintu masuk Jakel. Baucer tu aku terlepas tu sebab datang lambat. Hihihihi. Pelanggan Jakel yang dapat baucer baju raya percuma tu boleh pilih sama ada nak dapatkan Baju Melayu atau Jubah Aaron Aziz secara percuma. Untung nye lah sapa dapat tu.
Duta Raya Jakel Barulah Raya 2017
Semalam antara duta yang turun padang untuk sesi sembang santai dan sesi lelongan koleksi raya adalah Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Al Yahya, Lara Alana (Schawalara) Ayda Jebat, Hanis Zalikha, Hairul Azreen, Yusuf Iskandar, Upin dan Ipin.
Jualan Murah Jakel Sempena Hari Raya 2017
Jakel pada tahun ini menawarkan harga runtuh yang ma akorang semua boleh beli-belah di Jakel dengan promosi hingga 85% diskaun untuk koleksi raya. Jualan murah Jakel ni berlangsung dari sekarang sampailah malam raya nanti. Ada banyak masa nak shopping dekat Jakel ni.
Koleksi Baju Raya Jakel
Tahun ni aku rasa ada sedikit kelainan pada koleksi Raya Jakel. Antara koleksi Raya yang ada pada tahun ini adalah:
Koleksi Baju Melayu
Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz lebih memfokuskan pada bahagian leher, poket dan motif bercorak. Baju Melayu Nabil Ahmad pula berkonsepkan moden kotemporari yang memfokuskan pada kemasan pada leher dan poket. Baju Melayu Awal Ashaari dan Baju Melayu Hairul Azreen pun ada untuk memeriahkan kempen jualan Jakel. Dan tahun ni lebih berlainan daripada tahun-tahun sebelumny asebab Jakel keluarkan koleksi Baju Melayu Harith Iskander untuk golongan plus size.
Koleksi Kurta
Koleksi Kurta Awal Ashaari dan Kurta Hairul Azreen ni adalah keluaran terbaru Jakel. Sekarang kan trend kurta tengah hot. Jadi, Jakel pun ikut perkembangan semasa dan keluarkan koleksi kurta untuk korang semua. Koleksi ini menggunakan kain cotton yang bercorak dan potongan leher serta belakang bahu yang kemas tambah lagi ada poket. Koleksi kurta ni pun lebih mesra wuduk sebab korang boleh lipat lengan baju dan dibutangkan di sisi lengan. Selain itu, ada juga koleksi kurta dariapada Kurta Aaron Aziz dan Kurta Nabil Ahmad.
Koleksi Baju Kurung
Tahun ini tahun kedua Jakel keluarkan koleksi Baju Kurung Ayda Jebat. Aku suka design-design baju kurung Ayda Jebat sebab dia ikut trend dan cantik. Sesuai untuk remaja.
Koleksi Pakaian Kanak-Kanak
Setiap tahun Baju Melayu Upin Ipin mesti ada. Kalau korang beli baju melayu Upin Ipin, korang akan dapat samping dan butang baju secara percuma. Tahun ni Jakel tambah lagi Koleksi Pakaian Kanak-Kanak dengan menampilkan kolesi di bawah label Koleksi Yusuf Iskandar dan Koleksi Lara Alana.
Koleksi Schawalara
Untuk koleksi Schawalara ni, ada koleksi Baju Melayu Awal Ashaari dan koleksi Kurta Awal Ashaari. Selain itu ada jugak koleksi Baju Kurung Moden Scha Al Yahya yang diperkemaskan dengan detailing seperti jahitan manik, perincian lace dan permainan dari segi cutting yang nampak menarik tapi tak terlalu sarat. Dan tak lupa juga koleksi Baju Kurung Lara Alana yang dihiasai dengan butiran beads dan lace.
Koleksi Hanis, Hairul dan Yusuf
Untuk koleksi Hanis, Hairul dan Yusuf pula ada koleksi Kurta & Baju Melayu Hairul Azreen yang diperbuat daripada fabrik cotton ang sesuai dengan cuaca panas negara kita. Selain itu ada juga koleksi Baju Kurung Hanis Zalikha yang lebih elegen, versatile dan classy tapi tetap nampak tradisional. Dan yang paling menarik, koleksi Baju Melayu Yusuf Iskandar yang lebih kasual dengan potongan lebih round neck untuk lebih selesa.
Jadi, korang dah tau nak beli baju raya Jakel yang mana tahun ni? Banyak betul pilihan dan setiap pilihan tu ada keunikan masing-masing. Korang boleh dapatkan koleksi pilihan masing-masing mulai sekarang hingga malam raya nanti di mana-mana cawangan Jakel terdekat korang. Selamat bershopping raya!