SGshop “Jom Shopping!” Contest | Dah lama aku tak join kontest dari mana-mana blogger. Bulan ni aku nak start jopin kontest anjuran blogger semula lah untuk support kawan-kawan blogger yang lain. Dan ini adalah kontest blogger yang pertama aku join setelah sekian lama.
Q1: Apakah servis yang SGShop tawarkan?
SGShop menawarkan perkhidmatan berkualiti tinggi untuk pengguna membeli dari laman web e-dagang China. Ia juga bekerjasama dengan syarikat logistik dan ekspress terbaik untuk pengguna menerima barangan mereka dengan baik dan selamat. Mereka turut memastikan keselamatan dan waktu penerimaan barang yang diberi secara cepat. Selain daripada itu, pembayaran secara online juga adalah selamat dan efisien.
Q2: Senaraikan 3 item yang anda mahu beli di platform SGShop Malaysia (Letakkan sekali gambar dan link item) dan berikan sebab kenapa anda nak beli item tersebut.
Antara 3 item yang aku nak beli dekat SGShop Malaysia adalah:
Raya dah nak dekat tapi beg baru tak ada lagi. Dah tua-tua macam ni tak kan nak pakai bagpack lagi kan. Nak lah bergaya dengan handbag macam orang perempuan lain pakai. Sekarang ni asyik angkut bagpack merata-rata. Kalau pakai handbag macam ni, nampak lah ayu sikit. Heheheh.
Biasa kalau nak pakai kasut bila keluar rumah, mesti nak terjatuh lah, nak tersenget-senget lah sebab pakai kasut sambil berdiri. Tak berdiri pun, pakai sambil membongkok. Aku rasa kalau ada shoe tool storage ni, selain daripada boleh jadi tempat letak kasut, boleh lah aku pakai kasut sambil duduk. Sopan sikit kalau orang lalu depan rumah waktu aku tengah pakai kasut kan. Tak adalah nampak terbongkok-bongkok, tertunduk-tunduk. tertonggeng-tonggeng.
Sebelum Aneeq masuk umur 2 tahun lagi aku perasan Aneeq suka sangat dengan alat musik. Zul ada belikan dia set drum masa pergi US hari tu. Seronok dia main. Lepas tu, bila dia jumpa gitar lama bawah katil kiteorang, terus dia nak main jugak. Yang paling best, setiap kali nampak orang main gitar dalam TV mesti dia buat gaya main gitar juga. Disebabkan gitar bawh katil tu besar gedabak, so sesuai lah kiranya kalau aku belikan Aneeq main Ukulele dulu. Sebab saiz dia kecik lagi kan.
Yang aku suka bola masuk ke dalam website SGShop ni, sebab harga barang-barang dekat sini memang murah-murah kalau pandai cari. Kena rajin sikit lah buat comparison. Korang dah pernah shopping dekat SGShop tak?