EXA Global - Hyper Reality Family Entertainment Center SetiaWalk Outpost Puchong | Pernah tak bila korang main game dekat PC or guna phone rasa macam nak rasa betul-betul memang kita yang tengah ada dalam game tu? Sekarang ni kan, dengan teknologi VR, semua orang boleh rasa sendiri macam tu. Korang boleh pergi ke EXA hyper reality Family Entertainment Center (FEC) yang terletak di SetiaWalk Outpost, Puchong.
EXA SetiaWalk Outpost
EXA SetiaWalk Outpost ni boleh dikatakan sebagai permainan sci-fi shooting games yang dimainkan menggunakan Virtual Reality (VR). Maksudnya, bila korang main permainan ni, korang akan rasa korang berada di dalam game itu sendiri. Yang lagi best, korang akan rasa semua benda dalam game tu sangat real.
Kaunter tiket EXA Outpost. Bila korang masuk ke pintu bilik permainan diaorang, korang akan rasa macam korang dah masuk ke dunia lain selain daripada bumi.
Ini pulak tengah briefing tentang mainan, keselamatan dan juga cara pemakaian alatan semasa permainan. Setiap pemain akan dibekalkan dengan satu bagpack, satu senjata, satu visor, bateri, charging system dan satu headset.
Inilah senjata yang korang akan gunakan masa dalam game tu. Jangan tertipu dengan mata korang. Nampak macam ringan kan? Sebenarnya agak berat jugak benda ni.
Episod 1: Dimension 12
Dalam game ni, lepas korang get ready dalam bilik mainan dan pakai semua alatan termasuk headset, akan ada satu suara yang bagi arahan pada korang untuk buat apa. Suara tu sebenarnya adalah suara seorang komander yang bernama Ric dan dia akan guide korang semasa dalam game. Bila korang dalam game tu nanti, akan ada gangguan kecemasan dan korang akan bertempur untuk mencari penyelesaian di bawah arahan Ric.
Waktu ini lah korang akan melawan dengan penjahat menggunakan senjata. Korang akan rasa korang betul-betul berdepan dengan orang jahat tu dan suasana dalam pertempuran. Korang cuma perlu buat gerakan sama ada ke kiri, ke kanan, ke belakang atau ke depan untuk bergerak. Dan kesemua gerakan tu korang akan rasa sangat real. Cool kan?
Untuk permainan ini, korang kena ada maksimum 4 orang pada satu masa dan setiap permainan akan berjalan selama 20 minit. Tak payah lama-lama, penat kot bila main ada aktiviti fizikal macam ni. Dan untuk main permainan ini, ada minimum ketinggian 140cm.
Family & Friends Corner
Selain daripada permainan VR ni, ada lagi permainan lain iaitu Family & Friends Corner. Dekat sini korang boleh main game dan ada entertainment yang memang menarik. Di Family & Friends Corner ni, korang boleh bermain selama 15 minit dan bilangan individu adalah 4 orang dengan konsep first come first serve.
Teknologi sekarang ni memang berkembang dengan maju. Kalau sebelum ni, permainan video hanya boleh dimainkan di platform seperti komputer, laptop, konsol permainan video dan TV tapi sekarang ni, korang boleh bermain secara fizikal seperti korang betul-betul ada dalam game tu. Hebat kan teknologi VR ni.
Buat masa sekarang ni, sempena dengan launching EXA SetiaWalk Outpost, korang boleh beli tiket dengan harga RM65 plus Buy 1 Free 1. Woah, berbaloi gila kot. Kiranya korang cuma bayar dalam RM30 lebih untuk seorang untuk alami sendiri permainan yang cool macam ni. Bila lagi nak cuba kan? Jadi, go grab your tickets now.
Untuk maklumat lanjut lagi pasal EXA SetiaWalk Outpost ni, korang boleh tengok dekat website dan Facebook diaorang.