Althea Raya Festive Goodies! | Althea buat hal lagi weh. Kali ni dieorang buat promosi besar-besaran sempena dengan Hari Raya Aidilfitri. Tau tau je dieorang ni aku nak
The Limited Edition Althea Raya Box
Kalau korang die hard fan Althea mesti korang tau, setiap kali ada perayaan atau ada apa saja event, Althea ni rajin buat kotak-kotak limited edition yang cantik-cantik. Sebelum ni aku pernah dapatkan barangan make up Althea dengan kotak cantik dia. Aku dah ada kotak warna biru untuk Christmas dan kotak pink untuk birthday Althea yang pertama.
Dan kali ni, sempena dengan Hari Raya Aidilfitri, Althea akan keluarkan kotak limited edition Raya yang berwarna hijau. Cantikkkkkk. Aku suka gila dengan design dan warna kotak kali ni,
Percaya tak kalau aku cakap, ada orang beli barang make up dekat Althea semata-mata nak kan kotak-kotak limited edition diaorang? Serius, ade.
Raya Giveaway Festival
Nak lagi best? Kali ni Althea ada buat Raya Giveaway Festival promo. Korang boleh pilih mana-mana satu antara item dalam page ini - Raya Giveaway Festival - sebagai free gift. Percuma weh percuma! Dekat page tu kalau korang klik memang akan tunnjuk harga tapi bila nak check out nanti, harga tu akan diberi diskaun 100%.
Tapi item yang ada dekat Raya Giveaway Festival ni korang boleh pilih selagi ada stock. Jadi, sebelum semuanya habis, korang kena cepat-cepat shopping dekat Althea dan grab free gifts ni.
Nak nampak cantik hari raya ni dengan koleksi make up baru dan harga yang berbaloi? Atau korang cuma nak dapatkan kotak limited edition Althea ni? Haahahahha, jom shopping dekat Althea hari ni jugak!