Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all articles
Browse latest Browse all 630

Senarai Hospital Bersalin Di Shah Alam

$
0
0
Senarai Hospital Bersalin Di Shah Alam | Bagi korang yang tengah mencari hospital-hosital bersalin di Shah Alam ni, nah Fadzi nak share sikit dengan korang antara option yang ada.

Senarai Hospital Bersalin Di Shah Alam

Senarai Hospital Bersalin Di Shah Alam

Setakat yang Fadzi tau, ada 6 hospital (sama ada kerajaan atau swasta) yang menawarkan pakej bersalin dekat hospital diaorang. Fadzi senaraikan nama-nama hospital beserta pakej yang diaorang ada. 

Take note, masa Fadzi buat entry ni (September 2018), semua harga adalah betul. Tapi kalau korang baca entry ni lepas date yang Fadzi mention dekat atas, korang check lah semula website diaorang untuk pakej tau. Takut diaorang dah tukar harga.  

Hospital Shah Alam

Fadzi letak Hospital Shah Alam ni yang pertama sebab Fadzi tau mesti ramai yang cari hospital kerajaan kan. Sebab kos lebih murah dan kalau ada kes emergency, diaorang tak akan tolak. 

Kos untuk bersalin dekat Hospital Shah Alam ni nanti Fadzi update semula sebab website Hospital Shah Alam tak boleh nak masuk pulak sekarang ni. Kalau dah boleh masuk nanti, Fadzi senaraikan apa yang perlu dibayar.

Kalau korang nak baca review orang lain punya pengalaman bersalin dekat sini, korang Google je "bersalin di Hospital Shah Alam". Banyak entry blogger lain buat. Macam-macam jenis pengalaman diaorang yang korang boleh baca. Ada yang okay dan ada jugak yang tak berapa okay.

Dekat bawah ni, Fadzi sertakan alamat Hospital Shah Alam untuk korang pergi tengok.  

Alamat: Persiaran Kayangan, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Masa Operasi: Open 24 hours
Telefon: 03-5526 3000

Avisena Specialist Hospital

Buat masa sekarang ni, kalau korang nak bersalin dekat Avisena Specialist Hospital, korang akan bersalin di bangunan lama. Bulan November kalau tak silap, diaorang akan buka Avisena Women And Children Hospital tak jauh dari bangunan yang sedia ada. 
Senarai Hospital Bersalin Di Shah Alam
Pakej untuk bersalin di Avisena Specialist Hospital:
Normal Delivery RM4500
Caeserean Delivery RM9750

Dalam pakej ni, akan include sekali bilik single, yuran konsultan, makanan, pemeriksaan neonatal, ubat-ubatan, pemeriksaan pendengaran untuk bayi, suntikan BCG, Vitamin K Dan Vaksin untuk bayi, lawatan ke rumah selepas bersalin dan stokin TED untuk bersalin Caesarean.

Kalau korang bersalin secara normal, korang kena warded 2 hari 1 malam. Untuk bersalin secara Caesarean pulak, korang kena warded 3 hari 2 malam.

Dekat bawah ni, Fadzi sertakan alamat Avisena Specialist Hospital untuk korang pergi tengok.  

Alamat: No. 4, Jalan Ikhtisas,Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Telefon: (603) 5515 1888
Fax: (603) 5515 1815
Email: careline@avisena.com.my
Website: http://avisena.com.my/our-services/our-services-womens-childrens-hospital/

KPJ Selangor Specialist Hospital

KPJ Selangor Specialist Hospital ini pulak terletaknya dekat Seksyen 20 Shah Alam. Setakat ni Fadzi tak pernah lagi pergi ke sini. Mungkin sebab jarak agak jauh dari rumah jadi Fadzi tak survey pun nak bersalin dekat sini. 

Senarai Hospital Bersalin Di Shah Alam

Pakej untuk bersalin di KPJ Selangor Specialist Hospital:
Normal Delivery 
- 4 bedded RM3290
- 2 bedded RM3390
- Single bed RM3590
Caeserean Delivery 
- 4 bedded RM9980
- 2 bedded RM10180
- Single bed RM10480

Harga pakej dah termasuk sekali dengan bilik, yuran konsultan, makanan, pemeriksaan neonatal, ubat-ubatan bawa balik, suntikan BCG, Vitamin K Dan Vaksin untuk bayi. Kalau korang nak buat ujian pendengaran untuk anak, cuma perlu tambah RM50 saja.



Kalau korang bersalin secara normal, korang kena warded 2 hari 1 malam. Untuk bersalin secara Caesarean pulak, korang kena warded 3 hari 2 malam. 

Dekat bawah ni, Fadzi sertakan alamat KPJ Selangor Specialist Hospital untuk korang pergi tengok.  

Alamat: KPJ Selangor Specialist Hospital, Lot 1, Jalan Singa 20/1 Section 20, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Telefon: +603-5543 1111 
Fax: +603-5543 7222
Website: http://www.kpjselangor.com/page?p2=Maternity+Package

Klinik Bersalin An Nur

Klinik Bersalin Annur ni sebenarnya kecil saja. Tak besar macam hospital-hospital yang lain. Namanya pun klinik kan. Dan diaorang hanya terima kes-kes yang ringan saja. Diaorang tak akan terima untuk caesarean tau.

Senarai Hospital Bersalin Di Shah Alam

Masa pregnant kan Aneeq dulu, Fadzi plan nak bersalin dekat sini sebab semua perempuan dari doktor sampai nurse. Tapi disebabkan Fadzi pecah air ketuban 2 minggu awal, terus diaorang reject Fadzi dan refer Fadzi ke hospital pilihan Fadzi. Waktu tu Fadzi pilih PPUM.

Diaorang tak ada website jadi Fadzi tak dapat nak survey berapa pakej bersalin diaorang. Tahun 2015, Fadzi survey harga dalam RM1.6k kalau tak silap. Ingat-ingat lupa pulak. Yang bestnya dekat Klinik Bersalin Annur ni, macam Fadzi cakap tadi, semua perempuan dan diaorang akan cuba jadikan pengalaman bersalin korang macam dekat rumah. 

Dekat bawah ni, Fadzi sertakan alamat Klinik Bersalin Annur untuk korang pergi tengok.

Alamat: Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6, 40000 Shah Alam, Selangor
Masa Operasi: Tutup 8 malam
Telefon: 03-5519 9354

Hospital SALAM

Hospital SALAM ni pulak letaknya dekat Seksyen 19. Pun Fadzi tak pergi survey sebab jarak macam jauh sikit dari rumah Fadzi sekarang. 

Senarai Hospital Bersalin Di Shah Alam


Pakej untuk bersalin di SALAM Shah Alam Specialist Hospital:
Normal Delivery RM2499
Caeserean Delivery RM6499

Harga pakej dah termasuk sekali dengan bilik, yuran konsultan, makanan, suntikan BCG, Vitamin K Dan Vaksin untuk bayi. 

Kalau korang bersalin secara normal, korang kena warded 2 hari 1 malam dalam bilik jenis single atau double. Untuk bersalin secara Caesarean pulak, korang kena warded 3 hari 2 malam dalam bilik jenis single.

Dekat bawah ni, Fadzi sertakan alamat Hospital SALAM untuk korang pergi tengok.

Alamat: SALAM Shah Alam Specialist Hospital, Seksyen 19 ,40300 Shah Alam, Selangor.
Telefon: 03-5543 4000
Website: https://www.salamshahalam.com/maternity

Hospital UMRA

Masa pregnantkan Aneeq, Fadzi pernah juga datang ke UMRA untuk survey. Hospital dia dekat bangunan kedai-kedai tapi besar jugak lah. Nampak pun selesa juga. Dekat pun dekat juga dengan rumah.

Senarai Hospital Bersalin Di Shah Alam

Pakej untuk bersalin di SALAM Shah Alam Specialist Hospital:
Normal Delivery 
- 3-4 bedded RM1999
- 2 bedded (sharing) RM2149
- Standard Single Room RM2499
- 2 bedded (non sharing) RM2599
- Executive Single Room RM2699
- 2 bedded (non sharing executive) RM3099

Caeserean Delivery 
- 3-4 bedded RM4999
- 2 bedded (sharing) RM5149
- Standard Single Room RM5499
- 2 bedded (non sharing) RM5599
- Executive Single Room RM5699

- 2 bedded (non sharing executive) RM5999

Harga pakej dah termasuk sekali dengan bilik, yuran konsultan, pemeriksaan bayi, ubat-ubatan bawa balik dan cas nursery. 

Dekat bawah ni, Fadzi sertakan alamat Hospital UMRA untuk korang pergi tengok.

Alamat: Hospital Umra, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Daru Ehsan.
Telefon: 603 5518 4319
Fax: 603 5511 4319
Email: umra@umra.com.my 
Website: http://www.umra.com.my/packages/

Itu antara 6 hospital yang Fadzi tau ada sediakan pakej bersalin di Shah Alam ni. Kalau korang tau ada hospital lain, boleh tolong komen dekat bawah supaya Fadzi boleh masukkan dalam senarai ini.

Yang tengah memilih hospital, harapnya entry ini dapat membantu sedikit sebanyak pening kepala korang tu. Pilih tu ikut kemampuan dan keselesaan. Mana-mana pun sama je sebenarnya cuma lebih selesa atau tidak je.

Korang boleh baca jugak:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 630

Trending Articles