Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all articles
Browse latest Browse all 630

SGShop Malaysia Haul

$
0
0
SGShop Malaysia Haul | Sebelum ni Fadzi pernah kongsikan dengan korang cara untuk beli barang murah dengan SGShop Malaysia. Korang boleh baca dekat sini - Cara Beli Barang China Murah Dengan SGShop Malaysia.

Hari ni Fadzi nak kongsikan pula Fadzi punya SGShop Malaysia Haul - barang-barang apa yang Fadzi beli dekat SGShop Malaysia.


Beli barang China murah dengan SGShop

SGShop Malaysia

Bagi yang masih tak tau. SGShop adalah satu website yang mana korang boleh beli barang-barang daripada China. SGShop ni tak jual apa-apa tau tapi lebih kepada jadi "orang tengah" atau forwarder.

Dengan kata yang lebih mudah, korang beli 10 barang daripada kedai di China yang berbeza dan barang-barang tu semua akan dikumpulkan oleh SGShop sebelum dihantar ke alamat korang. 

SGShop ini boleh dikatakan sebangai one stop center untuk beli barang-barang China sebab banyak barang yang korang boleh cari dekat sini. Dari pakaian, kasut, bag, barangan make up, barangan elektrik, perabot dan macam-macam lagi.

SGShop Malaysia Haul  

Baru-baru ni Fadzi terjebak membeli dengan SGShop. Barang yang Fadzi beli dengan SGShop boleh tahan banyak jugak. Bila masuk website SGShop mesti rambang mata sebab banyak pilihan dan harga boleh tahan murah.

SGShop Malaysia Haul

Fadzi order dan bayar untuk pembayaran pertama bagi kesemua barang pada 18 Julai 2018. Fadzi tunggu dulu sampai semua barang siap kumpul dekat warehouse SGShop di Guan Zhou.

Tarikh 22 Julai 2018 baru semua barang dah siap kumpul di warehouse SGShop. Fadzi terus buat pembayaran kedua pada tarikh 23 Julai 2018 menggunakan Shipping Method Economy Air.

SUMMARY PERJALANAN BARANG
Day 1 - Pembayaran pertama: 18 Julai 2018
Day 2 - Barang first sampai di warehouse: 19 Julai 2018
Day 5 - Semua barang sampai di warehouse: 22 Julai 2018
Day 6 - Pembayaran kedua: 23 Julai 2018 
Day 7 - Repacking dan Loading Barang: 24 Julai 2018
Day 8 - Barang dihantar ke Malaysia: 25 Julai 2018
Day - Barang sampai di Malaysia: 8 Ogos 2018
Day - Barang sampai di rumah: 9 Ogos 2018

Total hari dari pembayaran kali pertama hingga lah barang sampai ke rumah Fadzi = 22 hari kalau guna penghantaran melalui sea shipping. Courier dekat Malaysia pula pakai GDex.


SUMMARY TOTAL PEMBAYARAN
Total pembayaran pertama: RM261.93
Total pembayaran kedua: RM145.02

Untuk pembayaran pertama tu, Fadzi bayar mula-mula RM278.84. Lepas tu ada satu barang tu, ada perubahan harga. Asalnya harga RM20.69. Lepas harga berubah, dia jadi RM11.59. Jadi diaorang refund balik balance RM9.10 ke dalam akaun Fadzi.

Lepas tu pula, ada barang yang Fadzi nak tapi dah habis stock. Yang itu pun, diaorang refund semula dalam bentuk credit. So dari harga asal kena bayar RM278.84 jadi RM261.93. 

Meh Fadzi buat SGShop Malaysia Haul sikit dan korang boleh tengok apa benda yang banyak sangat barang Fadzi beli tu. Fadzi banyak beli barangan untuk photography dan video untuk kerja blogging dan Youtube, storage untuk dapur dan juga beberapa helai t-shirt untuk Aneeq. 


SGShop Malaysia Haul
1. Photography Background Paper White Wood Grain 
2. Photography Background Paper Brown Wood Grain 
3. Photography Background Paper White Marble
(http://bit.ly/PhotographyDecorativePaper)

Background paper ini lebih untuk record video atau tangkap gambar. Masa dalam gambar website, nampak macam real. Bila depan-depan, nampak tak berapa real. Tapi bila korang ambil gambar, nampak lah real sikit.  

Kertas dia tak tebal tapi macam laminated. Rasa licin. Rasanya kalau kena air, korang boleh cepat-cepat lap untuk elakkan kertas ni rosak mengembang.


SGShop Malaysia Haul
4. Photography Background Paper Rust Black
5. Photography Background Paper Sand White 
6. Photography Background Paper Light Ash 
7. Photography Background Paper Cement Ash 
(http://bit.ly/PhotographyDecorativePaper)

Yang ini pula sama juga, background untuk photography atau video. Tapi saiz dia lebih kecil daripada background yang atas. Background yang ini lebih nipis, lembik dan pendek. Rasanya kalau kena air ni rosak. So kalau korang nak beli, kena hati-hati jangan sampai terkena air.


SGShop Malaysia Haul
8. T-Shirt Kanak-Kanak Putih 
9. T-Shirt Kanak-Kanak Merah 
10. T-Shirt Kanak-Kanak Oren 
(http://bit.ly/TshirtTaobao)

Baju ni Fadzi saja beli lebih besar dari saiz Aneeq. Fadzi beli saiz XL. Hahahha, boleh lah tahan sampai tahun depan kot. Tapi Fadzi suka kain dia. Cotton yang selesa. Jahitan pun cantik.


SGShop Malaysia Haul
11. Octopus Tripod (http://bit.ly/OctopusTripod1)

Octopus tripod ni masa mula-mula dapat, Fadzi suka sangat. Dah lama dah nak beli tapi bila nak sambung phone holder dengan tripod tu, tak muatttt. Skru yang ada pada octopus tripod tu terlalu besar untuk phone holder tu.

And nak pasang Fadzi punya compact kamera dekat octopus tripod tu pun tak muat. Sadis. Tapi yang Fadzi suka dengan tripod ni, kaki dia, korang pusing macam mana pun, tercabut macam mana pun, boleh pasang semula.


SGShop Malaysia Haul
12. Plastic Storage Container Extra Large x 4 (http://bit.ly/ContainerLarge)
13. Plastic Storage Container Small x 4 (http://bit.ly/ContainerSmall)

Container ni Fadzi beli untuk simpan barang-barang dekat dapur. Mula-mula dapat tu Zul macam risau sebab dia tanya sesuai ke untuk letka barang makanan. Lepas tu Fadzi pun macam hmmm. Haah eh. Tak terfikir pulak.

Tapi Zul ada nampak code dekat bawah container tu. Code tu tandanya sesuai untuk letak makanan dan BPA free. 


SGShop Malaysia Haul
14. LED Camera Light x 2 (http://bit.ly/CameraLEDLights)

Yang ini pula LED Camera Light. Kalau nak gambar cantik, lighting pun kena cukup. Kalau korang biasa ambil gambar dalam rumah yang tak cukup natural light dan lampu rumah pun tak berapa kuat, mungkin boleh cuba beli LED light ni. 


SGShop Malaysia Haul
15. Black Small Lattice Wrought Iron Rack (http://bit.ly/IronRack)

In ipula sebenarnya lebih kepada untuk hiasan masa ambil gambar. Fadzi kan suka ambil gambar barang-barang dan letak dekat blog, FB, IG semua. Nak nampak cantik cantik sikit, Fadzi beli lah jaring ni. Boleh naik sikit seri gambar hehehe. 


SGShop Malaysia Haul
16. Two-tier Kitchen Storage Rack (http://bit.ly/TwotierRack)

Ini pula rak 2 tingkat. Zul semangat sangat nak beli sebab nak letak dalam kabinet dapur. Dia complain barang dapur Fadzi banyak sangat sampai tak ada tempat nak simpan barang-barang tu. Jadi, Zul nak jugak Fadzi beli rak 2 tingkat ni. Kena pasang sendiri tau.


SGShop Malaysia Haul
17. Photography Background Non Woven Light Blue (http://bit.ly/PhotographyBackground)

Yang ini background untuk video atau photograhy. Warna dia nampak sweet kan. Yang ni sebenarnya Fadzi lebih suka pasang dia secara melintang. Ni Fadzi pasang secara menegak untuk ambil gambar ni saja. 


SGShop Malaysia Haul
18. Photography Background Non Woven Light Yellow (http://bit.ly/PhotographyBackground)

In ipun sama macam dekat atas. Cuma waranya lebih terang dan menarik, wana kuning. Sebenarnya barang-barang photography dan video ni Fadzi beli sebab awal tahun dulu Fadzi nak start projek baru. Tiba-tiba mengandung pulak dan sangat-sangat tak larat. So, Fadzi beli je dulu, then next year lepaspantang lah baru Fadzi start projek baru tu. 


SGShop Malaysia Haul
19. Photography Background Non Woven White (http://bit.ly/PhotographyWhiteBackground)

Yang ini pulak backdrop photography dan video warna putih. Nampak macam studio tak kehkehkeh. Yang ini saiz memang besar. Mohon abaikan keserabutan rumah Fadzi sekarang. Time time pregnant ni lah kononnya nak buat spring clean lepas tu tak larat. Hahhaha.

Tu dia 19 jenis barang yang Fadzi beli dekat SGShop. Korang boleh juga tengok video SGShop Malaysia Haul yang Fadzi dah record dekat bawah ini.


Kalau korang nak tau lebih lanjut lagi pasal SGShop Malaysia ni, korang boleh lawat:

Website: http://www.sgshop.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/SGshopMalaysia
Instagram: https://www.instagram.com/sgshop_malaysia/

Sekarang ni SGShop tengah buat promosi gila tau sempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 61 ni.


Buat pembelian dan Pembayaran Pertama dalam tarikh

28 Ogos 2018 hingga 31 Ogos 2018

Dan korang akan dapat diskaun:
RM10 off untuk barangan yang dibeli atas RM199
RM20 off untuk barangan yang dibeli atas RM299
RM30 off untuk barangan yang dibeli atas RM399
Dan dapat Free Service Charge jugak

Nak lagi best? Guna code voucher dekat bawah ini untuk dapat extra 10% diskaun untuk international shipping fee.

FADZI10%

Korang boleh baca dekat sini untuk Terms & Conditions. - Celebrate Malaysia's 61 Birthday Promotion.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 630

Trending Articles