Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all articles
Browse latest Browse all 630

Ada Mainan Percuma Tersorok Dalam Botol Carrie Junior!

$
0
0
Ada Mainan Percuma Tersorok Dalam Botol Carrie Junior! | Ada tak antara korang yang beli mandian atau shampoo brand Carrie Junior untuk anak-anak korang? Sebenarnya kan ada permainan percuma yang tersorok dalam botol Carrie Junior tu. Serius tak tipu.

Permainan percuma Carrie Junior

Fadzi dah tau lama dah pasal ni sebab sebelum ni pun pernah je tercari-cari manalah mainan percuma yang diiklankan dek Carrie Junior ni. Punyalah tercari-cari ingatkan kena redeem dekat kaunter masa bayar ke kan. Rupanya bukan. Permainan percuma tu ada di belakang botol sabun atau shampo yang korang beli tu.

Kali ini, Carrie Junior tengah bagi permainan baru. Ikut tema lagi iaitu 'Sukan Ria'. Katanay untuk membantu perkembangan imaginasi dan minda kanak-kanak. Carrie Junior ni bukan saja nak bagi anak-anak kit seronok masa mandi, tapi juga untuk menekankan amalan murni di dalam interaksi masam bermain dengna permainanan dengna cara yang kreatif dan imaginatif.

Permainan percuma Carrie Junior

Untuk tema 'Sukan Ria' kali ini, ada 6 patung permainan yang comel untuk korang kumpul. 6 patung itu adalah:
Carrie Junior - patung gajah yang suka main bola sepak
Speedy Tommy - patung kura-kura yang terpantas di trek larian
Tuffy Teddy - patung beruang yang paling kuat
Dribbly Minky - patung racook yang hebat dalam sukan hoki
Smashy Macky - patung monyet yang tangkas bermain ping pong
Trophy - Trofi kejohanan sukan

Sebelum ni punya Fadzi dapat patung Speedy Tommy tu tapi bukan dalam tema 'Sukan Ria'. Waktu masa dieorang buat tema Koleksi Pelaut Carrie Junior 'Pirates of Carrieland'. Dapatlah seketul hehehe.

Bagi yang tak tahu, mesti korang pun tercari-cari dekat mana mainan percuma ni kan? Sebenarnya kan, korang kena cabut pelekat dekat belakang botol Carrie Junior tu. Lepas tu korang akan nampak ada satu lubang yang diisikan dengan bekas plastik. Ha, dekat situ lah mainannya.

Fadzi ada dengar dan baca komplen ada mak bapak yang marah sebab tak ada pun permainan percuma tu bila tengok semula. Tapi diaorang tak tahu dekat mana permainan itu disorok sebenarnya. 

Permainan percuma Carrie Junior

Tak baik marah-marah tau. Sebenarnya dekat botol Carrie Junior tu pun dah bagitau. Dekat pelekat bahagian belakang, diaorang dah ada tulis "Peel to reveal toy". 

Fadzi pun tau sebab Fadzi baca dekat pelekat tu. Biasanya Fadzi tak rajin sangat pun nak baca pelekat dekat belakang sabun mandi ni. Tapi sebab nak mencari permainan percuma tu punya pasal, habis satu botol tu Fadzi explore sebelum ni. Tu yang boleh tahu tu. Kalau tak, Fadzi pun tak tahu. 

Permainan percuma Carrie Junior

Tapi tak syoklah kalau korang yang bukakan untuk anak-anak korang. Tak adventure. Korang cakap je pada anak korang, ada mainan yang tersembunyi dekat botol tu. Biar anak-anak korang yang cari sendiri. Baru lah boleh meransang dan menggalakkan sifat ingin tahu dan bagi diaorang meneroka sambil berseronok. 

Permainan percuma Carrie Junior

Ini keadaannya bila pelekat belakang botol dah dibuka. Korang akan nampak ada bekas plastik separa lutsinar macam ni. Korang kena cabut pulak bekas plastik tu dari botol.


Permainan percuma Carrie Junior

Bila dah keluar dari botol, keluarlah permainan tersorok ini. Masih dalam plastik pulak. Dah satu kerja kena bukak plastik ni pulak. Hahahha.

Permainan percuma Carrie Junior

Bila dah jumpa, boleh buat main masa mandi dengan sabun dan shampoo Carrie Junior tu. Baru lah nak panggil mandi je seronok. Tak payah susah susah menjerit naik angin bila anak lari waktu suruh mandi. Eh, Fadzi dengn Aneeq lah tu. Hewhewhew.

Oh ye, patung-patung figura Carrie Junior & Buddies ni korang boleh dapat secara percu,a dari mana-mana jenis produk rangkaian Carrie Junior Baby Bath,  Carrie Junior Baby Shampoo, Carrie Junior Baby Hair & Body Wash serta Carrie Junior Kids Shampoo yang bersaiz 700ml. 


Question of the Day

Korang yang dah ada anak pakai sabun dan shampoo brand apa ye? Dan sebab apa korang pakai brand tu?



Viewing all articles
Browse latest Browse all 630

Trending Articles