Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all articles
Browse latest Browse all 630

RenoSkin Rawatan Alternatif Untuk Eczema Dan Kulit Sensitif

$
0
0
RenoSkin Rawatan Alternatif Untuk Eczema Dan Kulit SensitifBaru-baru ini Fadzi diperkenalkan oleh seorang kawan dengan RenoSkin Medic Serum. RenoSkin Medic Serum ini dikatakan sebagai penawar yang mampu merawat kulit sensitif secara organik. 

RenoSkin Medic Serum

RenoSkin Medic Serum

RenoSkin adalah satu produk yang boleh digunakan sebagai salah satu cara merawat eczema dan kulit sensitif. Dihasilkan daripada campuran herba semula jadi bersama bahan aktif ekstrak Vitamin A dan Vitamin E, ianya mampu untuk memberi kesan 70-80 kali ganda daripada vitamin sintetik. 

Produk telah pun didaftarkan di bawah kilang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice) dengan nombor pendaftaran KKM NOT 161106450K. Kalau ikut pada pamplet yang Fadzi dapat ni, RenoSkin ini bebas bahan kimia, bebas pewangi sintetik, bebas pengawet dan bebas paraben. Lega sikit nak pakai bila dapat info yang macam ni. 

RenoSkin Rawatan Alternatif Untuk Eczema Dan Kulit Sensitif

RenoSkin ini banyak manfaatnya terutamanya bagi yang ada masalah kulit. Antara manfaat RenoSkin ini adalah:

  • Cara merawat eczema dan proriasis
  • Melembapkan kulit
  • Merawat dan mencegah ruam lampin
  • Merawat jangkitan kulat dan bakteria
  • Merawat luka melecur
  • Menyuburkan rambut
  • Menghilangkan regangan kulit
  • Memudarkan pigmentasi
  • Memudarkan parut
  • Merawat gatal-gatal, merah dan alahan kulit

RenoSkin Medic Serum

Syukur sangat Fadzi dan keluarga memang tak ada masalah eczema atau kulit sensitif. Tapi Fadzi ada masalah kulit kering terutamanya kalau berada dalam keadaan berhawa dingin jangka masa yang lama.


Sekarang ni kan malam-malam Fadzi tak boleh tidur dan asyik terjaga sebab panas. Jadi Fadzi pun buka air cond masa tidur. Masalahnya, bila tidur dalam air cond, pagi besoknya bangun kulit muka akan berasa agak kering dan tegang. Kulit bahagian lengan pun rasa gatal-gatal sebab kering. Yang paling kering adalah di bahagian betis. Memang agak teruklah. 

Fadzi baru cuba RenoSkin untuk beberapa hari. Kurang sikit rasa kulit kering ni. Tak ada lah rasa tegang je bila duduk lama dalam air cond. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan ResnoSkin ini jugak kebanyakannya adalah dari bahan semulajadi yang membantu untuk melindungi kelembapan kulit serta memperbaiki sel-sel kulit.  

Antara bahan-bahan yang digunakan di dalam RenoSkin adalah:

  • Ekstrak Buah Zaitun 
  • Herba Rosemary 
  • Ekstrak Kelapa Asli  
  • Vitamin A
  • Vitamin E
  • Vitamin K


Bahan-bahan dekat atas ni mampu untuk menjadi agen pelembap semula jadi, anti radang dan juga sebagai anti-bakteria serta anti-kulit.
Agen Pelembap Semulajadi - mampu memberi kelembapan hingga 6 jam untuk satu sapuan serta mengelakkan kulit gatal-gatal serta kering menggelupas
Anti-Radang - mampu membantu mengurangkan gejala kulit kemerahan dan bengkak
Anti-Bakteria Dan Anti-Kulat - mampu membantu meyekat pertumbuhan aktiviti bakteria dan kulat serta kulit bebas daripada kuman

Packaging, Tekstur Dan Harga RenoSkin Medic Serum

RenoSkin ini datang dalam bentuk botol pam 80ml. Harga untuk satu botol cuma RM65 (Semenanjung) dan RM69 (Sabah & Sarawak). Bagi Fadzi harga dia agak berbaloi dengan isi kandungan dia. Lagipun, RenoSkin ni banyak kegunaan dia selain untuk eczema dan kulit sensitif.

RenoSkin Medic Serum

Tekstur dia pula antara likat dan cair. Tak terlalu cair macam air dan tak terlalu likat macam krim. Lebih kurang macam minyak. Cecair dia berwarna putih/kuning cair yang jernih. Bau dia tersangat mild tapi sedap je. 

Dengan sekali pam je, korang boleh sapu keseluruhan satu anggota badan korang. Contohlah kan, Fadzi nak sapu dengan lengan. Fadzi pam sekali, cecair RenoSkin yang keluar tu boleh cover keseluruhan dari bahagian siku hingga ke bahagian pergelangan tangan Fadzi. Jangan pam banyak banyak kali, membazir je nanti.

Pada Fadzi, serum ni agak ambil masa untuk meresap ke kulit. Tapi bila dah meresap, Fadzi rasa kulit Fadzi lembut  dan lembap. Bau pun wangi juga. So far, Fadzi puas hati dengan RenoSkin sebab boleh elakkan kulit Fadzi dari kering di bawah penghawa dingin.  

Bagi yang ada masalah kulit seperti eczema atau proriasis atau masalah-masalah kulit lain, korang bolehlah cuba RenoSkin sebagai rawatan alternatif kulit. Tak salah kita mencuba, mana tahu berkesan untuk korang jugak kan?

Untuk maklumat lanjut atau nak dapatkan produk RenoSkin ni, korang boleh tengok website, Facebook atau Instagram RenoSkin. Link Fadzi kongsikan dekat bawah.


Question of the Day

Korang ada masalah kulit tak? Apa petua orang tua yang korang pernah pakai untuk merawat masalah kulit korang? Kongsi sikit.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 630

Trending Articles