Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all 630 articles
Browse latest View live

3 Juara Kategori Rock 16 Oktober 2016

$
0
0
Semalam satu program baru realiti di TV3 dah mula pun iaitu 3 Juara. Aku tak ada lah berminat sangat nak tengok tapi Zul kata nak tengok sebab semalam kategori rock. Entah lah, Zul tu memang suka rock rock ni nak nak lagi rock kapak zaman dulu-dulu punya. Aku pun tengok je lah kejap.

3 Juara TV3

Program 3 juara ni mulanya pada semalam 16 Oktober di TV3 setiap hari Ahad, pukul 9 malam. So, semalam ni first episod lah kiranya. Aku sempat tengok 5 orang je yang buat persembahan sebab nak pksa Aneeq tidur. Haahahha.

Peserta-Peserta 3 Juara Kategori Rock

  • Kudien
  • Rahra
  • Aril
  • Kelvin
  • Ayien
  • Arull
  • Eva Maria
  • Indra


3 Juara Kategori Rock

Yang terpilih untuk mara ke depan adalah Kudien, Aril, Ayien, Arull, Eva Maria dan Indra. Rahra dan Kelvin tak lepas. Tapi, pada pendapat aku memang Rahra dan Kelvin tak perform well hari semalam. Suara Rahra macam tak menonjol ke'rock'an nya dan Kelvin pulak, dia nampak macam tak enjoy dan control sangat masa perform.

Kudien punya suara memang rock habis. Serak-serak basah cumanya suara dia suara rock biasa, tak ada beza dengan suara-suara yang dah ada dalam industri rock Malaysia. Aril pulak, disebabkan dia muda, nampak sesuai lah dia bawak lagu rock modern tu. Dan boleh nampak dia memang enjoy masa perform lagu yang dia bawak tu. Pandai dia guna keseluruhan pentas. Ayien punya suara pun ok, sedap. Cuma gaya rock yang dia cuba buat atas pentas tu agak awkward bagi aku. Nampak tak natural.

Arull, Eva maria dan Indra pulak, aku tak sempat nak tengok. Hari ni try cari dekat Youtube dan website TV3 pun tak ada orang yang up kan lagi video dieorang menyanyi. So, aku pun tak boleh komen pasal dieorang punya nyanyian dan style.   

Korang ada tengok jugak ke 3 Juara ni? Apa komen korang? 


Senarai Drama Melayu Popular Oktober 2016

$
0
0
Senarai Drama Melayu Popular Oktober 2016 | Banyak betul drama-drama Melayu yang bersiaran sekarang ni kan. Dari TV percuma ke Astro, semua ada cerita yang agak best untuk tengok. Aku selalu je nampak kawan-kawan dalam Facebook asyik duk update status pasal drama-drama Melayu ni. aku teringin jugak nak tengok tapi kadang-kadang tu tak cukup masa dan lost. So, aku pun tanya lah diaorang drama apa yang ada sekarang ni. Tanya punya tanya, nah. Senarai Drama Melayu Popular Oktober 2016.

Senarai Drama Melayu Popular Oktober 2016


Lara Aisyah

Lara Aisyah (Astro)

Pelakon:
Antara pelakon yang ada dalam drama Melayu Lara Aisyah ni - Fasha Sandha, Nazim Othman, Shah Jazle dan Jasmin Hamid.
Tayangan:
Setiap hari Isnin sampai Jumaat, pukul 6 petang, Astro Prima (105) dan Astro Maya (135)
Sinopsis:
Cerita Lara Aisyah ni fokus pada dua orang wanita - Aisyah yang tengha berjuang untuk selamatkan pasar tempatan daripada dirobohkan dan Zurin - seorang bekas banduan yang tengah mencari anak kandungnya yang dah hilang. Zurin tu dipenjarakan dekat luar negara sebab kesalahan yang bukan dia buat pun dan semua tu dirancang oleh mak mentua dia. Bila dah dibebaskan, baru Zurin tahu yang anak dia kena culik masa kecil dan still hidup. So, Zurin pun plan untuk balas dendam. Aisyah pulak dia ni dibesarkan oleh muiz dalam keadaan yang serba kekurangan. Dia kerja dekat pasar malam dan orangnya keras hati. Bila Aisyah tau pasar tu akan diambil alih, dia pun bergaduh dengan anak Datuk Alif (pemilik premis). Gaduh punya gaduh, Aisyah terjumpa dengan Iskandar, waris keluarga mentua Zurin. Bercintalah si Aisyah dengan Iskandar. Family iskandar pulak nak kahwinkan Iskandar dengan Felisha sampai sanggup buat jahat dekat Aisyah.

Suri Hati Mr Pilot (Astro)

Suri Hati Mr Pilot (Astro)

Pelakon:
Antara pelakon yang ada dalam drama Melayu Suri Hati Mr Pilot ni - Fattah Amin, Neelofa, Nina Juren dan Ben Amir.
Tayangan:
Setiap hari Isnin sampai Khamis, pukul 10 malam, Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (125)
Sinopsis:
Bila Ejaz dan Warda bertemu, kisah dua tahun lepas pun mula terungkit semula. Warda pernah dibuang keluarga sebab terlalu taksub dengan cinta muslim. Ejaz yang rasa cemburu bila Daniel dan Razif pun suka jugak pada Warda, terus melamar Warda jadi isteri. Bila berkahwin, barulah cinta mula terbit dari hati masing-masing. Tapi tengah-tengah hangat bercinta, Muslim datang balik untuk kacau Warda, Inara pun datang mengacau. Hubungan dieorang mulai retak sampai satu ketika Ejaz ditimpa kemalangan yang menyebabkan semua impian Ejaz pada cintanya terhadap Warda dan dunia penerbangan hancur. 

Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata (TV1)

Pelakon:
Antara pelakon yang ada dalam drama Melayu Pergilah Air Mata ni - Kamal Adli, Amar Asyraf, Nelydia Senrose dan Izreen Azminda.
Tayangan:
Setiap hari Sabtu dan Ahad, pukul 7.05 malam, TV1
Sinopsis:
Kisahnya bermula dengan Sabrina, seorang gadis naif dari kampung yang kehidupannya tidak terdedah kepada anasir negatif. Ada sesuatu yang malang menimpa Sabrina apabila dia diperangkap oleh rakan baiknya sendiri, Maria sehingga terpaksa berkahwin paksa dengan seorang jejaka kaya bernama Badrul Datuk Hamidi . Bertambah malang, apabila sudah berkahwin, Sabrina menjalani hidup yang lebih sukar dengan menjalani kehidupan bermadu dengan isteri pertama Badrul, Dayana sehingga sering disalah anggap mahu mengaut harta suaminya. Kerana satu rancangan yang dirancang untuk memisahkan mereka, rumah tangga Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina goyah hingga menyebabkan Badrul sanggup menyakiti Sabrina. Dia tetap dilayan baik oleh Datuk Hamidi, namun kesedihannya tidak berpenghujung. Namun, dalam membenci, rindu datang jua, Badrul tidak dapat melupakan Sabrina. Rasa benci membuatkan Badrul menafikan perasaan kasih dan rindu yang datang, hinggalah Sabrina meminta perpisahan. 

Hero

Hero (TV2)

Pelakon:
Antara pelakon yang ada dalam drama Melayu Hero ni - Sharnaaz Ahmad, Tiz Zaqyah, Rusdi Ramli dan Fezrul Khan.
Tayangan:
Setiap hari Isnin, pukul 9 malam, TV2
Sinopsis:
Mengisahkan ahli bomba dan penyelamat Khalid dan Zaki merupakan sahabat baik dan mereka merupakan ahli bomba yang sentiasa berdedikasi dalam tugas. Walau bagaimanapun, suatu kecelakaan telah terjadi apabila Zaki telah terkorban semasa menyelamatkan Khalid sewaktu kejadian kebakaran di sebuah apartmen 20 tingkat di ibukota. Khalid tidak dapat menerima kenyataan dan sering menyalahkan dirinya diatas kecelakaan yang terjadi. Cabaran diterima pasukan bomba yang menerima panggilan 'prank' dibuat oleh pemanggil yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan untuk mencabar tugas pasukan bomba. Pasukan yang diketuai oleh Zarul dan Khalid diarahkan untuk pergi ke lokasi yang dilaporkan mengalami kebakaran yang mana jarak diantara dua lokasi tersebuat agak berjauhan. Lokasi yang ditugaskan kepada Khalid tidak mempunyai sebarang insiden kebakaran manakala lokasi Zarul mengalami kebakaran yang besar sehingga memerlukan bantuan khas. 

Patahnya Sebelah Sayap

Patahnya Sebelah Sayap (TV3)

Pelakon:
Antara pelakon yang ada dalam drama Melayu Patahnya Sebelah Sayap ni - Ummi Nazeera, Aeril Zafrel, Izzue islam dan Wawa Zainal.
Tayangan:
Setiap hari Isnin sampai Rabu, pukul 10 malam, TV3
Sinopsis:
Mengisahkan Alisha dan Amzar. Pada awalnya hubungan mereka amat baik kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar  dan Amzar juga melamar Alisha. Dalam perjalanan pulang, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar. Suatu hari, terpampang di dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha yakin bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian malam bersama Amzar. Trauma Alisha makin bertambah apabila sekumpulan anggota polis datang ke rumahnya dan menahannya. Menurut mereka, Alisha adalah suspek utama kes langgar lari yang disiarkan di media massa. Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di atas “kesalahannya” itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya sendirian. Selepas dua tahun, Alisha dibebaskan dan menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi, suami kepada mangsa langgar lari Amzar.

Cinta Masam Manis

Cinta Masam Manis (TV3)

Pelakon:
Antara pelakon yang ada dalam drama Melayu Cinta Masam Manis ni - Zamarul Hisham, Izara Aisyah, Raja Ilya dan Shah Jaszle.
Tayangan:
Setiap hari Isnin sampai Khamis, pukul 6.58 petang, TV3
Sinopsis:

Mengisahkan cinta antara seorang duda berusia 40-an bernama Johan dan Sarah yang baru mencecah usia 20 tahun. Pelbagai dugaan yang harus ditempuhi untuk mengukuhkan percintaan mereka berdua. Johan ialah seorang ahli perniagaan yang sudah bercerai dengan isterinya pada tiga tahun lepas. Suatu hari Johan terbuka untuk menerima wanita dalam hidupnya apabila dia bertemu dengan Sarah. Sarah diperkenalkan kepada anak-anak Johan dan mereka memberikan reaksi yang berbeza terhadap Sarah. Anak sulung Johan, Hanna, membantah hubungan mereka kerana jarak usia Sarah dan Hanna hanya beza dua tahun. Sebaliknya, Hanis gembira buat ayahnya kerana merasakan sudah tiba masanya untuk ayahnya mencari teman hidup baru.

Samudera Rindu

Samudera Rindu (TV9)

Pelakon:
Antara pelakon yang ada dalam drama Melayu Samudera Rindu ni - Azhan Rani, Dynas Mokhtat, Eyra Hazali dan Watie Sadali.
Tayangan:
Setiap hari Selasa sampai Ahad, pukul 8.30 malam, TV3 dan TV9
Sinopsis:
Mengisahkan hubungan Atirah dengan ibunya, Nadia yang menghidap penyakit kemurungan selepas kehilangan anak sulungnya. Walaupun dia tahu keadaan ibunya, dia tetap menghormati Nadia sebagai ibunya. Zainal, ayahnya pula kerap tukar pekerjaan kerana keadaan isteri tercintanya, Nadia. Bagi Zainal, Atirah adalah satu-satunya anaknya dengan isteri kesayangannya, dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga Atirah. Atirah menjadi rakan baik dengan ibunya. Perangai Nadia berubah menjadi kebudak-budakan seperti Atirah. Walaupun Zainal sedih melihat keadaan Nadia, tetapi dia tetap bahagia kerana merekalah ahli keluarga yang menjadi dorongannya. Zainal tidak pernah melupakan cinta kepada isterinya mahupun mempunyai niat untuk menghantar Nadia ke hospital. Lama kelamaan, Atirah telah berjaya menyambung pelajaran ke menara gading. Dia mula berasa penat untuk melayan karenah ibunya. Dia juga berasa malu untuk mengaku dengan kehadiran ibunya yang tidak waras itu. Apatah lagi Atirah mula berkawan dengan Eizaril. Akhirnya, Nadia dihantarkan ke hospital untuk rawatan. Walaupun berat hati Zainal untuk berbuat demikian, tetapi ia adalah cara yang terbaik buat Nadia. Pada masa yang sama, Zainal juga mula rapat dengan rakan sekerjanya, Siti yang sentiasa memberi kegembiraan yang kian lama tidak diisi.


Itu antara drama-drama Melayu yang kawan-kawan dalam Facebook aku ada bagitau. Dalam senarai ni, aku cuma pernah tengok Patahnya Sebelah Sayap, Cinta Masam Manis. Itu pun tak follow sangat sebab tak sempat nak tengok. Tapi bagi korang yang nak tengok drama-drama Melayu ni secara online, boleh tengok dekat SINI.


Day 3: Sungai Lembing, Cherating, Ranting Hotel dan Restoran Makanan Laut Intan

$
0
0
Day 3 (Pahang) : Sungai Lembing, Cherating, Ranting Hotel dan Restoran Makanan Laut Intan | Hari ketiga trip 14 hari keliling Semenanjung Malaysia ni kiteorang jalan-jalan dalam Pahang. 


Isnin 1.00 petang
Disebabkan hari tu kiteorang singgah tidur rumah mak, memang lambat lah gerak ke destinasi seterusnya. kiteorang sampai di Sungai Lembing pun dah pukul 1 lebih. Bila dah duduk rumah family kan, susah betul nak gerak awal. Hahahhaa. Ada je mak nak masak bagi kiteorang makan.


Terowong Sungai Lembing

Sampai je dekat Sungai Lembing, kiteorang berhenti makan dulu. makanan disponsor oleh Mak. Kan dah kata, mak aku memang suka bekalkan kiteorang dengan makanan. Anak-anak balik je, penuh makanan atas meja. ni nak pergi travel pun, mak sempat bekalkan lunch untuk kiteorang. Kali ni, Angah ikut kiteorang sekali jalan-jalan dalam Pahang ni. Kiteorang berhenti dekat area tempat rehat dekat Sungai Lembing ni. Adalah beberapa kedai makan dekat situ. kiteorang just beli air je. Lepas makan, baru kiteorang gerak pergi ke Terowong Sungai Lembing. Aku ada buat satu entry khas untuk itu dekat sini - Terowong Sungai Lembing. (Link akan diupdate lepas aku buat entry).

Lama jugak lah kiteorang dekat Sungai Lembing tu. Dalam pukul 3.30 petang kiteorang mula gerak pergi ke Cherating untuk tidur satu malam.   


Ranting Beach Resort Cherating Pahang
5.30 petang
Perjalanan dari sungai Leming ke Cherating ambil masa dalam sejam lebih jugak. Bila sampai je dekat Cherating, hujan selebat-lebatnya sampai kiteorang tak boleh nak turun dari kereta untuk ke hotel. Hotel pun tak pilih lagi waktu tu. So, kiteorang just parking kereta dekat tempat park kereta dan google untuk cari hotel. Then, kiteorang decide untuk duduk dekat Ranting Beach Resort. Lepas hujan agak-agak reda sikit, baru kiteorang turun dari kereta dan check in. Review untuk hotel tu aku ada tulis dekat sini Ranting Beach Resort Cherating Pahang. (Link akan diupdate lepas aku buat entry)

Pantai Cherating

Lepas check in dan rehat kejap, kiteorang pergi jalan-jalan tepi pantai. Kiteorang duduk situ sampai sunset dan malam gelap. Serius cantik betul sunset dekat Cherating ni. Bila dah betul-betul gelap, baru kiteorang naik semula ke hotel dan mandi, siap-siap untuk pergi makan.

Restoren Makanan Laut Intan Cherating

8.30 malam
Untuk makan malam, kiteorang pilih Restoren Makanan Laut Intan. Letaknya dekat jugak dengan hotel yang kiteorang duduk tu. Kalau drive dalam 4 5 minit je. Restoran tu betul-betul letak tepi pantai. Apa yang kiteorang order hari tu untuk dinner - nasi putih 3 pingan, sotong celup tepung, sayur campur, siakap tiga rasa dan air 3 gelas. Total dia paling mahal setakat yang aku pergi makan seafood dalam trip ni RM79.50. Fuh! 

Dah lepas makan, kiteorang pun balik dan rehat dalam hotel. Besoknya nak main pantai lagi :D  

Dekat bawah ni, aku tunjuk perjalanan aku daripada Pekan Pahang ke Sungai Lembing dan akhir sekali di Cherating. Dalam perjalanan ni ada satu kali kiteorang masuk tol tapi sekejap je lah. Trip kali ni kiteorang pergi berempat termasuk Angah aku. Sebenarnya aku nak bawak Mak dan Apak aku sekali, tapi last minit dieorang tak jadi ikut. Mak sayang kucing, takut tinggal lama-lama. Hahahaha, adui.   


Total expenses hari ketiga: RM378.65
- Air Lunch (RM5.00)
- Tiket Terowong Sungai Lembing (RM47.70)
- Tol (RM1.70)
- Minyak kereta (RM44.75)
- Hotel (RM200)
- Dinner (RM79.50)


Travel tip:
Make sure sebelum pergi travel ke mana-mana, tengok lah jugak weather forecast. Mana tau kot kot korang nak planning panjat bukit tiba-tiba hari yang korang planning tu hujan lebat tak nak berhenti. Rugi. 

Nak baca pasal next trip? Ada 8 negeri lain lagi yang aku tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa).




Terowong Sungai Lembing Tai Pei Tong, Kuantan Pahang

$
0
0
Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing Tai Pei Tong | Waktu planning nak buat 14 Hari Trip Keliling Semenanjung Malaysia ni, banyak tempat dekat Pahang yang aku nak pergi. Tapi, disebabkan kesuntukan masa, aku plan untuk pergi ke Sungai Lembing je. Dari Pekan aku bertolak ke Sungai Lembing dan sampai dalam pukul 1 lebih.

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Masuk je dalam bandar Sungai Lembing, aku tengok kiri kanan dia banyak bangunan-bangunan lama. Jujur aku cakap, sebenarnya aku suka tempat yang macam ni, yang ada bangunan-bangunan lama. Nampak cantik dan klasik sangat. Yang buat bertambah klasik nya Sungai Lembing ni, dekat tengah-tengah jalan raya, ada beberapa batang pokok besar gedabak macam dalam gambar dekat atas ni. Kalau korang datang dan tengok sendiri dekat Sungai lembing, mesti lagi cantik. Pokok dia besar gilaaaa. 

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Disebabkan perut dah lapar, kiteorang singgah tempat rehat Sungai Lembing ni untuk makan. Dekat sini ada beberapa kedai makan yang bukak. Tapi Mak dah siap-siap tapaukan kiteorang dengan nasi putih, ayam masak merah dan daging bakar dari rumah. Hohohoho, jimat duit makan. Terima kasih mak. Mak mak memang macam tu kan? Asal balik je, mesti masak banyak-banyak siap suruh tapau lagi.

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Bila dah kenyang, kiteorang pun duk tengok-tengok apa nak buat dekat Sungai Lembing nya. Planning asal nak pergi Air terjun Pelangi dekat Sungai Lembing tapi mengenangkan kena jalan jauh masuk hutan, panjat bukit dengan nak bawak Aneeq ni, hmmm. Nanti-nanti lah kot. Stamina aku pun tak berapa kuat nak buat benda-benda macam tu. Depan tempat rehat tu ada macam bangunan besar. Kiteorang nampak ada shuttle bus yang boleh bawak korang keliling satu bandar Sungai Lembing tu. So, kiteorang pun pergi lah masuk ke bangunan tu untuk tanya pasal shuttle bus tu. 

Akak tu duk explain-explain, dia kata shuttle bus tu akan bawak kiteorang keliling satu Sungai Lembing ni dengan harga RM23.85 untuk dewasa dan RM12.40 untuk kanak-kanak. Kiteorang duk compare compare harga, kalau pergi sendiri sebenarnya lagi murah. So, kiteorang prefer bawak kereta sendiri jelajah Sungai Lembing ni.

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Tempat yang kiteorang pergi dekat Sungai lembing ni adalah Lombong Bijih Timah Bawah Tanah Sungai Lembing Tai Pei Tong.  Kalau korang duduk dekat bawah pintu gerbang ni, nanti korang akan dengar ada lagu nyanyi pasal Tai pei Tong ni.  

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Dekat atas ni aku share dengan korang harga tiket nak masuk ke dalam Sungai Lembing Mines ni. Bagi aku kalau harga ni dia kurangkan jadi RM10 lebih berbaloi kot. Hahahhaha bahasa kedekut punya orang kan aku ni.  

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Ini train yang akan bawak kiteorang masuk suku perjalanan ke dalam lombong bijih timah ni. 

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Tempat duduk dia muat lah 2 orang duduk dalam satu tong tu. Train ni sebenarnya train yang bawak pelombong-pelombong masuk ke dalam lombong untuk buat kerja.  

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Ini pintu masuk ke dalam lombong Sungai Lembing. Masa mula-mula train ni nak bergerak, bunyi agak bising. Aneeq pun macam terperanjat jugak. Tapi lama-lama dia okay je. Sekejap je naik train ni. Tak sampai suku perjalanan dalam lombong ni pun. Dia saja nak bagi pengalaman pada kita masuk lombong naik train ni. Lepas tu, kita kena jalan sendiri masuk dalam lombong. 

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Ini salah satu kawasan dalam lombong. Aku rasa ni kawasan lombong yang paling besar yang dieorang bagi kita masuk untuk tengok. Ada air menitik-nitik dari bumbung. Tempat ni berpagar mungkin tak nak bagi orang masuk sampai ke hujung belakang sana.

Ada satu lagi kawasan yang mana korang kena naik atas ikut tangga sebab train dia dah rosak. Dekat atas tu, kiteorang gilir-gilir naik sebab tak nak dukung Aneeq naik sebab rasa bahaya. Tangga dia terlalu kecil dan tinggi dan gelap. So, gilir-gilir naik. Waktu aku naik tu, aku sorang-sorang tak ada orang lain. Seram jugak rasa macam ada orang yang tengah perhatikan aku. Dekat kawasan tu pulak ada beberapa patung pelombong, lagi tambah lah seram aku. Aku duduk tak lama pun bahagian tu, terus turun bawah sebab rasa seram. 

Waktu berjalan dalam lombong tu, makin dalam rasa makin tertekan sebab udara makin kurang. Nafas pun rasa macam lebih laju. Selalu jugak aku kena check Aneeq takut dia rasa tak selesa atau tak dapat nak bernafas dengan elok. Tapi, aku tengok dia okay je. Aku panggil, dia pun sahut baik. So, tak ada lah aku risau sangat.

Kalau korang berjalan dalam lombong tu nanti, korang kena berhati-hati sikit dan better pakai kasut bertutup sebab jalan dia tak ada lah stabil sangat. Batu sana sini. Tapi, jangan risau sunyi ke apa sebab diaorang ada pasang radio sepanjang dalam lombong tu. Bumbung lombong ni ada yang rendah ada yang tinggi. So, bagi yang tinggi lampai tu berhati-hati sikit lah.

Sepanjang perjalanan dalam lombong tu ada beberapa booth interactive yang korang boleh cuba (walaupun semuanya rosak waktu aku pergi hari tu). Dan ada jugak beberapa patung pelombong yang ada dalam lombong. Jangan terkejut pulak.  

Dalam lombong ni, awal-awal masuk tu rasa sedap sangat. Angin sejuk bertiup. Kuat jugak angin dia. Tak tahu lah dari mana masuknya angin tu. Tapi semakin korang ke dalam, semakin kurang angin dan semakin panas korang rasa. Aku ni dah lah dukung Aneeq, berpeluh jugak lah rasanya. 

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Ini pulak pintu keluar lombong. Happynya dapat keluar ni bukan main sebab dah tak larat nak dukung Aneeq yang dah makin berat ni. Waktu nak keluar ni angin dia pun sedap je.

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Selfie sikit dekat pintu keluar Lombong Bijih Timah Sungai Lembing ni. Bagi aku, Lombong Bijih Timah Sungai Lembing ni merupakan salah satu tempat menarik di Pahang yang korang kena cuba. Mungkin nampak tak menarik bagi korang, tapi belum pergi belum tahu betul tak. Macam aku jugak, masa awal-awal nak masuk tu rasa, what? Berbaloi ke pergi sini? Best ke? Serius tempat ni menarik sebenarnya. 

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Dekat bahagian luar lombong ada replika kereta api tangan ni. Boleh je bergerak kalau korang rajin nak kayuh guna tangan. Tapi aku tak larat kayuh sorang-sorang. Dia kena kayuh berdua.  

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Ada satu tempat yang sangat cantik kalau korang nak ambil gambar dekat area lombong ni. Lepas keluar dari lombong ni, jalan ke depan sikit, korang akan nampak tangga naik ke atas bukit. Ha, dekat situ, korang boleh dapat gambar yang cantik macam dekat atas ni.

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Bahagian luar lombong ni panas sangat kalau korang datang waktu-waktu petang. So, better korang bawak topi sekali. Overall, aku suka sangat tempat ni. Memang salah satu tempat menarik di Pahang korang patut pergi. Tapi aku lagi suka kalau harga tiket dia boleh kurangkan sikit. Baru betul-betul berbaloi dan dapat attract lebih ramai pengunjung.  

Sedikit tips sebelum korang datang sini:
1. Orang yang sakit tak boleh masuk untuk keselamatan
2. Perempuan yang hamil dan bayi tak digalakkan masuk
3. Simpan semua cermin mata atau barang yang senang hilang elok-elok
4. Tak boleh merokok, minum atau makan dalam lombong
5. Tak boleh bawak binatang peliharaan
6. Sila pakai kasut sukan atau kasut bertutup yang selesa
7. Tak boleh minum alkohol atau ambil dadah

Nah, kalau korang nak pergi jugak ke sini, aku ada sertakan sekali alamat dan direction dalam Google Maps. Have fun!

Alamat & nombor telefon: 
Lombong Bijih Timah Bawah Tanah sungai Lembing,
26200 Sungai Lembing, Pahang

Waktu Operasi:
Isnin hingga Ahad
(9 pagi hingga 6 petang)

Google Map

Travel tips: 
Sebelum pergi sesuatu tempat nak korang nak lawati tu, check dulu maklumat berkenaan dengan tempat tu. Tengok maklumat pasal harga tiket, tengok pasal bila waktu operasi dia dan tengok mungkin ada age limit atau height limit supaya nanti bila dah sampai tempat tu, tak lah tiba-tiba tak boleh masuk sebab dah tutup ke apa ke.

Nak baca pasal next trip? Ada 8 negeri lain lagi yang aku tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa).


Minuman Sarang Burung Halal - The Joy Of Life

$
0
0
Minuman Sarang Burung Halal - The Joy Of Life | Sebelum ni kalau nak consume sarang burung, biasanya kita buat macam sup ataupun yang dijual pun jenis pati sarang burung yang pekat kan. Sekarang ni dah ada minuman sarang burung halal dalam botol. Senang nak minum, halal dan paling bestnya, rasa dia sedap.

Minuman Sarang Burung Halal

Minuman Sarang Burung Halal Dan Kolagen The Joy Of Life

Minuman Sarang Burung dan Kolagen The Joy Of Life ini adalah minuman kesihatan yang mengandungi khasiat dan kelebihan sarang burung serta kolagen. Terdapat 5 variasi miniman ini iaitu Original, Laici, Longan, Aloe Vera dan Kurma Merah. Kesemua variasi ini datang dalam saiz 250ml. Dalam minuman ini tak ada bahan pengawet dan bahan pewarna yang dicampurkan. Dan disebabkan produk ini dihasilkan daripada bahan semula jadi, kemungkinan akan ada pemendapan dan warna serta rasa dia akan berubah dari satu botol ke botol yang lain. 

5 Variasi Minuman Sarang Burung Halal Dan Kolagen The Joy Of Life

5 variasi Minuman Sarang Burung Halal The Joy Of Life:

Minuman Sarang Burung Halal - The Joy Of Life

Minuman Sarang Burung Original

Dalam minuman kesihatan ini mengandungi kolagen, sarang burung, gula batu dan stabilizer yang dibenarkan.

Minuman Sarang Burung Halal - The Joy Of Life

Minuman Sarang Burung Laici

Dalam minuman kesihatan ini mengandungi laici, kolagen, sarang burung, gula batu dan stabilizer yang dibenarkan.

Minuman Sarang Burung Halal - The Joy Of Life

Minuman Sarang Burung Longan

Dalam minuman kesihatan ini mengandungi longan, kolagen, sarang burung, gula batu dan stabilizer yang dibenarkan. 

Minuman Sarang Burung Halal - The Joy Of Life

Minuman Sarang Burung Aloe Vera

Dalam minuman kesihatan ini mengandungi aloe vera, kolagen, sarang burung, gula batu dan stabilizer yang dibenarkan.

Minuman Sarang Burung Halal - The Joy Of Life

Minuman Sarang Burung Kurma Merah

Dalam minuman kesihatan ini mengandungi kurma merah, kolagen, sarang burung, gula batu dan stabilizer yang dibenarkan.

Minuman sarang burung ini sesuai untuk semua golongan usia tak kisah yang muda remaja ataupun yang tua. Tapi untuk budak-budak bawah 2 tahun tu kurang sesuai lah sikit. 

Aku pun dah cuba beberapa variasi. Ada yang manis, ada yang rasa agak kuat, ada yang agak tawar dan ada jugak yang rasa biasa-biasa. Korang jangan risau untuk minum minuman sarang burung ni sebab rasa dia lebih kurang macam teh kundur atau teh bunga saja. 

Yang penting, korang kena ingat untuk simpan minuman sarang burung halal ini di tempat sejuk dan kering. Pastikan korang simpan dalam peti ais bila dah bukak dan habiskan dalam masa 24 jam supaya kualitinya terjamin.   

Minuman Sarang Burung Halal - The Joy Of Life
Kredit gambar: Afzal SukaSuki

Korang boleh dapatkan minuman sarang burung ini di 7Eleven buat masa sekarang dan akan datang di hypermarket dan farmasi-farmasi terdekat korang. Untuk maklumat lanjut lagi pasal minuman sarang burung dan kolagen halal daripada The Joy Of Life ni, korang boleh tengok website dan Facebook dieorang.



Perbentangan Bajet 2017 Belanjawan Malaysia

$
0
0
Perbentangan Bajet 2017 Belanjawan Malaysia | Mesti semua orang tertunggu-tunggu nak tengok perbentangan bajet 2017 kali ini kan. Aku pun nak tahu apa lah bajet tahun depan ni. 


Perbentangan Bajet 2017 Belanjawan Malaysia

PM, Dato Sri Mohd Najib akan membentangkan Bajet 2017 dekat Dewan Rakyat Parlimen pada hari Jumaat, 21 Oktober 2016 (hari ni). Bajet 2017 kali ini lebih fokus pada memperkukuhkan pertumbuhan, memperluaskan keterangkuman dan memastikan kemapanan fiskal. Tema Bajet 2017 ni "Mensejahterakan Kehidupan Rakyat" (I wish)

Siaran langsung atau live streaming Perbentangan Bajet 2017 Belanjawan Malaysia ni boleh ditonton secra langsung di seluruh stesen penyiaran awam dan berbayar. Siaran langsung perbentangan ni akan bermula pada pukul 3 petang. 

Perbentangan Bajet 2017 Belanjawan Malaysia

Tarikh: 21 Oktober 2017
Masa: 4 petang (siaran langsung bermula 3 petang)
Tempat: Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia
Siaran Langsung: TV1, TV9 dna TV3 

Apa yang harapkan daripada Bajet 2017 ni adalah bebanan kos sara hidup yang lebih bagus daripada tahun sebelum ni. Harap-harap Bajet 2017 ni boleh ringankan sikit beban yang terpaksa ditanggung rakyat Malaysia nak nak lagi dengan keadaan ekonomi Malaysia yang tak berapa nak menentu sekarang ni. 

Nanti lepas dieorang keluarkan bajet 2017 lepas perbentangan ni, aku akan share dengan korang semua. 

Apa yang korang harapkan dalam Perbentangan Bajet 2017 Belanjawan Malaysia  kali ini?

3 Juara Kategori Balada 23 Oktober 2016

$
0
0
3 Juara Kategori Balada 23 Oktober 2016 | Kalau minggu lepas, 3 Juara buat untuk cari 6 peserta terbaik untuk kategori Rock. Minggu ni, dieorang fokus kepada kategori Balada pulak. Alang-alang malam ni pun tak ada buat apa-apa, tengok je la 3 Juara ni untuk buang masa.

Program 3 Juara hari ini, 23 Oktober di TV3 setiap hari Ahad, pukul 9 malam menampilkan beberapa bakal protege Ajai. Ada 8 peserta akan compete malam ni iaitu:

Peserta-Peserta 3 Juara Kategori Balada

  • April
  • Hady
  • Eeza
  • Aqeem
  • Faizal
  • Azumi
  • Salma
  • Hafizah

3 Juara Kategori Balada 23 Oktober 2016

Nah, update sepanjang program 3 Juara Kategori Balada.



Korang agak-agak siapa 6 orang yang terpilih?

Ranting Beach Resort Cherating Pahang

$
0
0
Hotel Di Cherating Ranting Beach Resort Cherating Pahang | Lepas seronok masuk ke Terowong Sungai Lembing, kiteorang pergi gerak ke Cherating. Sampai Cherating lebih kurang dalam pukul 5.30 petang jugak. Gigih cari hotel dan end up kiteorang pilih Ranting Beach Resort sebagai tempat tidur malam tu. 


Hotel di Cherating Pahang
Pemandangan depan bilik hotel. Bilik ni bercantum dengan bilik sebelah. Kiteorang pilih bilik menghadap pantai dengan satu queen bed dan single bed.

Parking Hotel
Parking banyak. Dalam kawasan hotel. Hotel dia ada pagar siap bertutup macam resort biasa lah. Tapi dari bilik hotel aku duduk ni kena jalan jauh sikit dalam 500 meter ke belakang untuk sampai ke tempat parking.

Servis Kaunter Depan Hotel
Yang jadi receptionist dekat sini lelaki Melayu. Loghat Terengganu dia memang pekat. Dia ada kereta antik cantik. Tapi aku lupa nak snap gambar. Hehehhe. Layanan okay, mesra je. Kiteorang tanya kedai makan mana best dekat sini. Disebabkan weekdays, so tak banyak kedai yang bukak. Dia rekemen lah beberapa kedai yang boleh pergi. Masa nak check in bilik tu, TV dan kunci bilik ada masalah sikit. So, dia ikut sekali lah sambil tunjuk bilik sambil adjust segala benda yang tak berapa nak elok tu. 

Harga Bilik
Bilik yang kiteorang ambil hari tu Family Room je. Harga untuk satu malam RM200 dengan deposit RM50. Harga tu mungkin agak mahal bagi aku tapi boleh lah sebab bilik tu menghadap pantai dan katil pun ada 2 - single dan queen. Overall, harga bilik dekat Cherating memang macam tu kot. Mahal sebab area pantai.

Hotel di Cherating Pahang
Bilik Hotel 
Bilik agak luas dan selesa kalau nak duduk dalam 3 hingga 5 orang. Cuma kena ada tilam tambahan lah. Bila dah check in, korang akan diberi sebakul barang-barang keperluan seperti tuala, sabun mandi, remote TV, remote air condition dan kunci bilik. Ada satu katil single dan satu katil queen. Kiteorang ambil 2 kali macam ni sebab waktu ni kakak aku pun ada join sekali pergi sini.  

Hotel di Cherating Pahang
Dalam bilik ni ada satu televisyen jenis lama dengan remote control, almari tak ada pintu untuk letak barang, air condition dengan remote. Katil semua ada sekali dengan cadar, bantal, selimut. Kipas dan lampu pun ada tapi lampu dia jenis malap je. Kalau nak buat kerja, kurang sesuai kot.

Lantai bilik ni rasa agak melekit dan tak selesa. Tapi aku tak kisah sangat sebab kebanyak hotel yang berdekatan dengan pantai dan guna lantai licin memang macam tu. Lain lah kalau dieorang pakai lantai kayu. Baru selesa. 

Hotel di Cherating Pahang
Tandas Hotel
Ini pulak bilik airnya. Besar jugak. Sinkinya memang buat kukuh betul. Ada disediakan baldi dan jugak cebuk. Bilik air ni separuh batu dan separuh papan.Water flow dekat sinki okay. Cukup kuat. 

Hotel di Cherating Pahang
Sepanjang trip aku, hotel ni satu-satunya hotel yang kiteorang duduk ada bath tub. Sebenarnya tak tahu pun ada bath tub. Kiteorang tak adalah nak mandi bath tub pun. So, tu kiteorang tak kisah sangat. Toilet sini toilet duduk. Ada air panas tapi kena pandai adjust. Bunyi water heater tu agak bising waktu pakai. 

Overall, aku rasa Ranting Beach Resort ni hotel di Cherating yang okay lah untuk duduk bersama family. Tak teruk dan tak lah begitu okay. Tapi cukup. 

Tempat Menarik Di Pahang - Cherating
Petang tu lepas setel check in dan kemas dan buat apa yang patut, kiteorang pun keluar ke pantai nak tengok sunset di Cherating. Sejujurnya, aku rasa pantai dekat Cherating ni tak adalah cantik mana pun. Yang cantiknya sebab air pantai dia jernih dan tak kotor macam sesetengah pantai lain dekat pantai timur ni. Kalau nak ikutkan view dan aliran pantai dia, biasa saja.

Tempat Menarik Di Pahang - Cherating
Sebelum ni, Aneeq seronok betul dapat main air. Tapi start daripada tragedi jatuh dalam selut dekat Pantai Mersing. Bila sampai dekat Cherating ni, berusaha kiteorang nak bagi dia main air semula. Lama, baru dia selesa nak main air. Kalau tak dia takut sebab fobia jatuh dalam selut hari tu.  

Tempat Menarik Di Pahang - Cherating
Dekat atas bukit tu ada satu resort baru tengah nak naik. Nanti kalau dah siap, memang cantiklah view korang kalau duduk dekat situ. Tinggi atas bukit. Boleh nampak semua benda. 

Tempat Menarik Di Pahang - Cherating
Hari dah senja. langit pun dah mula berubah warna. Air pantai pun dah start sikit-sikit pasang.  

Tempat Menarik Di Pahang - Cherating
Sempat Zul candid gambar aku dengan Aneeq. Tiba-tiba aku rasa gambar ni sangat cantik. Rasa macam ada jiwa gitu hahaha.

Tempat Menarik Di Pahang - Cherating
Bila makin ke arah senja, makin merah warna langit. Ya Allah, serius cantik sangat waktu ni. Ramai je aku tengok budak-budak datang sini main. Mesti budak-budak yang duduk area sini jugak.

Tempat Menarik Di Pahang - Cherating
Kusyuk Aneeq main pasir. Waktu kiteorang ambil gambar ni dah nak dekat-dekat masuk waktu Maghrib. Dekat sini kuat jugak dengar orang azan.


Tempat Menarik Di Pahang - Cherating
Dah penat main pasir pantai petang tadi, Aneeq kusyuk tidur lepas makan malam dekat Restoren Makanan Laut Intan. Pasal makan malam tu aku akan update dekat entry lain nanti.  


Tempat Menarik Di Pahang - Cherating
View depan bilik hotel pada waktu pagi. Disebabkan hari semalamnya kiteorang tak mandi pantai, pagi tu kiteorang mandi pantai awal dalam pukul 8 lebih sampai pukul 11 lebih. Lepas mandi-mandi baru check out dan breakfast. Waktu tu baru aku perasan betapa jernih dan bersihnya air laut Pantai Cherating. Patut lah orang suka datang dekat sini. Memang patut lah Cherating ni jadi salah satu tempat menarik di Pahang ni. 


Kalau korang nak datang dekat sini jugak, nah dekat bawah aku bagi alamat dan direction dalam Google Maps. 

Alamat & nombor telefon: 
Kampung Budaya Cherating,
26080 Kuantan, Pahang
09 581 9068


Google Maps


Travel tips: 
Sebelum pergi sesuatu tempat tu, cari terus beberapa hotel untuk duduk. Lepas tu tengok review dekat TripAdvisor untuk tengok apa review orang pasal hotel tu. Lepas tu baru pilih nak duduk mana.


Nak baca pasal next trip? Ada 8 negeri lain lagi yang aku tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa).



Tonton Live Streaming GegarVaganza 23 Oktober 2016

$
0
0
Tonton Live Streaming GegarVaganza 23 Oktober 2016 | Mesti ramai yang tertunggu-tunggu program Astro GegarVaganza 2016 kan. Aku tak ada lah nak tengok sebab tak ada Astro. tapi kalau korang nak tengok tapi tak ada Astro di rumah, korang boleh live streaming je.

GegarVaganza 23 Oktober 2016


Senarai Lagu Dan Penyanyi GegarVaganza 3 23 Oktober 2016

Dekat bawah ni senarai lagu dan penyayi untuk minggu kedua GegarVaganza 23 Oktober 2016.

GegarVaganza 23 Oktober 2016

Korang boleh tonton GegarVaganza secara live dekat sini pada pukul 8.55 malam jap lagi. 


Atau korang boleh tengok jugak secara live di Astro Ria dan Astro Ria HD setiap hari Ahad, 9.00 malam.

Live Update GegarVaganza Minggu 2


Siapa yang nyanyi best hari ni?

Garnier Micellar Cleansing Water - Review And Giveaway

$
0
0
Garnier Micellar Cleansing Water - Review And Giveaway | Hari ini aku nak share sikit pengalaman aku pakai Garnier Micellar Cleansing Water. Dan aku pun ada berita baik untuk korang. Aku akan buat satu giveaway dan korang akan berpeluang untuk menang Garnier Micellar Cleansing Water! 


Garnier Micellar Cleansing Water

Garnier Micellar Cleansing Water

Garnier Micellar Cleansing Water ni sebenarnya adalah cecair pencuci make up dan kotoran pada muka. Bila guna Garnier Micellar Water ni, tak perlu bilas dan memang tak berminyak pun. Katanya sekali sapuan je, kotoran akan hilang dan kulit akan jadi lebih segar. Itu nanti aku akan buat eksperimen untuk tunjukkan.

Ada dua jenis Garnier Micellar Cleansing Water ini iaitu botol warna biru untuk kulit berminyak dan berjerawat. Botol berwarna pink pulak untuk kulit sensitif. Tekstur dia tak melekit, tak berminyak dan tak ada pewangi pun. Dia rasa macam air biasa je.  

Eksperimen Bersihkan Muka Berminyak

Kadang-kadang aku ni bila dah keluar jalan-jalan, muka memang teruk berminyak. Bila balik rumah, mesti kena cuci muka. Tapi kadang-kadang tu rasa malas je nak cuci. So, aku try pakai Garnier Micellar Cleansing Water ni untuk hilangkan minyak dari muka aku tanpa perlu bilas atau basuh. Caranya cuma letak minyak atas cotton pad, tekap pada muka dan bersihkan kawasan berminyak pada muka tu especially di bahagian T-Zone.

Sebelum. Ni aku apply serum yang agak berminyak pada tangan. Serum ni agak lambat meresap.  

Selepas. Sekali sapu, minyak serum pada bahagian yang aku sapu tu makin menghilang. Sejujurnya aku kena guna 2 cotton pad baru minyak tu clear habis. Lepas sapu tu, tangan bahagian yang disapu rasa berangin je. 

Eksperimen Bersihkan Make Up  

To be honest, aku bukanlah make up junkie tapi baru-baru ni aku rasa teringin sangat nak bermake up. Bila dah start make up bila keluar rumah tu, Ya Allah malasnya nak kena cuci make up tu semua bila dah balik. Leceh. Then bila aku dapat tau pasal Garnier Micellar Water ni boleh hilangkan make up dengan mudah dan tak perlu bilas, aku pun cuba je lah. Cara yang sama macam bersihkan minyak di muka, letak minyak atas cotton pad, tekap pada bahagian muka yang ada make up terutamanya pada bahagian mata dan bibir. Tak payah nak tonyoh kuat-kuat pun. Sapu lembut je. Dan paling best bila bersihkan mata tu, tak pedih pun.

Sebelum. Well, aku mungkin bukan boleh jadi contoh yang terbaik untuk make up sebab aku tak make up banyak. Tapi aku just nak tunjuk betapa senangnya aku basuh make up simple yang aku pakai especially lipstick tu guna Garnier Micellar Cleansing Water tu.

Selepas. Sekali sapu, bahagian yang aku sapu tu clear. Kalau biasa, aku cuci make up guna satu jenama pencuci ni. Tapi, lepas sapu muka memang nampak macam dah hilang tapi muka rasa tak selesa. Mesti kena cuci muka. Kalau pakai Garnier Micellar Cleansing water ni dah tak payah cuci muka dah.

Bahan-bahan Di Dalam Garnier Micellar Cleansing Water

Antara bahan yang ada dalam Garnier Micellar Water ni adalah air, Heylene Glycerin, Disodium Cocoamphodiacetate, Disodium Edta, Poloxamer 184 dan Polyaminopropyl Biguanide.

Apa yang aku suka sangat dengan Garnier Micellar Cleansing Water ni adalah dia tak perlu dibilas, cepat hilangkan kekotoran pada muka dan muka pun rasa segar je. 

Harga Garnier Micellar Cleansing Water

Garnier Micellar Cleansing Water ni ada dalam 2 saiz botol iaitu 400ml dan 125ml. Yang 400ml tu boleh tahan dalam agak-agak 200 kali sapuan. Yang kecik 125ml tu lebih cepat habislah tapi senang sikit kalau nak bawak pergi travel. Untuk yang botol 400ml, harga asal RM29.90 dan untuk 125ml tu harga asal RM14.50. TAPI! Sekarang ni ada promosiiiiii! Nampak tak excitednya kau di situ? Untuk harga promosi Garnier Micellar Cleansing Water:

400ml (RM24.90)
125ml (RM9.90)


Nak lagi best? Aku ada promo code untuk korang dapat tambahan 10% diskaun untuk  beli mana-mana jenis Garnier Micellar Cleansing Water. Promo code ni tak valid untuk OMO deal.

"HERMOXFADZI" 
(Promo Code)
*Valid 19 Oktober 2016 - 31 Oktober 2016*

Garnier Micellar Cleansing Water

Kalau korang beli dekat Hermo ni, korang boleh dapat pink pouch atau mask secara percuma jugak. Wah untungnya. Dah lah dapat harga promosi, dapat promo code 10% off, dapat lagi pulak barang percuma.

Untuk dapatkan harga promosi tu untuk Garnier Micellar Cleansing Water ni, korang boleh beli dekat Hermo - Garnier Micellar Cleansing Water Promotion.

Giveaway Garnier Micellar Cleansing Water

Ha, mesti ini yang korang tunggu-tunggu kan. Betul tak? Aku nak buat giveaway senang-senang saja ni. Untuk layak berpeluang untuk memenangi Garnier Micellar Cleansing Water ini, korang cuma perlu follow step-step di bawah ini saja.

1. Follow Blog Fadzi Razak di gadget Follower belah kanan
3. Buat satu entry bertajuk "Giveaway Garnier Micellar Cleansing Water by Fadzi Razak" 
4. Copy code di bawah dan paste ke  blogpost anda
5. Publish dan komen link entry korang di bahagian komen di bawah  

Giveaway Garnier Micellar Cleansing Water by Fadzi Razak

Giveaway Garnier Micellar Cleansing Water

Nak menang Garnier Micellar Cleansing Water yang best ni? Jom Join di SINI.

Nak menang Garnier Micellar Cleansing Water ni? Senang je. 1. Follow Instagram @fadzirazak 2. Repost gambar ini beserta caption 3. Komen "Garnier come clean @hermomy" 4. Tag 2 kawan Giveaway akan tamat pada 30 Oktober 2016. Pemenang akan diumum pada 31 Oktober 2016. Pemenang akan dipilih secara random dan yang menepati syarat-syarat di atas saja. Giveaway hanya untuk #igers di malaysia saja Thank you @hermomy untuk sponsor hadiah. untuk maklumat lanjut pasal Garnier Micellar Cleansing Water ni, boleh tengok dekat sini http://bit.ly/2e9QLxD   #hermoxfadzi #hermomy #garniermicellarwater #garniercomeclean #hermomy #kakikontest #kakikontestMY

Aku ada juga buat giveaway untuk Garnier Micellar Cleansing Water dalam Facebook dan Instagram. Even korang dah join yang blog punya, korang masih boleh join giveaway dekat Instagram dan Facebook aku tu. Lebih banyak peluang korang untuk menang. Betul tak?

Giveaway ni akan berlangsung selama 5 hari saja dari 25 Oktober 2016 sampai 30 Oktober 2016. 31 Oktober aku akan umumkan siapa yang menang. Aku akan pilih seorang pemenang dari blog, seorang pemenang dari Facebook dan seorang pemenang dari Instagram.

Untuk giveaway Garnier Micellar Cleansing Water yang lain, korang boleh tengok dekat Instagram Fadzi Razak atau Facebook Blog Fadzi Razak.

Psst: Aku akan pilih orang yang betul-betul ikut steps di atas. Siapa tak follow, akan disqualified. 


Restoren Makanan Laut Intan Cherating Pahang

$
0
0
Tempat Makan Di Cherating Restoren Makanan Laut Intan | Kalau stay dekat tepi pantai tapi tak makan seafood, rasanya tak lengkap kan? So, since hari ketiga trip 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia tu kiteorang duduk dekat hotel di Cherating, kiteorang pun pergi makan seafood di Restoren Makanan Laut Intan yang terletak tak jauh dari hotel kiteorang tinggal.  

Menu Restoren Makan Laut Intan. Kedai makan ni dekat je dengan sebelah pantai. Terasa lah jugak angin menderu masuk ke dalam kedai tu. Kedai ni, dia buat tinggi sikit dari aras tanah. Kalau tak silap aku lah kan, keseluruhan kedai ni buat daripada kayu melainkan tangga untuk naik. 



Antara menu dan harga yang ditawarkan di Kedai Makanan Laut Intan. Bagi aku, harga makanan dekat sini mahal. Total kesemua makanan yang aku makan dekat sini RM79.50. 

Big bos acah-acah nak order. Aneeq ni bila makan, dia nak makan sendiri. Tak nak orang suap. Amboi sangat. Kadang-kadang tu tak nak duduk diam dalam baby chair. 

Siakap tiga rasa. Rasa kuah dia okay tapi ikan dia macam tak fresh. Tak ada rasa manis dari ikan tu sendiri.

Lauk lain yang kiteorang order adalah sotong celup tepung dan sayur campur. Sotong celup tepung tu not that good. Angah aku cakap lebih banyak tepung dari sotong.

Ini lah dia Restoren Makanan Laut Intan tu. Waktu kiteorang pergi sini hari tu, tak ramai orang sebab weekdays. Tengok kan, kedai dia buat dari kayu. Old school sangat. Kalau kat KL ni mesti orang cakap hipster. 

In case korang datang sini on weekdays dan nak cari makan, boleh datang ke Restoran Makanan Laut Intan ni. Aku ada bagi alamat dan direction dalam Google Maps. Tapi kalau korang datang weekend, aku akan rekemen korang untuk pergi cari seafood dekat tempat lain. Maybe korang boleh dapat seafood yang lebih fresh dengan harga yang lebih murah.

Alamat & nombor telefon:
Restoren Makanan Laut Intan
Lot 995, Kampung Inn Cherating Lama,
26080 Cherating, Kuantan, Pahang
017 926 6545  

Google Maps


Travel tips: 
Sebelum travel, korang Google lah tempat-tempat makna yang glamor dekat sesuatu tempat yang korang nak pergi tu. Rugi kalau dah sampai satu-satu tempat tu tapi tak cuba makanan yang hot dekat sana.

Nak baca pasal next trip? Ada 9 negeri lain lagi yang aku tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa).


Belajar Buat Cheese Tart Dalam Kelas Kek Di Shah Alam

$
0
0
Belajar Buat Cheese Tart Dalam Kelas Kek Di Shah Alam | Dari dulu lagi aku dah planning nak join kelas buat kek atau bakery dekat Kolej Komuniti Shah Alam tu tapi tiap kalau nak join je mesti dah penuh lah, kena cancel lah, clash dengan event lah. Tapi last week, aku berjaya jugak join kelas baking cheese tart.

Kelas Baking Di Shah Alam
Yang jadi cikgu kiteorang hari tu kak Eja. Boleh tahan kelakar jugak dia ni. Seronok masuk kelas cheese tart dengan Kak Eja ni sebab dia santai je. Cakap pun jenis selamba dan tak rasa bosan pun. Dia tunjuk satu-satu dan dia selit-selit jugak dengan beberapa tips yang aku tak pernah tau pun selama ni.  

Kelas Baking Di Shah Alam
Mula-mula sekali dalam kelas baking tu, kiteorang belajar buat shell tart. Kalau korang tengok, ada perbezaan bentuk shell belah kiri dan kanan tu kan. Okay, yang belah kiri tu buat guna tart presser. Yang belah kanan tu guna jari je. Personally, aku lebih suka guna tart presser sebab senang, cantik dan cepat.   

Kelas Baking Di Shah Alam
Ini bentuk tart yang dah siap. Shell tart dalam bekas belah kiri tu nampak cerah sikit kan? Sebab bakar sedang-sedang elok je. Yang belah kanan tu shell dia macam gelap sikit sebab bakar lama sikti untuk dapatkan shell yang ranggup. Itu pun tips daripada Kak Eja. 

Kelas Baking Di Shah Alam
Waktu ni sesi piping filling ke dalam tart shell yang dah siap dibakar. Waktu kelas cheese tart tu ada dalam 11 orang. Setiap orang akan ambil peluang untuk cuba. Untuk yang cheese biasa, kiteorang letak filling strawberry dan blueberry. kak Eja ada jugak bagi tips dekat mana nak beli filling strawberry dan blurberry yang sedap.

Kelas Baking Di Shah Alam
Ini waktu piping cheese cream ke dalam tart shell. Cheese cream ni pun kiteorang buat sendiri tau. 

Kelas Baking Di Shah Alam
Kak Eja ada ajar cara piping cheese dengan betul untuk dapatkan bentuk yang cantik. Hari tu Kak Eja ajar cara buat cheese tart biasa dan cheese tart gebu. Suka sangat tengok cheese tart gebu tu. Gemuk, montok. 

Kelas Kek Di Shah Alam
Ini hasil cheese tart gebu sikit. Untuk dapatkan kegebuan ni, kak Eja pun ada bagi tips-tips dia lah. Baru menjadi. 

Kelas Kek Di Shah Alam
Lepas siap piping filling dan cheese cream tu, Kak Eja ajar pulak cara nak hias cheese tart guna pewarna makanan. Nampak memang senang, tapi bila aku buat memang ke laut sikit. Kena banyak kali praktis baru okay. 

Kelas Kek Di Shah Alam
Ini antara hiasan yang boleh digunakan selain guna pewarna tu untuk deko cheese tart. Semua hiasan ni boleh dimakan.

Kelas Kek Di Shah Alam
Tada! Hasilnya. Cantikkan? Ini Kak Eja yang buat. Aku buat kena ambil masa satu hari baru boleh nak jadi. 

Kelas Kek Di Shah Alam
Yang ini pulak, kiteorang buat chocolate cheese tart. Filling tu coklat yang dibuat sendiri. Lepas tu cream cheese tu ditambah dengan coklat emulco.   

Kelas Kek Di Shah Alam
Ini sebelum dibakar. Untuk hiasan, kiteorang tabut serbuk Oreo. Waktu ni kak Eja ade bagi tips pasal suhu oven. Disebabkan oven kite semua kan lain-lain, so kena pandai main dengan suhu. lepas tu, kena panaskan 20 minit sebelum nak bakar cheese tart kita. 

Kelas Kek Di Shah Alam
Ini hasil lepas dah siap bakar. Gebu gebas semuanya. Menjadi. Aku paling suka tengok yang cheese tart gebu tu. Cantik betul dia naik.

Kelas Kek Di Shah Alam
Cantikkan. Licin je nampak. Aku tak sabar nak praktis buat cheese tart banyak-banyak. Lepas tu, nak jual heheheh. 

Kelas Kek Di Shah Alam
Inilah semua peserta yang join kelas kek di Shah Alam hari tu. Ada antara dieorang ni memang penjual kek dan kuih. Dieorang saja datang nak tambah ilmu.   

Kelas Kek Di Shah Alam
Ambil gambar sikit dengan Kak Eja dan hasil ilmu kelas baking hari tu. Balik rumah, tak sempat ambil gambar Zul dah rembat habis semua. Cis.

Banyak tips yang Kak Eja ajar hari tu. Dari tips cara penggunaan telur, guna bahan-bahan premium dan tips pasal menjual pun ada. Kak Eja siap ajar lagi kalau nak jual, boleh jual berapa RM. Yang penting dia cakap, jangan tamak jual memahal.

Dah hujung-hujung baru aku tau sebenarnya Kak Eja ni ada buat bisnes bakery. Bila aku tau dia buat bisnes bakery, aku pun usha lah dia punya Instagram. Bila tengok banyak benda yang dia buat rupanya. Kak Eja ada jual kek, ada cheese tart, ada fruit tart, brownies dan cookies pun ada. 

Beli Kek Birthday Shah Alam

Bila aku tengok kek-kek dan bakery lain yang dia buat, aku rasa macam nak belajar lagi dengan Kak Eja tau. Cantik sangat deko dia buat. Oh, in case korang nak cari kelas kek di Shah Alam, korang boleh lah contact Kak Eja sebab dia memang buat kelas personal pun. Kalau korang nak tengok hasil kerja Kak Eja atau nak contact dia pasal kelas baking tu, boleh contact dia melalui sosial media atau nombor phone dekat bawah.

Instagram | Facebook | Contact 019 362 5034

Aku pun tak sabar nak buat cheese tart banyak-banyak. Resepi yang aku belajar dari Kak Eja hari tu sedap.

Enchanteur Paris - Idea Hadiah Hari Lahir Untuk Wanita

$
0
0
Enchanteur Paris - Idea Hadiah Hari Lahir Untuk Wanita | Entry untuk orang lelaki. Aku kesian kat orang laki setiap kali birthday ke anniversary ke apa-apa event yang berkaitan dengan perempuan mesti tak ada idea nak belikan hadiah apa kan? Ha, nah salah satu idea hadiah hari lahir untuk wanita - Set Penjagaan Peribadi Enchanteur Paris. 

Enchanteur Paris

Dulu masa muda remaja, aku selalu jugak pakai losyen Enchanteur. Bau dia masyaAllah sedap. Aku pakai sebelum tidur. Memang lena tidur satu malam tu tau. Dulu-dulu aku pakai yang botol warna kuning je. Ala, dulu kan noob sikit tak tau pape. Asal wangi je ambik. Rupa-rupanya, Enchanteur ni ada 3 variasi wangian yang baunya sedap-sedap pulak tu.


Whitening & Refreshing Parfum Anti-Perspiration Deodorant

Whitening & Refreshing Parfum Anti-Perspiration Deodorant (50ml)

Untuk rangkaian Enchanteur Paris Mon Amie ni, aku ada pakai Whitening & Refreshing Parfum Anti-Perspiration Deodorant yang bersaiz 50ml. Sebotol berharga RM8.70. Katanya boleh tahan bau wangi sampai 72 jam. Tapi aku tak adalah gila tak mandi sampai 72 jam kan. Hahahaha. Tapi bau dia memang sedap. Tak terlalu manis, tak terlalu kuat dan tak terlalu menyengat hidung. Bau dia sangat mild. Since aku pun keluar rumah biasanya tak lama, tapi bau dia memang kekal.

Enchanteur Paris Mon Amie
Dalam rangkaian Enchanteur Paris Mon Amie ni pun ada beberapa produk lain:
- Double Moisture Parfum Serum (Rm7.90 untuk 85ml dan RM18.00 untuk 275ml).
- Light & Fresh Parfum Lotion (RM7.50 untuk 100ml dan RM16.95 untuk 300ml).
- Parfum Deo mist (RM10.10 untuk 100ml).

Enchanteur Paris Adore Parfurm Deo Mist

Enchanteur Paris Adore Parfurm Deo Mist (100ml)

Untuk rangkaian Enchanteur Paris Adore ni, aku pakai Parfum Deo Mist yang bersaiz 100ml. Sebotol berharga RM10.10. Katanya boleh tahan bau wangi sampai 24 jam. Aku paling suka bau rangkaian Paris Adore sebab bau dia manis-manis sikit. Yang aku paling suka yang ni tak ada paraben. Kalau nak compare Parfurm Deo mist ni dengan Deodorant stick, aku lebih suka pakai jenis semburan. Lebih cepat kering.

Enchanteur Paris Adore

Dalam rangkaian Enchanteur Paris Adore ni pun ada beberapa produk lain:
- Antibacterial Care Parfum Lotion (Rm7.50 untuk 100ml dan RM16.95 untuk 300ml).
- Whitening & Refreshing Parfum Anti-Perspiration Deodorant (RM8.70 untuk 50ml).
- Parfum Deo mist (RM10.10 untuk 100ml).

Enchanteur Paris Belle Amour Triple Whitening Parfum Lotion

Enchanteur Paris Belle Amour Triple Whitening Parfum Lotion (100ml)

Untuk rangkaian Enchanteur Paris Belle Amour ni, aku pakai Whitening Parfum Lotion yang bersaiz 100ml. Sebotol berharga RM7.50. Bau variasi Paris Belle ni pun sedap. Manis dia berbeza dengan bau manis Paris Adore. Aku rasa bau dia lebih kuat. Kalau nak pakai waktu malam, mungkin korang kena pakai awal sebelum tidur sebab bau dia memang menusuk hidung. Kalau jenis yang tak boleh bau kuat waktu tidur tu, pakailah awal-awal supaya bau dia boleh kurang sikit bila sampai masa korang nak tidur tu. 

Enchanteur Paris Belle Amour
Dalam rangkaian Enchanteur Paris Belle Amour ni pun ada beberapa produk lain:
- Triple Whitening Parfum Lotion (Rm7.50 untuk 100ml dan RM16.95 untuk 300ml).
- Extra Whitening Parfum Anti-Perspiration Deodorant (RM8.70 untuk 50ml).
- Parfum Deo mist (RM10.10 untuk 100ml).

So yes, ini adalah antara idea hadiah hari lahir untuk wanita yang korang boleh beli untuk wanita-wanita kesayangan korang, Ecewah gitu ayatnya. Personally, kalau korang jenis yang suka wangi-wangian, brand Paris ni memang best sebab bau dia agak kuat. Rangkaian Paris favourite aku definitely Paris Adore.

Korang punya favourite mana satu?
 

Hari Deepavali Dan Malaysia

$
0
0
Hari Deepavali Dan Malaysia Malaysia ni negara yang terkenal dengan berbilang kaum dan hidup harmoni antara satu sama lain. Aku percaya, keharmonian di antara pelbagai bangsa di Malaysia ni boleh dicapai melalui pemahaman dan sifat bertimbang rasa yang tinggi antara satu sama lain. 


Deepavali 2016

Bila dah ada pelbagai kaum dalam sesebuah negeri tu, ha memang ada macam-macam perayaan yang kita sambut sepanjang tahun dari Hari Raya, Tahun Baru Cina, Krismas dan tak lama lagi penganut agama Hindu pulak akan merayakan Hari Deepavali. Hujung minggu ni to be exact.

Hari Deepavali ni ataupun dikenali jugak sebagai festival cahaya ini dirayakan sebagai peringatan untuk memupuk semangat lebih bertimbang rasa kepada orang lain. Selain pesta cahaya, perayaan Deepavali ini jugak dikenali sebagai Diwali, Dewali, Depawali, Dipapratipad dan Dipodsavi.  


Deepavali 2016

Seperti perayaan lain di Malaysia, perayaan Deepavali ini sewajarnya disambut dengan penuh perasaan hormat-menghormati perbezaan dan persamaan di antara kita. Kalau kaum India dan Cina boleh turut bersama-sama menghormati dan merayakan Hari Raya, kita pun boleh jugak menghormati perayaan Deepavali ini kan. 

Sejujurnya, aku teringin sangat nak pergi ke rumah kenalan Hindu dan tengok sendiri bagaimana mereka menyambut Deepavali dan aku pun nak juga rasa makanan-makanan tradisi yang mereka sediakan untuk perayaan terbesar mereka ini. Mesti best dan meriah. 
  
Biasalah kalau tiba je musim perayaan, ada lah iklan-iklan dekat TV yang tayangkan pasal perayaan tu kan. Aku memang suka tengok iklan-iklan macam ni. Kadang-kadang tu memang menusuk kalbu tau. 

Kali ni Petronas buat iklan pasal Deepavali ni agak unik sikit. Dieorang buat konon-kononnya ada dua orang ni macam nak buat jahat awal-awal tu. Macam-macam lah nak tunjuk dieorang ni nak buat jahat contohnya pakai bandana tutup muka, beli barang-barang nak pecahkan sesuatu lah. Last-last tengok rupanya diaorang nak tolong bersihkan rumah penjagaan orang tua. Best iklan ni. Try lah tengok. 

Jadi sempena Hari Deepavali yang akan datang tak lama lagi, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu. Semoga cahaya yang terang akan menyinari sanubari dan terus mewujudkan sikap saling hormat-menghormati di antara satu sama lain sebagai individu dan jugak sebagai warga Malaysia.


Day 4: Restoran Mat Binjai, K.T. Travellers-Inn, Street Art Kuala Terengganu dan Pasar Besar Kedai Payang

$
0
0
Day 4 (Terengganu):Restoran Mat Binjai, K.T. Travellers-Inn, Street Art Kuala Terengganu dan Pasar Besar Kedai Payang | Hari keempat Trip 14 Hari  Keliling Semenanjung Malaysia, kiteorang jalan-jalan dalam Terengganu. Memang best trip ke Terengganu kali ni.

Tempat menarik Terengganu
  
Selasa 8.00 pagi
Disebabkan semalam kiteorang tak sempat mandi di Pantai Cherating (Baca sini), pagi ni kiteorang bantai main air laut dari pukul 8.00 pagi sampai nak dekat pukul 11.00 pagi. Awal-awal tu memang sejuk tapi bila dah start pukul 9.30 pagi macam tu dah rasa panas-panas sikit. Asalnya aku tak nak pun mandi, just nak bawak Aneeq je mandi. Tapi bila Zul dah main tepuk-tepuk air laut sampai baju aku basah, hmm rendam je la badan.

Bila dah pukul 10.30 pagi tu, kiteorang naiklah sebab nak mandi, packing dan checkout dari hotel. Setel check out kiteorang singgah breakfast nasi lemak dekat gerai-gerai tepi jalan. 


Tempat menarik Terengganu
Aneeq dah tak nak mak suapkan makanan dia. Asyik nak suap sendiri. Kalau orang suap tak nak terima. Kalau nak manja-manja baru nak bersuap. Haduilah. Dah lah makan berterabur.

Tempat menarik Terengganu
Lepas breakfast, kiteorang pun berpisah dengan Angah dan gerak ke Terenggnau. Angah balik ke Pekan. Sampai ke Terengganu pukul 12 tengah hari lebih. Kiteorang teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Sepanjang perjalanan, kiteorang lalu jalan tepi pantai. 

Serius, banyak betul nampak pantai-pantai cantik dan muara-muara yang cantik masa lalu tepi pantai ni. Kalau korang nak drive dalam Malaysia ni, aku rekemen sangat korang ikut jalan tepi pantai. Memang masa yang ambil tu lama sikit daripada lalu jalan highway tapi berbaloi bila nampak pesisiran pantai yang cantik ni. 

Aktiviti kanak-kanak
Bawak budak kecil dalam perjalanan jauh ni memang haru je rasa. Mana tak nya, dieorang tak boleh nak duduk diam dalam jangka masa yang panjang. So salah satu trick aku nak bagi Aneeq tak bosan dalam kereta, bagi dia paper dan pencil color. Suruh dia melukis, conteng, menulis dan what ever dia nak buat. Kurang lah sikit Aneeq buat perangai dalam kereta. 

Tempat makna kuala terengganu
Sampai dekat Kuala Terengganu dalam pukul 3 petang. Lapar wooo. Terus cari makan. Google tengok cari tempat makan dekat Kuala Terengganu orang suggets Restoren Mat Binjai. Kiteorang pun try lah nak makan dekat sini. Dekat sini, lauk ambil sendiri dekat kaunter makanan. Nasi dan air je yang dihantar ke meja. 

Lauk yang kiteorang ambil hari tu, sayur lemak, ayam pedas, ikan bakar 2 ekor, nasi 2 pinggan, sambal belacan, teh o ais dan milo ais. Korang nak tau berapa total semua tu? RM21! Woih, terkejut aku. Pertama kali aku makna nasi berlauk tengah hari harga mahal macam tu. Serius sepanjang aku makan tengah hari lauk campur dalam trip 14 keliling Semenanjung ni, Restoren Mat Binjai Kuala Terengganu ni paling mahal RM21. Boleh tengok review aku pasal makanan dan harga kedai ni dekat entri ini - Harga Restoren Mat Binjai Mahal? 

Hotel Kuala Terengganu
Lepas tersedak tengok harga makanan dekat Restoren Mat Binjai tadi, kiteorang pergi cari hotel pulak untuk tidur malam tu. Hotel yang agak berbaloi tengah-tengah bandar Kuala Terengganu ni berdasarkan harga dan komen yang kiteorang tengok dekat online, kiteorang pilih K. T. Terengganu Inn. Setakat hari keempat ni, memang hotel ni aku paling suka sampailahhhhh.... Kalau nak tau sampai ape, boleh baca review aku pasal Hotel K. T. Terengganu Inn, Kuala Terengganu ini. (link akan diupdate lepas aku buat entri ni)

Tempat menarik di Terengganu
Dah lepas setel check in hotel, rehat dan solat, kiteorang gerak pergi ke Street Art Kuala Terengganu. Ini yang aku tunggu-tunggu kan. Nak tengok segala jadah mural yang ada dilukis dekat sini.

Lepas setel jalan-jalan dekat Street Art Kuala Terengganu ni, kiteorang konon nak pergi Pasar Payang. Rupa-rupanya Pasar payang dah tutup pukul 6. Waktu kiteorang masuk ke dalam tu, semua kedai dah bertutup. Kiteorang pun berhuhu saja lah.


Tempat menarik di Terengganu

Lepas keluar dari Pasar Payang, kiteorang nak pergi lah cari makan untuk makan malam. Kedai yang kiteorang nak cari tu, aku dah tak ingat dah namanya apa. So, kiteorang parking tepi jalan untuk pergi ke kedai tu. Tiba-tiba aku check-check, kad hotel pulak hilang. Aku letak dalam poket. Cari habis dalam kereta, beg tak ada. Aku pun mulalah mengamuk-ngamuk sikit. Biasalah penat woiii travel macam ni dengan bajet yang ciput, dengan menahan kerenah anak kecik lagi. Karang hilang kad hotel kene pulak bayar mahal. Last-last, Zul patah balik ke Street Art Kuala Terengganu tu untuk cari. Dia biar je aku dalam kereta nak cool down padahal kad hilang tu salah aku kot. Hahahhaa.

Lama Zul cari. Dari satu jalan ke satu jalan. Kesian pulak aku tengok dia tapi aku still tengah marah dengan diri sendiri waktu tu. Last-last sekali, dekat jalan terakhir kiteorang pergi cari, Zul datang ke kereta sambil senyum. Jumpa akhirnya. Pastu aku cakap, lepas ni tak nak pegang dah kad hotel. Hahahhaa.

Kiteorang patah balik ke kedai makan yang kiteorang nak cari tu. Cari punya cari tapi tak jumpa pulak. Aih bertambah geram aku. Last last kiteorang pusing-pusing bandar Kuala Terengganu tu nak tengok apa yang rasa sedap nak makan. And we ended up pergi makan dekat KFC. Tet!

Ha, tamat dah lah, travel hari keempat. Macam-macam betul hari keempat ni tapi last-last we managed to settle down dan tidur dalam hotel dengan bahagia.

Dekat bawah ni trip yang kiteorang ambik masa gerak dari Cherating ke Kuala Terengganu. Kiteorang guna jalan tepi pantai dan bukannya guna highway. aku dah setting dalam Google Maps ikut jalan yang kiteorang ambik tapi bile nak embed, jadi jalan lain pulak. Haish. So, jalan dekat bawah ni lebih kurang je lah. Bukan exact route. 



Total expenses hari keempat: RM137.30
- Lunch (RM21)
- Parking (RM0.60)
- Hotel (RM90)
- Dinner (RM25.70)  


Travel tip:

Bila bawak budak travel dalam kereta dalam jangka masa yang panjang, bawak pen, pencil, colored pencil dan papers. Suruh dieorang conteng untuk elak dieorang rasa bosan dalam kereta. Atau bawak mainan yang dieorang jarang main dekat rumah.


Nak baca pasal next trip? Ada 7 negeri lain lagi yang aku tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa).



Harga Restoran Mat Binjai Mahal?

$
0
0
Harga Restoran Mat Binjai Mahal? | Dekat Kuala Terengganu ni, tempat makan mana yang sedap? aku tengok online, ramai yang suggest cuba makna dekat Restoran Mat Binjai. Katanya salah satu tempat makan yang sedap di Kuala Terengganu.

Restoran Mat Binjai Mahal
 Sumber gambar: OpenSnap

Disebabkan hari yang kiteorang datang tu hujan, so aku tak sempat nak ambil gambar depan kedai makan ni. So, aku Google lah gambar kedai ni. Sumber untuk gambar ni aku ada kredit dekat atas.

Waktu aku baca suggestion orang untuk datang makan dekat sini, ramai yang cakap tempat makan ni banyak pilihan masakan lauk Melayu di kawasan Kuala Terengganu. Lepas tu ada pulak dieorang jual telur penyu. Memang aku tak makan dan tak sokong orang jual telur penyu ni. Haih.

Restoran Mat Binjai Mahal
Jadi, kiteorang pun datang lah untuk cuba makanan dan lauk Melayu yang dikatakan sedap dekat sini. Aku ambil 2 ekor ikan bakar, lauk sayur masak lemak dan sambal belacan. Zul pulak ambil ayam kari. Nasi 2 pinggan. 

Portion nasi is just nice. Lauk ikan bakar, biasa-biasa saja tak ada yang istimewa sangat. Macam tak ada rempah atau perisa apa-apa pun yang dieorang perapkan dekat ikan tu. Lauk sayur maska lemak tu okay saja. Biasa-biasa je kot. Yang lauk ayam kari tu, Zul suka. Katanya sedap. Kuah ni memang kena dengan selera Zul. Sambal belacan dia pun okay, tak pedas sangat, tak masin sangat. 

Restoran Mat Binjai Mahal
Air yang kiteorang order hari tu Milo Ais dan Teh O Ais. Gelas yang dieorang pakai gelas biasa tu je. Air minuman dekat sini pun rasa biasa saja.  

Restoran Mat Binjai Mahal

Untuk Aneeq, kiteorang bagi dia minum air masak je. Air masak tu boleh ambil dekat atas meja je. Memang dieorang sediakan dekat situ. Overall, apa yang kiteorang makan tu, rasanya okay saja. Mungkin lauk pauknya pilihan banyak tapi kalau nak diikutkan rasa, mungkin kedai lain pun lebih kurang je. Yang jadi penarik dekat sini mungkin sebab dieorang ada sediakan lauk telur penyu.

Bila tiba tang nak bayar, mak aih. Terkejut aku. Dengan lauk banyak tu je harganya sampai RM21. Serius aku tak pernah makan tengah hari lauk nasi campur macam tu harga sampai RM20. Paling mahal pun kiteorang pernah bayar RM18 je untuk lauk nasi campur itu pun sebab duduk dalam bahagian berair-cond.

Aku tak adalah nak rekemen sangat tempat makan di Kuala Terengganu ni untuk korang makan dekat Restoran Mat Binjai tapi kalau korang datang ke KualaTerengganu dan nak cuba jugak makan dekat sini, aku ada share dengan korang alamat dan Google Maps direction dekat bawah. Tapi, harga dieorang mahal tau. Jangan cakap aku tak kabo.

Alamat & nombor telefon:
71, Jalan Sultan Sulaiman, 
20000 Kuala Terengganu, Terengganu
09-624 2639 / 09-615 6639

Waktu Operasi: 
8 pagi – 6 petang

 Google Maps:

Travel tips: 
Bila dah sampai dekat satu-satu negeri tu, cubalah makan makanan lokal. Contohnya bila datang ke Terengganu, cuba dieorang punya keropok lekor. Bila lagi nak cuba kan?

Nak baca pasal next trip? Ada 7 negeri lain lagi yang aku tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa). 



Hotel K. T. Terengganu Inn, Kuala Terengganu

$
0
0
Hotel K. T. Terengganu Inn, Kuala Terengganu | Tengah cari hotel murah di Kuala Terengganu? Maybe entri ni boleh membantu korang kot. Dalam trip 14 keliling Semenjung Malaysia yang lepas, aku sempat duduk di K T Travelers Inn di Kuala Terengganu. Bagi aku, harga ini mungkin tak lah terlalu murah tapi RM90, decent enough untuk tidur satu malam dengan bilik yang selesa. 


Hotel murah di Terengganu
Gambar pinjam dari TravelFish.
Parking Hotel
Parking dekat sini berterabur sikit. Disebabkan hotel ni berada di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu, korang kena bayar parking dari pukul 8 pagi sampai 6 petang. Parking dia tepi-tepi bahu jalan je. 

Servis Kaunter Depan Hotel
Masa mula-mula aku tanya ada bilik kosong atau tidak, muka akak yang jaga kaunter tu macam nak tak nak je layan aku. Tapi dia jawab je la apa yang aku tanya. Bila aku dah decide untuk book satu bilik, baru la dia layan aku dengan elok sikit. 

Asalnya aku nak ambil bilik standard katil queen yang berharga RM80. Sekali akak tu cakap tadi dah ada orang ambil yang katil queen. Tinggal bilik standard katil single dua. Jadi, akak tu offer bilik deluxe katil king. Diskaun RM10. Aku pun okay je lah. Ambil je yang tu sebab tak nak katil single.  


Hotel murah di Terengganu
Antara beberapa jenis bilik yang ada dekat hotel murah di Terengganu K T Travelers Inn ni. 

Harga Bilik
Harga bilik yang kiteorang ambil - Bilik Deluxe ni asalnya RM100. Tapi sebab kiteorang nak Bilik Standard tapi dah habis, akak tu offer Bilik Deluxe dengan harga RM90. Deposit RM10. Bagi aku okay dah lah tu. Sebab dah malas nak cari hotel lain. 

Bilik Hotel
Bilik K T Travelers Inn ni memang besar. Selesa sangat bila masuk. Sesuai kalau nak duduk dalam 3 hingga 5 orang. Tapi kena tambah tilam lah.


Hotel murah di Kuala Terengganu
Kalau sekali masuk bilik ni, nampak semua benda bersih. Lantai bersih, meja bersih, kerusi bersih dan katil pun bersih. Aku suka sangat kalau cadar dan selimut yang hotel sediakan bersih tak ada kekotoran. Rasa nak tidur pun tak ragu-ragu masuk dalam selimut dia.

Hotel murah di Kuala Terengganu
Malam dekat sini memang aku tidur dalam selimut katil ni. Kalau hotel lain, memang aku tak berani nak tidur dalam selimut sebab nampak kotor dan tak selesa. Biasanya kalau tidur dekat hotel, aku akan tidur guna swetaer dan stokin tebal je. Tapi hotel ni memang aku rasa selesa sangat nak masuk tidur dalam selimut.

Hotel murah di Kuala Terengganu
Bilik Deluxe dekat K T Travelers Inn ni guna katil saiz king. Korang tengok budak kecik tu conquer katil sambil tengok TV. Cukup besar katil ni untuk aku, Zul dan Aneeq tidur dengan selesa dan tak berhimpit.

Hotel murah di Kuala Terengganu
Dalam bilik ni siap ada kerusi 2 biji. Kerusi ni sebijik macam yang ada dekat rumah aku dekat kampung. Cuma alas die je yang berbeza hahaha. 

Hotel murah di Kuala Terengganu
Dia punya meja memang luas. Cermin pun besar. TV kecil je. Dan hanya ada siaran TV percuma. Tak ada Astro.

Hotel murah di Kuala TerengganuBilik ni nampak lama. Bangunan ni pun nampak lama tapi dieorang susun bilik ni nampak biar kemas.  

Hotel murah di Kuala Terengganu
Almari yang besar untuk simpan beg baju dan barang-barang lain. Ada satu benda yang aku tak berapa berkenan tentang bilik ni adalah tingkap dia. Tingkap tu dieorang tutup guna papan. The whole tingkap. Cuma ada satu pintu yang boleh bukak. Tapi still aku rasa macam terkurung walaupun ada tingkap besar dekat situ. Satu lagi yang aku tak berapa suka, lampu dia sangat malap. Lampu jenis warna oren tu. Haih, aku memang tak suka lampu romantik ni. Buat sakit mata.

Tandas hotel
Tandas hotel ni memang bersih. Aku suka. Toilet dia pun sederhana besar. Selesa la untuk mandi dalam keadaan yang tak berhimpit. Lantai toilet bersih dan aku suka warna toilet dia yang nampak macam mewah dan cerah.  


Hotel murah di Kuala Terengganu
Ruangan sinki dan cermin yang besar. Disediakan sekali sabun mandi dan shampoo. Ada jugak disediakan tong sampah di bawah sinki.  

Hotel murah di Kuala Terengganu
Ada alas kaki, tuala dua helai, tisu dan air panas. Air panas berfungsi dengan baik. Ada paip shower dan jugak paip air di bawah. Flush toilet pun berfungsi dengan baik. 

Wifi Percuma
Dekat sini memang ada wifi percuma. Cuma biasalah memang aku tak guna wifi dekat mana-mana hotel pun.

Kemudahan Hotel K T Terengganu Inn
Dekat hotel ni diaorang ada sediakan air minuman 2 botol, cawan dan kettle untuk masak air.  


Hotel murah di Kuala Terengganu

Antara kemudahan lain yang ada dekat sini:
- Free wifi
- Shampo dan sabun mandi
- Tuala
- Kettle
- Iron
- Tong sampah
- Instant noodle, air mineral, air tin dan 3-in-1 coffee/tea (kene beli dekat kaunter receptionist) 
- 3 point plug

Hotel murah di Kuala Terengganu
Overall, aku sangat selesa dan happy gila bila duduk dekat hotel murah di Kuala Terengganu ni sampailah besok paginya badan aku gatal-gatal. Rupa-rupanya, jangan disangka selimut yang putih bersih tak ada bed bugs. Ada jugak rupanya. Lepas daripada hari tu, aku memang tak tidur langsung dalam mana-mana selimut hotel dah.

Apa pun, K T Travelers Inn ni memang sesuai untuk korang yang mempunyai bajet yang agak ciput dan nak cari hotel murah di sekitar Kuala Terengganu ni. Selesa dan berpatutan dengan harga nya. Kalau korang nak duduk di sini, boleh tengok alamat dan direction dalam Google mpas yang aku share dekat bawah ni. 

Alamat & nombor telefon:
201, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Paya, 
20000 Kuala Terengganu, Terengganu 
09-622 3666

Google Maps:
Travel tips:
Kalau rasa tak nak bangun tidur dekat hotel gatal-gatal badan kena gigit dek bed bugs, korang boleh bawak sweater dan stokin. Tak perlu tidur dalam selimut dieorang, Cukup sekadar tidur menggunakan sweater  dan stokin yang tebal. 

Nak baca pasal next trip? Ada 7 negeri lain lagi yang aku tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa).

Program Diet HCG - Cara Kuruskan Badan Dengan Berkesan

$
0
0
Program Diet HCG - Cara Kuruskan Badan Dengan Berkesan  | 30 juta rakyat Malaysia ada masalah kesihatan dan separuh daripada dieorang mengalami masalah berat badan. Gila kan?

"Kira-kira 30 juta rakyat Malaysia berdepan masalah kesihatan yang membimbangkan apabila separuh daripada mereka mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti." - The MalayMail Online.

"Hasil tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan menunjukkan separuh rakyat negara ini berlebihan berat badan atau obesiti." - SinarHarian.

cara kuruskan badan

Sekarang ni, macam-macam jenis program dan ubat-ubatan yang dikeluarkan untuk membantu orang kuruskan badan tapi banyak yang tak berjaya dan ada jugak yang bawak bahaya. Kalau nak kuruskan badan, kita kena pandai dan bijak memilih program serta ubat-ubat kuruskan badan yang sesuai dan selamat contohnya macam Program Mudah Kurus Diet HCG ni.  

Program Diet HCG - Revolusi Baru Dalam Rawatan Obesiti

Program Diet HCG ini menggunakan sejenis hormon (Human Chorionic Gonadothrophin) yang dihasilkan di dalam badan manusia. Hormon ini akan dihasilkan lebih banyak bila perempuan hamil dan bila kita berada dalam keadaan 'kebuluran'. Hormon ni fungsinya lebih kurang untuk menggerakkan lemak yag tersimpan dalam badan.

cara kuruskan badan

Hormon HCG ini akan disuntik ke bahagian badan yang berlemak untuk menggerakkan dan membakar lemak tersebut. Dos yang diperlukan cuma 125 hingga 200IU je.  Semua HCG ni adalah dalm bentuk suntikan dan homeopathy yang dihasilkan di makmal dan bukannya diekstrak daripada wanita hamil.  

Program ni akan dijalankan selama 23 hari dan selepas itu akan diteruskan jugak selama lebih kurang 3 minggu (maintenance phase). Berat yang turun tu bergantung pada individu tapi dalam masa 23 hari, kemungkinan besar berat akan turun dalam 6 hingga 8kg. Ramai yang takut bila cakap boleh turun berat badan dengan cepat macam tu sekali. Tapi ada kajian terbaru yang menunjukkan penurunan yang lebih cepat akan memberi motivasi yang lebih bila disertakan dengan nutrisi yang cukup dan pemantauan daripada doktor (rujukan DR Malinda)

Program ini bukan saja membantu menghilangkan lemak lama tapi dia jugak akan menjadikan badan lebih pejal dan tidak menggeleber lepas kurus. Banyak kelebihan program ni contohnya tahap gula dan tekanan darah lebih stabil, tahap kolesterol menurun, tiada masalah sakit sendi dan lutut dan tiada lagi craving food terhadap karbohidrat dan gula.

Cara Pengambilan Suntikan HCG 

Cara pengambilan suntikan HCG ni amat mudah. Suntikan HCG 125IU diambil pada setiap pagi. Suntikan ini perlu diambil selewat-lewatnya sebelum jam 11 pagi dan SEBELUM SARAPAN PAGI. Tak payah nak cari urat pun untuk suntik. Korang hanya perlu suntik di bahagian lemak perut yang mana korang nak buang. Kiranya kalau korang nak target lemak bahagian kiri perut, korang cuma perlu suntik dekat bahagian itu saja.

Kesan Sampingan Rawatan HCG

Rawatan yang dipantau oleh doktor ni adalah selamat dan tiada kesan sampingan yang serius. Kalau ada pun mungkin macam sembelit, lapar, letih, pening, cramps atau hypoglycaemia yang mana berkait rapat dengan pengambilan kalori yang rendah. 

Testimoni Program Diet HCG

Korang boleh tengok antara testimoni-testimoni orang yang dah berjaya turunkan berat badan. Kalau cakap je, memang tak percaya kan. Kena tunjuk bukti baru boleh percaya. Korang sendiri boleh tengok perbezaan berat yang dieorang ni berjaya kurang kan. 

Cara nak kurus
Cikgu Azlizah - korang boleh nampak perbezaan yang agak ketara antara edua-dua gambar di atas ni kan.

Cara nak kurus
Saiful - Bermula dengan berat 80.6kg sekarang dia dah turun sebanyak 10kg untuk dapatkan bentuk badan yang lebih kurus.

Testimoni HCG

Tapi korang kena ingat, setiap program diet atau program apa-apa pun berkenaan dengan nak kuruskan badan, yang penting adalah disiplin, keyakinan dan konsisten. Kalau hari ni buat, minggu depan dah tinggal, tak jadi jugak kan.

Nak tahu lebih lanjut tentang Program Diet HCG ni? Korang boleh tengok website dan Facebook dieorang atau hubungi dieorang terus menggunakan nombor di bawah. Nak kurus dengan mudah tak?

Website | Facebook | Dr. Malinda 017 508 4430

Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2016

$
0
0
Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2016 | Hari ini merupakan hari perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2016 antara Kedah dan Selangor. Mesti penyokong-penyokong Kedah dan Selangor tak sabar-sabar nka tengok perlawanan ni kan?

Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2016

Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2016

Tarikh: 30 Oktober 2016
Masa: 9.00 malam
Tempat: Stadium Shah Alam
Siaran Langsung: TV3 dan Tonton.my



               

Kedah


Selangor

Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2016

vs

Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2016

1
Rizal Ghazali 52'
Penalti
6

1
Hazwan Bakri 59'
Penalti
5


Live Update Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2016


Agak-agak siapa yang menang?

Pemenang Giveaway Garnier Micellar Cleansing Water by Fadzi Razak

$
0
0
Pemenang Giveaway Garnier Micellar Cleansing Water by Fadzi Razak | A quick announcement! Hari ni aku nak umum kan pemenang untuk Giveaway Garnier Micellar Cleansing Water by Fadzi Razak. Drum rolllllllll~

Giveaway Garnier Micellar Cleansing Water by Fadzi Razak

Pemenang Giveaway Garnier Micellar Cleansing Water by Fadzi Razak Blog
http://adna2029.blogspot.my/2016/10/giveaway-garnier-micellar-cleansing_25.html -

Pemenang Giveaway Garnier Micellar Cleansing Water by Fadzi Razak Instagram
- https://www.instagram.com/radhia87/ -

Pemenang Giveaway Garnier Micellar Cleansing Water by Fadzi Razak Facebook
- https://www.facebook.com/syazwan.khaidi -

Tahniah kepada semua pemenang. Mungkin kali ni aku buat giveaway terlalu pendek masanya dan tak ramai yang join. Tapi, aku pegang pada janji tetap nak bagi hadiah kepada pemenang. Tak baiklah kan kalau buat giveaway tapi nak kene ada minimum peserta. Kesian pada yang dah join.

So, kepada pemenang-pemenang di atas, nanti aku akan PM sorang-sorang untuk dapatkan maklumat. Sila PM nama penuh, alamat dan nombor telefon ke Facebook Fadzi Razak. Tahniah dan terima kasih!


Viewing all 630 articles
Browse latest View live