Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all articles
Browse latest Browse all 630

Buffet Ramadan Shah Alam 2019 - Cita Rasa Timur Tengah

$
0
0
Buffet Ramadan Shah Alam 2019 - Cita Rasa Timur Tengah | Pernah tak pergi berbuka puasa dekat SACC Shah Alam? Pada Fadzi, berbuka puasa dekat SACC ni paling best. 

Buffet Ramadan Shah Alam 2019

Jadi entry kali ni, Fadzi nak kongsikan dengan korang, apa yang menarik dalam buffet Ramadan SACC Cita Rasa Timur Tengah untuk tahun 2019 kali ni. Alang-alang kan sebab hari tu Fadzi sempat pergi ke prebiu buffet Ramadan SACC. 

Buffet Ramadan Shah Alam 2019 - Cita Rasa Timur Tengah

Setiap tahun mesti SACC akan menghidangkan Nasi Kambing Kebuli semasa buffet Ramadannya. Kalau yang memang suka kan masakan Arab, Nasi Kambing Kebuli ni korang memang kena cuba. 

Buffet Ramadan Shah Alam 2019
Nasi Kambing Kebuli

Selain daripada hiangan utama Nasi Kambing Kebuli, tahun ini SACC akan menyediakan pelbagai hidangan khas dari Timur Tengah seperti Kebab Ayam Irani, Sup Harira, Tabbouleh, Tahina, Baba Ganoush (masakan terung) dan Qayatef.

Kalau korang tak biasa makan makanan masakan Timur Tengah, tak perlu risau. Sebab SACC pun ada menyediakan masakan tradisi Melayu seperti Rendang Negeri Sembilan, Daging Goreng Berlado, Ayam Percik, Asam Pedas Tetel, Lala Cili Padi dan Singgang Ikan Tongkol.

Buffet Ramadan Shah Alam 2019
Lauk pauk Melayu tradisi

Ada juga dibuka booth untuk pelbagai jenis pilihan makanan seperti:
  • Ikan Goreng Tepung/Ikan Bakar
  • Sup Periuk dan Aneka Roti
  • Roti John
  • Pecal dengan Kuah Kacang
  • Laksa Utara
  • Kacang Pool dengan Telur Separuh Masak dan Roti Bakar
  • Kakiage Tempura dan Chicken Kaarage
  • Lemang, Ketupat, Nasi Impit, Rendang dan Kuah Kacang
  • Pat Thai Kuey Teow
  • Apam Lenggang
  • ABC
  • Teh Tarik dan Kopi Tarik
  • Buah-buahan Potong dan Buah-buahan Dusun
  • Aneka Goreng-Goreng dan Pengat

Buffet Ramadan Shah Alam 2019
 Booth Ikan Bakar dan Ikan Goreng Tepung

Buffet Ramadan Shah Alam 2019
 Booth Kacang Pool

Buffet Ramadan Shah Alam 2019
 Booth Laksa Utara dan Mee Kari Nyonya

Buffet Ramadan Shah Alam 2019
 Booth Lemang, Ketupat, Nasi Impit dan Rendang

Buffet Ramadan Shah Alam 2019
 Booth Pat Thai Kueh Teow dan Fried Noodle Mamak

Buffet Ramadan Shah Alam 2019
Booth Pecal dan Lontong

Buffet Ramadan Shah Alam 2019
 Booth Popia Basah

Buffet Ramadan Shah Alam 2019
Booth Rojak Mamak

Dekat booth Aneka Goreng-Goreng dan Pengat tu korang boleh cuba macam-macam jenis makanan. Antaranya untuk goreng-goreng adalah seperti keledek, pisang, cucur bilis, cekodok dan  ubi kayu.

Untuk pengat pulak korang boleh cuba bubur kacang hijau, bubur pulut hitam, bubur jagung, pengat pisang dan pengat keledek.

Yang suka kan durian, jangan lepaskan peluang untuk cuba cucur durian. Fadzi banyak kali tambah cucur durian tu. Sedap!

5 Sebab Buffet Ramadan Shah Alam 2019 - Cita Rasa Timur Tengah Mesti Jadi Pilihan Berbuka Puasa Tahun 2019

Fadzi nak kongsikan dengan korang kenapa pada Fadzi SACC BUffet Ramadan ini adalah buffet Ramadan yang Fadzi tunggu-tunggu kan setiap tahun.

Buffet Ramadan Shah Alam 2019
 Booth Sup Periuk

Buffet Ramadan Shah Alam 2019
 Sup Periuk

Buffet Ramadan Shah Alam 2019
Pilhan condiments untuk Sup Periuk

1. Menu-menu Menarik
Menu-menu yang disediakan dekat SACC Buffet Ramadan memang sedap-sedap dan ada macam-macam pilihan. Setiap tahun mesti diaorang dartang dengan tema yang berbeza tapi masakan Melayu tradisi mesti ada juga disediakan.

2. Ruang Makan Yang Besar Dan Selesa
Setakat yang Fadzi pernah pergi buffet Ramadan, SACC menyediakan ruang makan yang paling selesa. Ruang nya besar, air cond sejuk, ruang antara meja dengan meja orang lain besar. Memang selesa nak makan.

Buffet Ramadan Shah Alam 2019
Air Panas

Buffet Ramadan Shah Alam 2019
 Air Sejuk

Buffet Ramadan Shah Alam 2019
 Buah-buahan Potong

Buffet Ramadan Shah Alam 2019
Buah-buahan Dusun

3. Flat Rate Parking
Untuk yang datang guna kereta, korang boleh parking kereta di SACC dengan kadar bayaran RM5 flat rate. Affordable kan. Senang pulak tu. Macam hari tu, Fadzi park kereta dekat bahagian basement, naik lift dan terus sampai. 

4. Surau
Surau SACC ada dekat tingkat atas. Mudah. Senang. Selesa. Bersih. Nak makan pun tak rushing. Bila azan Maghrib dah berkumandang, korang makan lah ala kadar, lepas tu pergi solat dekat tingkat atas. Habis solat, boleh je nak sambung makan semula.

5. Ada Persembahan
Masa korang berbuka puasa tu nanti, akan ada persembahan nyanyi dekat atas pentas. Tak lah bosan sangat kan ada hiburan sikit. Fadzi kadang kadang bila dengar oran gbuat persembahan tu siap boleh join nyanyi sekali.

Buffet Ramadan Shah Alam 2019
 Pencuci Mulut

Buffet Ramadan Shah Alam 2019
Turkish Barrel Ice Cream

Harga Buffet Ramadan SACC Cita Rasa Timur Tengah

Harga untuk Buffet Ramadan SACC Cita Rasa Timur Tengah adalah seperti di bawah.

Dewasa RM88+
Kanak-kanak RM44+

Nota:
  • Pembelian awal sebelum 10 Mei, korang dapat harga RM78+ untuk dewasa.
  • Setiap pembelian voucher, RM1.00 akan disumbangkan kepada "Tabung Kebajikan Gelandangan"
  • Harga untuk kanak-kanak bermula dari umur 7 hingga 10 tahun.
  • 6 tahun ke bawah makan percuma.
  • Pembelian voucher untuk kanak-kanak hanya ada secara walk in saja.
  • Voucher untuk dewasa boleh beli secara online.
  • Pakej Korporat ditawarkan dengan harga bermula RM70+ dengan minimum 80 orang.
  • Untuk Pakej Korporat, korang akan dapat ruang khas untuk berbuka puasa.


Buffet Ramadan Shah Alam 2019 - Cita Rasa Timur Tengah

Korang boleh mula berbuka puasa di Buffet Ramadan SACC Cita Rasa Timur Tengah pada waktu seperti di bawah.

11 Mei hingga 3 Jun 2019

Untuk tempahan atau pun sebarang pertanyaan, korang boleh hubungi:

Shah Alam Convention Centre
No.4 Jalan Perbadanan 14/9,
40000 Shah Alam,
Selangor
03 5511 8858/03 5511 8848
enquiry@sacc.com.my

Untuk tengok menu penuh, korang boleh tengok dekat sini -> Menu Buffet Ramadan SACC Cita Rasa Timur Tengah 2019.

SACC memang dah jadi salah satu venue yang boleh kata Fadzi harus pergi berbuka puasa tiap tiap tahun. Dengan makanan yang sedap-sedap, performance yang santai, tempat yang selesa dan kemudahan yang cukup.

Sesiapa yang tengah mencari tempat berbuka puasa sama ada untuk family atau untuk tempat kerja, korang boleh cuba Buffet Ramadan Cita Rasa Timur Tengah SACC 2019 kali ni. Memang berbaloi.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 630

Trending Articles