Central i-City - Shopping Mall Terbaru Di Shah Alam | Tak lama lagi akan ada shopping mall terbaru dibuka di Shah Alam iaitu Central i-City. Letaknya dekat i-City. Ya Allah, makin jem lah area tu nanti.
Central i-City - Shopping Mall Terbaru Di Shah Alam
Ceritanya Fadzi memang dah tau diaorang tengah buat pembangunan shopping mall baru dekat i-City tapi tahun bila entahnya tu. Baru baru ni masa Fadzi buat check up Anas dekat Klinik Kesihatan Seksyen 7 tu, berborak lah dengan seorang mak cik ni.
Borak borak terselitlah pasal dekat Shah Alam ni pagi pagi memang jem. Lepas tu makcik tu pulak cakap, nanti Central i-City tu dah mula bukak lagi jem. Fadzi macam, eh dah nak bukak ke?
Lepas Fadzi google google dan ada pulak orang duk share dekat Facebook dan Twitter pasal Central i-City nak bukak tak lama lagi, baru lah Fadzi tau. Diaorang akan buat soft launch pada 23 Mac 2018 ni nanti.
Kemudahan Asas Central i-City
Antara kemudahan asas yang disediakan dekat Central i-City ni adalah macam dekat bawah ni:
- Baby stroller - ada jenis single and twin
- Wheel chair - untuk orang kurang upaya atau orang tua
- Porter service - kalau korang beli barang besar atau banyak, korang boleh minta bantuan dieorang untuk bantu
- Patrolling customer service - kalau korang perlukan bantuan, boleh minta bantuan daripada dieorang ni
- First aid - kalau ada kecederaan atau masalah kesihatan masa berada di Central i-City, korang boleh minta first aid kit ni
- Lost & Found - kemudahan untuk cari balik barang korang yang ter miss placed. Hopefully orang baik lah yang jumpa dan pulangkan dekat kaunter lost & fund ni
- Customer service - Ada apa-apa masalah pergi je dekat kaunter customer service ni
- Free Wifi - Yeay~
- Toilet biasa dan toilet kanak-kanak - Serius ada toilet kanak-kanak ni menyenangkan hidup mak bapak termasuklah Fadzi
- Surau - Berseronok, seronok jugak, solat jangan lupa
- Mom & baby room - Baby poop~ Baby lapar~ Tak pe ada tempatnya
- Free bus service - Jimat duit korang. Jadual untuk free bus ni Fadzi tepek dekat bawah nanti.
- Grab pick up and drop off point - Kalau pengguna Grab tegar, korang boleh naik Grab je datang sini. Tak yah sakit kaki hadap jem.
- Buggy - Ada buggy weh dari area parking
- Parking - Untuk parking rates dekat Central i-City pulak, korang boleh tengok gambar dekat bawah ni.
Ni pulak jadual untuk bas free tu. Servis free bus ni akan bermula dari Stesen KTM Padang Jawa. Operating hour dari pukul 8.30 pagi sampai 11.30 malam. Kekerapan dia dalam setengah jam sekali.
Kedai-kedai Dalam Central i-City
Kalau ada shopping mall baru nak bukak, bena yang pertama Fadzi nak tengok adalah ape benda kedai yang ada dalam mall tu. Korang sama ke tak? Nah, Fadzi senaraikan kedai-kedai yang ada dalam Central i-City tu.
ANCHOR TENANT
Sogo Department Store
TGV Cinemas
Village Grocer
JUNIOR ANCHORS
ACE Hardware
Brands Outlet
Food Empire (Foodcourt)
Grand Palace Chinese Restaurant
Padini Concept Store
Popular Bookstore
Samsung Experience Store
SportsDirect.Com
TBM Electrical Store
UNIQLO
OTHER TENANTS
A-Look Eyewear
Bath & Body Works
Bonia
Caring Pharmacy
Celmonze The Signature
Common Sense
Dockers
Etude House
Extreme
F.timber
Fitness Concept
Focus Point
Giordano
GNC Live Well
Guardian
Himalaya
HLA
HLA Jeans
innisfree
Kickers
Kiehl's
LANEIGE
Levi's
MJ Jewellery
Navy Navy
next Kids
O.W.L
OGAWA
OSIM
Pierre Cardin Paris
Polaris
PONEY
Quickcut
Sasa
Scholl
seen
Siti Khadijah
Skechers
Sorella
Tare Lingerie
Thai Odyssey
TheFaceShop
Ticino Paris
Timberland
Tomaz Heritage
Tomei
Trudy & Teddy
Under Armour
Universal Traveller
VANS
Victoria's Secret
Wah Chan
Watsons
Whoosh
World of Watches
Xixili
Younghearts
7-Eleven
Celcom
Gamers Hideout
Hamleys
machines
Maxis Centre
Mi Store
PALO Education
Party Wonderland
Pet Lovers Centre
4 Fingers Crispy Chicken
Absolute Thai
BB.Q Chicken
Black Canyon Restaurant
Boat Noodle
Boost Juice
Burger King
Cha Tra Mue Original Thai Tea
Chatime
Chicken Plus
DubuYo
Empire Sushi
Famous Amos
Go Noodle House
Godiva Chocolatier
Heritage Nyonya Cuisine
Hong Kong Sheng Kee Dessert
Juice Works
Kaki Makan
Marrybrown
Molten Chocolate Cafe
Mr. Dakgalbi
Nando's
Owee By Sayang Manis
Santai Penyet
Seoul Garden
Sepiring Uniquely Malaysian
Shihlin Taiwan Street Snacks
Sopoong
Starbucks Coffee
Street Churros
Sukiya
Sushi King
Sushi Zanmai
Tealive
Teh Tarik Place
Texas Chicken
Thai Syok
The Chicken Rice ShoP
Banyak nya kedai makan nak cuba hahahha. Tapi dalam banyak banya kedai dekat sini kan, Fadzi rasa ramai yang excited dengan TGV tu kan. Ye lah, kalau ikutkan tak ada wayang dekat Shah Alam ni kecuali dekat Space U8. Tu pun jauh ke sana.
Dah lah i-City ni dekat betul dengan UiTM Shah Alam dan Unisel. Memang jadi port budak budak dating lah kot nanti hahahah.
Teringat Fadzi dulu, masa study Degree dekat UiTM Shah Alam, pergi i-City dengan housemate jalan kaki je. Punya lah dekat.
Tapi sekarang Fadzi agak mesti tiap-tiap minggu akan busy dan jalan akan jem dekat area i-City tu. Jadi harapnya korang yang nak pergi Central i-City tu nanti berhati-hati je lah ye.
Jangan lupa Central i-City akan bukak pada 23 Mac 2019. Korang boleh datang bermula pukul 9.00 pagi dan katanya 500 pembeli pertama akan dapat shopping vouchers dan free gift.
Fadzi nak pergi ke tak Central i-City? Ermmm, rasa rasa macam nak biar orang cool down dulu, bila dah kurang sesak mall ni baru Fadzi nak pergi. Heee.
Fadzi nak pergi ke tak Central i-City? Ermmm, rasa rasa macam nak biar orang cool down dulu, bila dah kurang sesak mall ni baru Fadzi nak pergi. Heee.