Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all articles
Browse latest Browse all 630

Aneeq Join Johnson's Baby Of The Year Contest

$
0
0
Aneeq Join Johnson's Baby Of The Year Contest | Bila ada anak ni kan, kerja paling selalu buat adalah ambil gambar anak. Penuh phone dengan gambar anak je kan. Apa kata dari membazir simpan gambar dalam phone, korang join Johnson's Baby Of The Year Contest ni.

Johnson's Baby Of The Year Contest 2018

Johnson's Baby Of The Year Contest 2018

Sebelum ini Fadzi pun pernah cuba hantar gambar Aneeq untuk Johnson's Baby Of The Year Contest tapi tak ingat tahun bila. Itu pun sebab kakak Fadzi ada beli barang Johnson's. Alang-alang Fadzi cuba sajalah. Tapi tak menang.

Tahun ni, Fadzi nak cuba naib Aneeq sekali lagi lah. Tema yang diaorang buat untuk Johnson's Baby Of The Year Contest pada tahun ini adalah - "The Royal Celebration for Johnson's 125 Years with Your Princes & Princesses".

Mak aih, dah 125 tahun rupanya brand Johnson's ni wujud dekat dunia. Lama betul kan?

Johnson's Baby Of The Year Contest ni mcam tahun-tahun lepas, akan melancarkan sticker GIF dan bingkai foto elektronik dalam empat tema istana - Royal Adventure, Magical Show, Stardust Fairies dan Modern Monarchy

Korang boleh guna sticker-sticker yang ada untuk hias gambar-gambar anak korang kalau nak join kontest ni. 

Hadiah Johnson's Baby Of The Year Contest

Hadiah yang Johnson's sediakan pada tahun ini untuk Johnson's Baby Of The Year Contest 2018 bukan sebarangan tau. Kalau korang cuba, anak-anak korang mungkin salah seorang antara pemenang yang mungkin boleh bawa balik hadiah bernilai sehingga RM80 000.

Johnson's Baby Of The Year Contest ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu:
  • Umur 0 hingga 12 bulan
  • Umur 1 hingga 3 tahun
  • 4 hingga 6 bulan


Hadiah Johnson's Baby Of The Year Contest

Dua orang pemenang akan dipilih untuk setiap kategori. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Jadi total ada 6 pemenang. Setiap pemenang akan bawa pulang:
  • Wang tunai bernilai RM5000 
  • Hamper Johnson's bernilai RM400
  • Dipaparkan di muka depan majalah


Kalau tak menang hadiah utama pun tak apa. Anak-anak korang masih berpeluang untuk menjadi antara 10 pemenang setiap kategori untuk hadiah saguhati. Total 30 orang pemenang! Setiap pemenang akan bawa pulang:
  • Wang tunai RM500
  • Hamper Johnson's bernilai RM400 


Cara Nak Sertai Johnson's Baby Of The Year Contest

Korang ada anak berumur 0 hingga 6 tahun tahun? Apa kata cuba nasib jugak. Nak join Johnson's Baby Of The Year Contest ni senang sangat. Korang cuma perlu buat step macam di bawah ni.

Cara Nak Sertai Johnson's Baby Of The Year Contest
  1. Beli mana-mana produk bayi Johnson's mulai 1 September 2018 hingga 31 Oktober 2018
  2. Ambil gambar anak korang dan layari www,johnsonbaby.com/boty2018
  3. Pilih bingkai foto dan sticker bertemakan istana yang korang suka dan muat naik gambar
  4. Lengkapkan borang dan hantar penyertaan korang


Senang kan? Korang boleh hantar sebanyak mana pun gambar untuk penyertaan. Tak ada limit. 

Dalam proses pemilihan, 36 peserta akan disenarai pendek (12 penyertaan dari setiap kategori) dan akan dimuat naik ke laman Facebook Johnson's untuk diundi oleh para pengguna. Korang boleh tengok dekat Facebook diaorang sama ada anak korang terpilih atau tidak.

Johnson's Baby of the Year 2018 ini akan diadakan dalam tarikh di bawah. 

1 September 2018 hingga 31 Oktober 2018

Jangan lupa join :)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 630

Trending Articles