Menang Pelbagai Hadiah Berjumlah Lebih 1 Juta Dengan Kempen 'Wang Bersama Shopee' | Shopee kalau tak buat hal mesti tak sah. Hahaha, tapi buat hal cara yang elok lah kan? Kali ini, Shopee buat hal dengan memperkenalkan kempen baru sempena dengna Tahun Baru Cina. Dah ready nak buang duit dekat Shopee?
Shopee
Siapa yang tak kenal dengan Shopee, betul tak? Fadzi sendiri memang suka sangat shopping dekat Shopee ni sebab harga yang murah dan banyakpilihan serta mudah.
Bagi yang masih tak tau Shopee tu apa, ia adalah platform e-Dagang di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka untuk memberi orang macam kita pengalaman membeli belah secara online dengan mudah, selamat dan cepat. Satu lagi yang Fadzi suka pasal Shopee ni, setiap kali ada perayaan dekat Malaysia ni, mesti diaorang akan buat kempen besar-besaran.
Dan bersempena dengan Tahun Baru Cina yang akan dirayakan pada 16 Februari nanti, Shopee sekarang mengadakan Kempen 'Wang Bersama Shopee'.
Kempen 'Wang Bersama Shopee'
Kempen 'Wang Bersama Shopee' berlangsung selama 6 minggu iaitu bermula pada 15 Januari hingga 25 Fenruari 2018. Lama kan? Semasa Kempen 'Wang Bersama Shopee' ini berlangsung, korang berpeluang untuk menang macam-macam hadiah berjumlah lebih daripada RM1 juta!
Dalam Kempen 'Wang Bersama Shopee' ini, akan diadakan permainan "Fortune Ang Pao" dan Jualan Kilat Shopee.
Fortune Ang Pao
Permainan 'Fortune Ang Pao' akan memberi korang peluang untuk menang hadiah yang hebat-hebat berjumlah lebih daripada RM1 juta. Best kan? Nak join permainan ini senang je, korang cuma perlu mengambil bahagian dalam permainan ini bermula daripada 15 Januari hingga 23 Februari 2018.
Korang boleh menang Shopee Coins, baucar dan lebih 20,000 unit Tiket Emas (Golden Tickets) setiap hari. Setiap Tiket Emas merupakan cabutan bertuah kepada pengguna untuk memenangi hadiah termasuk jongkong emas bernilai lebih RM500 setiap satu, hadiah mingguan berbentuk wang tunai berjumlah RM1,500 dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888. Hadiah lain termasuk bank kuasa, aksesori komputer, perkakas rumah dan banyak lagi.
Jualan Kilat Shopeee
Kalau yang biasa dengan Shopee, korang mesti tau pasal Jualan Kilat Shopee ni kan. Sepanjang Kempen 'Wang Bersama Shopee', ada 5 kali Jualan Kilat Shopee yang akan dijadualkan sehari dengan hadiah tambahan menerusi permainan secara langsung di Facebook Rasmi Shopee.
Nah code voucher untuk korannnnnnggg
Korang juga berpeluang memenangi Kotak Kemakmuran Shopee (Shopee Prosperity Boxes); 88,888 unit Shopee Coins dan percutian untuk dua orang ke Disneyland Hong Kong dengan hanya mendaftarkan diri di acara Facebook ‘Wang bersama Shopee sempena Tahun Baharu Cina 2018’ (Wang With Shopee this CNY 2018). Semakin ramai pengguna yang mendaftarkan diri, semakin banyak hadiah terkunci boleh dimenangi termasuklah hadiah percutian ke destinasi misteri bernilai RM10,000 apabila pendaftaran mencapai bilangan 18,888 orang.
Banyak kategori barang yang korang boleh beli dekat Shopee ni antaranya dari kategori Kesihatan & Kecantikan, Perhiasan & Perkakas Rumah, Fesyen, Barang Runcit; Permainan, Kanak-kanak & Bayi, Telefon Bimbit & Gajet serta banyak lagi untuk memenuhi keperluan setiap isi rumah.
Bukan setakat itu saja. Barang-barang daripada jenama-jenama besar pun korang boleh jumpa dekat Shopee tau. Ada lebih 60 jenama terkemuka daripada Shopee Mall termasuk PETRONAS, Reckitt Benckiser, L’Oreal, OPPO, Super, Watsons, Nestle, Unilever, Tommee Tippee, Deerma, Photobook, dan Xixili untuk melancarkan promosi dan potongan harga sehingga 90% ke atas pelbagai produk.
Dan bersempena jugak dengan Tahun Baru Cina ini, Shopee turut menjalinkan usahasama dengan perunding feng shui bertaraf selebriti, YBhg. Dato’ Joey Yap untuk melancarkan Kedai Rasmi beliau. Usahasama ini merupakan yang pertama terjalin antara seorang perunding feng shui dengan platform e-Dagang di rantau ini.
Yang lagi best, Dato’ Joey Yap menawarkan tiket percuma ke acara ‘Feng Shui & Astrology 2018 Live in Kuala Lumpur’ untuk 80 pelanggan pertama yang membuat pembelian minima RM30 dari kedai dalam talian diaorang.
Acara tersebut akan dianjurkan pada 27 Januari 2018 (sesi Bahasa Kantonis) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Peminat bidang metafizik Cina boleh membeli buku terbitan terbaharu dan barangan eksklusif beliau berharga antara RM23 dan RM116 dari capaian https://shopee.com.my/joeyyapstore.
Ha, dah ready ke nak bershopping dekat Shopee sempena dengan Tahun Baru Cina kali ini? Fadzi selalu check tau Shopee ni untuk cari barang-barang best.
Question of the Day
Korang pernah shopping dekat Shopee? Apa barang paling mahal korang pernah beli dekat Shopee?