Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all articles
Browse latest Browse all 630

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF

$
0
0
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF | Tahun lepas Fadzi dah pernah pergi tengok sendiri Majlis Penyampaian Hadiah Mencipta Logo Sahabat Zakat. Tahun ini pula, Fadzi sekali lagi nak berkongsi dengan korang dengan aktiviti terbaru PPZ baru-baru ini iaitu Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF.

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF

Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF

Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF ini telah pun berlangsung selama sebulan lebih iaitu bermula pada 15 Ogos 2017 hingga 30 September 2017. Tajuk video yang dipertandingan adalah 'Mencari Rezeki Yang Berkat'. Durasi setiap video yang mengambil bahagian adalah selama 3 minit. Video tersebut hanya boleh diambil menggunakan telefon pintar tapi bab penyuntingan pula tak kisah pakai software apa pun. 

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF telah pun diadakan pada hari Jumaat 10 November 2017 yang bertempat di Pusat Pungutan Zakat yang terletak di Taman Shamelin Cheras. Antara individu yang datang untuk menyerikan majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, pemilik Boutique Coudre KL, pegawai-pegawai pengurusan PPZ-MAIWP, pemenang-pemenang dan juga blogger.       

Pemenang Pertandingan Jom Kreatif 2017

Kalau korang nak tau, PPZ menerima sebanyak 50 penyertaan video untuk pertandingan kali ini. Dan hanyaa 12 orang yang terpilih sebagai pemenangdan diraikan pada hari tersebut. Dekat bawah ni Fadzi kongsikan pemenang-pemenang serta hadiah yang mereka terima.

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF
Tempat Pertama (RM2000)
Muhammad Hanif bin Ngarisan

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF
Tempat Kedua (RM1500)
Syahidah Binti Baharudin

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF
Tempat Ketiga (RM1000)
Nurhidayah binti Atmin

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF

Saguhati (RM500)
Nurmanisya binti Shah rudin
Muhammad Adam bin Ibrahim
Muhammad Fairullah bin Hamran
Mohd Amirul Ashraf bin Abdul Aziz
Bik Puteri Nur Anis bt Noor Azmi
Nabeel Fakrur Razy Bin Jufri
Anis Asyikin binti Alias
Muhammad Zuhaili bin Razali
Muhammad Norazi Nazreel bin Mohd Yazid

Anugerah Pilihan Ramai (RM1000)
Muhammad Hanif bin Ngarisan

Tahniah kepada semua pemenang. Fadzi, well macam tahun lepas. Menyesal juga tak join. Fadzi dah tau dah PPZ ada anjurkan pertandingan buat video tapi tu lah, malas kan. Kalau Fadzi join, mana tau boleh menang. 

Disebabkan dah 2 tahun berturut-turut Fadzi tau PPZ buat pertandingan, tahun depan insyaAllah kalau diaorang buat pertandingna lagi, Fadzi nak join. Kalau tak cuba, tak tau kita boleh menang ke tak kan?

Memang meriah betul PPZ ni. Dari tahun lepas Fadzi follow je dieorang buiat macam-macam aktiviti. Kalau korang nak follow PPZ juga untuk sebarang maklumat dan pertanyaan pasal pertandingan ke pasal zakat je, korang tengok je dekat bawah: 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 630

Trending Articles