Buka Puasa Di D'Kayangan Grill & BBQ Shah Alam | Buat kesekian kalinya aku datang lagi untuk makan dekat D'Kayangan Grill & BBQ yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam ni. Bagi aku, D'Kayangan ni adalah salah satu tempat makan di Shah Alam yang korang boleh cuba kalau nak makan steamboat dan BBQ.
Setiap hari, D'Kayangan Steambiat & BBQ akan hidangkan lebih kurang 200 jenis makanan yang termasuk sekali Kambing Golek bersempena dengna bulan Ramadan kali ini. Konsep yang diaorang gunakan ialah 2 in 1 - hotpot dan grill. So korang boleh makan steambot menggunakan hotpot atau bakar daging-daging atau makanan laut di atas grill.
Menu-menu steamboat dan grill yang korang boleh jumpa dekat sini bermacam-macam jenis. Ada makanan laut segar macam lala, pepahat, ketam dan udang. Menu yang biasa korang boleh jumpa dekat mana-mana kedai steamboat mestilah ada dekat sini cuma yang lebih rarenya, dekat D'Kayangan ni, lebih perlbagai contohnya Seafood Tofu, Salmon Fishball, Vegie Fishball, Prawn Ball, Beef Ball, Sosej dan Crab Filamnet.
Dan yang istimewanya dekat sini korang boleh dapatkan menu-menu grill perapan untuk ayam, daging, udang, sosej. ketam. ikan dan sotong yang menggunakan campuran cili giling, bawang putih, lada hitam dan beberapa rempah ratus yang lain.
Dan yang istimewanya dekat sini korang boleh dapatkan menu-menu grill perapan untuk ayam, daging, udang, sosej. ketam. ikan dan sotong yang menggunakan campuran cili giling, bawang putih, lada hitam dan beberapa rempah ratus yang lain.
Untuk sup steamboat, korang boleh pilih sama ada nak sup ayam atau tomyam. Kalau bagi aku, aku lagi suka sup tomyam. Baru terasa kick dia. Korang boleh refill sup ni pada bila-bila masa. Cuma perlu panggil staff dan mintak tolong refill kan saja.
Pilihan sos yang korang boleh ambil pulak memang banyak. Ada Soso Cili Pedas, Soso Cili Thai, Sos Manis, Sos Bawang putih, Sos Lada Hitam dan Sos Yong Tau Fu. Banyak lagi sebenarnya sos nya tapi tak lah aku tau nama semua sos tu kan.
Selain daripada menu makanan steamboat dan grill, tahun ni D'Kayangan ada juga perkenalkan Konsep Gerai. Dalam Konsep Gerai ni, diaorang hidangkan menu seperti Roti Jala, Roti John, Kuey Teow dan Ayam Goreng Berempah.
Untuk hidangan Buffet pulak, diaorang sediakan menu seperti Nasi Beriyani, Ayam Beriyani, Dalca Ayam, Jelatah, Papadom dan Asam Laksa. Ada juga hidangan menu lain seperti Nasi Putih, Daging Masak Merah, Ikan Dori Masak Masam Manis dan Sayur Masak Sos Tiram.
Lepas kenyang makan semua, mesti perut korang masih ada ruang untuk dessert kan. Alah aku tau lah. Kenyang macam mana pun mesti korang nak makan pencuci mulut. Aku pun sama. Antara pencuci mulut yang ada dekat sini adalah kuih melayu, kek, bubur, buah-buahan, ABC dan juga ais krim.
Yang aku suka tentang D'Kayangan Steamboat & BBQ ni adalah tempat dia luas sangat. Diaorang boleh tampung 400 orang dalam satu-satu masa. Selain daripada berbuka puasa di sini, korang boleh juga book untuk buat majlis korporat atau hari jadi.
Selain daripada itu, diaorang pun ada sediakan kemudahan surau. Walaupun agak kecil tapi dah memadaikan. Cuma korang kena ambil wuduk dekat toilet luar je. Diaorang tak ada tempat ambil wuduk dalam surau.
Pasal tempat parking, korang tak payah risau. Dekat sini banyak tempat parking dan tiada cas. Percuma. Tu yang seronoknya kan? Sebab tak payah bayar parking.
Harga
RM44.90 (Dewasa)
RM22.90 (Kanak-kanak)
Waktu operasi
5.00 petang hingga 12.00 malam
Isnin hingga Ahad
Ada dua minggu lagi kita akan berpuasa. Kalau ada yang teringin nak berbuka puasa dengan hidangan steamboat dan BBQ, korang boleh lah cuba di D'Kayangan Steamboat & BBQ, salah satu tempat makan di Shah Alam yang korang kena cuba.