Buka Puasa Hari Pertama Di Citta Mall | Tahun ni hari pertama berpuasa jatuh pada hari Sabtu. Aku tengok ramai yang balik kampung untuk berpuasa dengan family tapi aku tak dapat nak balik sebab ada urusan lain. Jadi, aku pun plan lah dengan Zul untuk berbuka puasa untuk hari puasa yang pertama ni dekat Citta Mall. Alang-alang Citta Mall tu tak berapa jauh dengan rumah.
Yang aku suka datang dekat Citta Mall ni sebab mall ni dekat dengan rumah, jalan nak pergi pun tak sesak, senang nak cari dan parking banyak. Aku memang sejenis manusia yang tak suka bersesak-sesak dengan orang ramai-ramai ni.
Citta Mall
Masa aku pergi ke sini Sabtu lepas, Citta Mall dah siap naikkan hiasan sempena Hari Raya Aidilfitri dah. Laju betul. Kalau korang tak pernah lagi sampai dekat sini, Citta Mall ni sebenarnya adalah shopping mall yang menggunakan konsep open air dan terletak di Ara Damansara. Unik kan konsep Citta Mall ni?
Kiteorang plan untuk berbuka puasa dekat restoran Korea - Mr Dakgalbi. First time nak cuba makanan dekat sini. Orang kata sedap. Tapi disebabkan waktu masih awal, kiteorang jalan-jalan dulu dalam Citta Mall ni. Jalan punya jalan terjumpa IDiscovery World.
I Discovery World
I Discovery World ni adalah tempat untuk budak-budak belajar macam-macam perkara secara santai. Dekat sini tenaga pengajar lebihkan cara praktikal di mana dalam setiap kelas, kanak-kanak akan belajar untuk mencari pengetahuan, memahami sesuatu dengan teliti dan menyelesaikan masalah secara hands-on. Macam ni baru best. Tak lah budak-budak terlopong je dengar cikgu ajar teori kan.
Macam-macam jenis aktiviti yang dieorang buat dekat I Discovery World ni. Masa aku pergi tengok hari tu, dieorang ada buat slime sendiri menggunakan shaving foam dan juga buat ikan mainan bergerak dalam botol sendiri. Aku yang dah besar ni pun kagum dengan aktiviti-aktiviti yang dieorang buat dekat sini tau. Rasa nak join sekaki buat sekali.
Tapi tu lah, Aneeq still tak berapa faham instruction lagi. Umur pun baru masuk 2 tahun. Untuk join aktiviti dekat I Discovery World ni, umur yang sesuai adalah 4 tahun ke atas. Waktu umur macam tu budak-budak lebih senang faham apa yang diajar dan boleh ikut instruction dengan betul. Hari tu Aneeq cuma main berkejar-kejar dengan budak sama baya dia, tengok budak-budak lain buat aktiviti dan tengok fish je.
Kedai Buku Times
Lately ni aku memang gila baca buku. Sebab Aneeq pun dah mula tunjuk minat nak baca buku. Kejap-kejap bangun ambil buku. Kejap-kejap bangun lagi. Tapi aku pun rasa seronok. Setiap kali keluar dan jumpa kedai buku, mesti singgah dulu. Samalah macam dekat Citta Mall ni. Aku sempat juga singgah ke Kedai Buku Times.Buku dia, serius banyak. Terdapat banyak kategori buku-buku yang ada dekat sini. Dan bukunya bukan saja diletakkan dalam kedai, malah di luar kedai. Dah lah dekat belah dalam kedai dah penuh dengan buku, dekat luar kedai pun banyak gila buku yang ada.
Sempat juga Zul tengok-tengok kan buku Aneeq. Buku-buku budak memang banyak dekat sini. Bukan setakat buku budak je, ada jugak mainan-mainan dan alat pembelajaran untuk budak-budak contohnya macam writing board dan flash card.
Kalau korang masuk belah dalam kedai, diaorang dah siap-siap letak buku-buku dekat bahagian kategori masing-masing. Dari kategori teens, fictions, food & drinks sampai lah ke macam-macam lagi.
Mr Dakgalbi
Bila jam dah tunjuk lebih kurang pukul 7.15 malam tu, kitaorang pun start gerak dari Kedai Buku Times dan terus ke Mr Dakgalbi. Sebelum tu kiteorang dah memang booking sesiap meja untuk berbuka di Mr Dakgalbi. Jadi, bila kiteorang sampai, staff diaorang tengah masak kan makanan untuk kiteorang.
Yang best tentang Mr Dakgalbi ni, dieorang masak depan-depan korang dekat atas meja makan. Bahan-bahannya dah sedia masak dah cuma perlu gaulkan je atas api. Menarik jugak tengok diaorang masak depan-depan kita.
Mula-mula Zul tengok staff Mr Dakgalbi masak dan gaul ramen je, terus dia cakap. Hmmm, boleh kenyang ke ni? Zul memang tak boleh kalau tak bukak puasa dengan nasi. Tu la disebabkan ini first time kitaorang makan Mr Dakgalbi, kiteorang tak tahu lepas diaorang masak ramen, lepas habis ramen akan masak pulak dengna nasi. Memang kenyang betul lah hari tu makan dekat sini.
Tengok tu. Dia punya cheese, sekali ceduk panjang cheese ditarik. Kalau korang boleh tengok masa Zul ceduk nasi bercheese ni waktu makanan baru je lepas masak, memang lagi panjang cheese dia. Sedap pun sedap. Pedas pun pedas. Aneeq punya menu tak pedas macam kitaorang punya.
Korang tengok tu, boleh tahan Aneeq nak makan guna chopstick. Bagi sudu dengan garfu tak nak. Tapi hebat jugak Aneeq makan guna chopstick tu. Cara pegang pun dah hampir betul.
Bila dah kenyang makan dekat Mr Dakgalbi, kiteorang singgah naik ke tingkat 1 untuk solat Maghrib kejap sebelum balik. Surau Citta Mall ni senang je nak cari. Korang cari Kedai Buku Times, masuk lorong sebelah kiri kedai buku dan surau ada dekat situ.
Fuh, setel dah cerita aku berbuka puasa di Citta Mall untuk hari pertama berpuasa. Citta Mall ni not bad untuk lepak-lepak dengan kawan-kawan atau family. Baru aku tau ada banyak aktiviti dan tempat makan best yang korang boleh cuba dekat Citta Mall ni. Next time nak repeat lagi datang sini.