"9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan".
Aku rasa ramai orang yang terfikir-fikir nak buat bisnes dan dah ramai pun yang dah ada bisnes sendiri. Aku sendiri pun masih belajar lagi nak buat bisnes. Walaupun masih tak gempak tapi sikit-sikit tu ada lah jugak.
Jadi, hari ni aku nak share sikit dengan korang tips-tips berjaya dalam bisnes. Tips ni boleh digunakan sama ada korang jual barang secara online ataupun offline.
5 Tips Berjaya Dalam Bisnes
1. Coaching Dan Mentor
Tak ada orang yang boleh terus berjaya bila buat bisnes ni sorang-sorang. Apa kata ambilmana-mana orangyang sangat berjaya, dan kalau diaorang niikhlas,dieorang akan bagitau korangbagaimana orang lain ajar dieorang di sepanjang jalan.
2. Publisiti
Kalau orang tak tahu pasal kewujudan produk atau servis korang, macam mana orang nak beli kan? Oleh sebab tu, penting sangat untuk korang war-war kan pada dunia yang korang ada produk atau servis. Tak kisah macam mana caranya pun, asalkan orang tau wujudnya produk/servis tu.
3. Komuniti
Buat bisnes ni bukan senang. Kalau ada partner yang buat kerja sama-sama, lebih senang. Tetapi kita bukansahaja perlu kawan-kawan untukberkongsimasalah dan menggalakkansatu sama lain.Korang jugak boleh bekerjasama dengan company lain untuk memajukan bisnes masing-masing.
4. Pengetahuan Kewangan
Ini paling penting. Pengetahuan kewangan. Pastikan korang tahu dari mana duit masuk, ke mana duit keluar dan macam mana nak gunakan duit keluar masuk tu dengan baik. Pastikan korang tak guna duit sendiri atau jadikan duit keuntungan tu macam duit korang sendiri. Kalau tak, memang ke laut lah pengurusan kewangan korang ni. Silap hari bulan, bisnes korang lingkup sebab tak tahu duit dari mane pergi ke mana. Bahaya tu.
5. Pembiayaan (funding)
Funding adalah satu perkara yang sangat buat kepala orang bisnes sakit. Betul tak? Mana nak cari modal, mana duit nak bayar bil, nak bayar itu nak bayar ini. Duit modal biasanya dapat daripada mana? Along? Ha jangan. Bank dan keluarga? Itu biasa. Tapi, korang tahu tak sebenarnya orang yang baru nak start bisnes ni boleh jugak mintak bantuan kewangan daripada kerajaan Malaysia?
Terdapat beberapa inisiatif pembiayaan daripada individu-individu yang ternama unutk peniaga di Malaysia ni. Tahun ni, usahawan Malaysia yang telah menjalankan perniagaan selama 3 tahun atau kurang boleh cuba untuk masuk Akademi Cabaran Inovasi Bizsmart PKS Alliance Bank. Ini adalah satu program yang bertujuan untuk membantu usahawan Malaysia untuk mendapatkan funding untuk bisnes dieorang.
Sekumpulan 20PKSmudaakan dipilih dandiberilatihanuntuk beberapa bulan.Enam daripadaPKS terpilihakhirnya akandipilih untuk memenangisehinggaRM1,000,000hadiah wang tunai danpakejmediaseperti berikut:
- Tan Sri Liew Kee Sin Entrepreneurship Award/Champion: RM250,000 cash prize
- First runner-up: RM200,000 cash prize
- Second runner-up: RM150,000 cash prize
- Category winners: (Manulife Sustainability Award: RM 100,000 cash prize, Visa Retail Award: RM 100,000 cash prize, HyppTV Viewers’ Choice Award: RM 200,000 media package)
Para peserta jugaakan diberipeluang untukbelajar daripadapemimpin perniagaan Malaysiaseperti TanSriLiewKeeSindan DatukAmeerAliMydinmelalui"CEOChatroomSeries", dan menerimabanyakliputanmedia:di Internet,di radiokebangsaan, dan dalamakhbar.DenganHyppTV danBFM89.9kerjasamaAlliance Bank,anda boleh yakinbahawa perniagaan andaakan mendapatperhatian negara.
Kalau korang adalah salah seorang peniaga yang nak dapatkan funding untuk bisnes korang, cuba korang apply BizSmart Academy SME Innovation Challenge ni. Mana tahu rezeki korang dapat. Boleh majukan bisnes korang hingga ke luar negara.
Kalau korang berminat nak cuba dapatkan funding ni, korang boleh baca maklumat lanjut dekat sini -> BizSmart Academy SME Innovation Challenge.