Kerja Dari Rumah Dengan iLancee | Kalau diikutkan, semakin ramai yang dah mula berkecimpung dalam aktiviti kerja dari rumah ni kan? Aku pun salah seorang daripadanya. Sebenarnya bukan suri rumah je yang boleh kerja dari rumah ni, student, warga emas dan pekerja di ofis, semua boleh buat asalkan ada skill yang bagus dan menepati masa. Sekarang ni lebih mudah nak jana pendapatan dari rumah melalui platform iLancee.com.
Kerja Dari Rumah Dengan iLancee
iLancee ni adalah satu pusat jual beli servis yang boleh dilakukan secara online. Maksudnya kalau korang nak cari orang buat website, boleh cari dekat iLancee. Atau kalau korang ada bakat untuk buat website, korang boleh jual servis korang tu dekat sini. iLancee.com ini diuruskan oleh SM Technologies Network (KT0405815-A).
Aku pernah cerita pasal iLancee dekat sini dan sini dulu. Tapi tu zaman tahun 2014/2015 sebelum dieorang tutup sebab ada sedikit masalah. Kalau nak tahu apa masalah dan perjalanan SM Network dalam membangunkan iLancee ni, korang boleh baca blog iLancee ni. Terjawab sudah kenapa dieorang tutup sebanyak 2 kali sebelum ni.
Tapi, 4 Januari yang lepas, iLancee dah kembali beroperasi dengan versi yang lebih hebat. Masalah-masalah sebelum ni dah pun dikenalpasti, diatasi dan berfungsi dengan lebih baik. Sebab tu dari dulu sampai sekarang, aku masih lagi setia dengan iLancee. Dan sebelum ni aku pun pernah dapat beberapa job dari iLancee. Memang berbaloi kalau korang join iLancee ni kalau korang nak start kerja dari rumah.
4 Kelebihan Kerja Dari Rumah Dengan iLancee
Kenapa aku cakap memang berbaloi kalau korang join iLance ni? Banyak kelebihan yang korang boleh dapat sebenarnya. Antaranya:
1. Tak Perlu Promosi
Buyer (orang yang mencari servis) akan datang ke iLancee untuk mencari servis yang diperlukan. Dan kalau korang senaraikan servis korang dekat iLancee, korang tak perlu dah nak promosikan servis korang sana sini.
2. Kerja Dari Rumah
Korang cuma perlu buat kerja dari rumah saja. Tak perlu keluar untuk berjumpa client. Semua komunikasi adalah melalui website iLancee. Tak payah nak membazir duit minyak atau duit belanja client di kedai makan.
3. Selamat dan Dipercayai
Bagi BUYER pulak, korang akan lebih selamat daripada bahaya scammer kalau korang tempah servis melalui iLancee ni. Konsep yang iLancee buat ni, korang bayar duit, duit tu akan dipegang oleh iLancee dan apabila kerja sudah siap dan diserahkan kepada korang, baru duit tu akan dibayar kepada SELLER. Misal kata SELLER tak dapat menyiapkan kerja, duit korang akan dipualngkan. Selamat kan?
4. Cash Out Terus Ke Akaun Bank Atau Paypal
Bagi SELLER pulak, bila dah dapat duit melalui job yang korang dapat tu, korang boleh cash out ke akaun bank tempatan ataupun ke akaun Paypal korang. Kalau tak ada akaun Paypal pun tak ada masalah.

Fungsi iLancee
iLancee ni ada dua jenis fungsi iaitu SELLER dan BUYER. Secara ringkasnya kalau korang ada bakat dan skill yang korang boleh jual, korang boleh register sebagai seorang SELLER dan sebaliknya kalau korang tengha mencari orang untuk outsource kerja, korang boleh register sebagai BUYER dan cari servis yang korang perlukan dekat iLancee.
Idea Kerja Dari Rumah Dengan iLancee
Berminat untuk kerja dari rumah dengan iLancee tapi tak ada idea nak jual servis apa? Tak ada masalah. Dekat sini aku tunjuk kan beberapa contoh servis yang dah ada dekat iLancee.Kalau korang masuk ke website iLancee, korang boleh tengok beberapa contoh servis yang dibuat oleh seller lain. Antara servis lain yang korang boleh buat mengikut skill korang:
- Grafik Dan Design - Design logo, banner iklan, kad nama, doodle, ebook, infografik dan artwork.
- Penulisan - Servis tulis surat rasmi, advertorial, komen pada blog, Facebook dan sebagainya dan terjemahan dari satu bahasa ke bahasa yang lain.
- Blogspot & Wordpress - Setup blog, setup adsense dan iklan-iklan lain
- Video Dan Animasi - Buat intro untuk video Youtube, buat video presentation dan video infografik.
- Pemasaran - Naikkan like di Facebook fanpage, naikkan follower instagram, promosi kan bisnes di media sosial
- Website Dan Programming - Setup website dan setup software
Jadi, kalau korang nak kerja dari rumah dengan iLancee atau nak mencari orang untuk buat kerja bagi pihak korang, korang boleh pergi ke website atau Facebook iLancee untuk lebih maklumat.
Contest iLancee ini telah dianjurkan oleh ahmadFaiz.com dan ditaja oleh SM Creative Studio, Semanis Kurma, Bina Blog Sendiri, Best Autoresponder,Panduan Bisnes Ebook, Buat Duit Blog, Best Hosting, Affiliate Malaysia, Poslaju Tracking, Infobiz FB Ads, BinMuhammad, Seri Nian Blogger, Hiburan Sabah, Top Seo Friendly, Sentiasa Panas