Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all articles
Browse latest Browse all 630

Pernah Makan Dekat Foodsbury Seksyen 9, Shah Alam?

$
0
0
Aku rasa sebelum ni aku pernah makan dekat Foodsbury.  Waktu tu aku makan spageti dan kek crepe apa dah tak ingat. Waktu tu aku rasa sedap kek dan spageti tu. Ye ke cafe same ke cafe lain? Entah-entah lain. So, kali ni aku pergi cafe Foodsbury yang terletak dekat Seksyen 9, Shah Alam. Dan, ini apa yang kiteorang order hari tu. 

Foodsbury Seksyen 9, Shah Alam
 
Lamb Steak - RM21.00
Ini apa yang aku order. Nampak macam banyak je kan portion steak dia? Ada 2 keping steak yang aku dapat. Tapi, apa yang aku kecewa separuh daripada kedua-dua steak tu lemak semata-mata. Sedih aku. Dah lah masa aku makan tu, ada banyak bahagian yang tak masak. Merah-merah lagi. Mula-mula aku makan satu steak, bila nampak merah-merah aku letak tepi. Aku makan lagi satu steak. Bila dua-dua jadi macam tu, aku feed up. Aku mengadu kat Zul, terus Zul suruh diaorang masak semula. Bila dah masak semula pun, aku tak dapat makan jugak sebab yang tinggal bahagian lemak lepas tu bahagian daging dah keras dan liat. Tak apa lah, bukan rezeki aku kot waktu tu.
 

Foodsbury Seksyen 9, Shah Alam

Salmon Fillet - RM21.00
Ini adik ipar aku yang order. Kesian dia. Dia dah lah jenis jaga badan, pergi gym semua, kuat makan. Waktu tu memang kiteorang tengah lapar gila kot. Adik ipar aku order lah Salmon Fillet ni. Portion dia memang agak sikit, memang tak kenyang jugak. Ke aku dengan adik ipar aku ni jenis kuat makan? Huuu~ Lagi satu, masa adik ipar aku dapat ni, salmon dia pun tak masak jugakkkkkk~ So, kiteorang mintak dia masak semula. 


Foodsbury Seksyen 9, Shah Alam

Burger (tak ingat burger apa, harga tak ingat) 
Ini menu Zul. Zul cakap daging burger ni kering sikit. Cheese pun rasa macam cheese biasa bukan cheese mahal. Tak dek nak komen banyak sebab aku tak makan pun.
 

Foodsbury Seksyen 9, Shah Alam

Chocolate Mint Ice (Harga tak ingat)
Ini Zul punya air. Aku pun merasa jugak. Rasa agak pelik sebab chocolate dengan mint. Chocolate dia aku rasa macam air coklat yang dibuat dengan serbuk koko dalam tin tu. Maksudnya rasa standard tapi ada sedikit twist letak mint tu. Pelik but boleh lah nak try.  


Foodsbury Seksyen 9, Shah Alam

Mango Slush (Harga tak ingat)
Ini aku boleh rekemen dekat korang. Air Mango Slush ni sedap. Mangga dia boleh tahan pekat dia. Lepas tu dekat atas dia letak whipped cream. Sedap! Rasa dia lebih kepada masam manis mangga dan manis whipped cream.


Apa yang aku suka dengan cafe Foodsbury:
  • Deco cantik. Of course lah. Pada aku sekarang ni semua kedai makan nak buat deco kedai cantik-cantik untuk attract customer tapi abaikan aspek kualiti makanan.
  • Staff okay. Tapi, maaf aku cakap, aku tak suka kalau ada staff yang tak faham bahasa Melayu atau English (pekerja bangsa asing to be exact) yang handle meja aku. Sakit hati sorang meng'ayam' sorang meng'itik'. Tak ke bengang.
  • Service so so je lah kot. Sebab aku kena tunggu lama sikit sebelum ada staff attend meja aku.

Apa yang aku tak suka dengan cafe Foodsbury:
  • Portion kecil. Hahahha, ke aku yang makan banyak sebenarnya? Tapi, adik ipar aku pun kata tak cukup jugak.
  • Makanan tak dimasak dengan betul. Kau gila nak bagi aku makan makanan yang tak cukup masak? Quality please.
  • Bahan mentah habis. Are you kidding me? Aku mula-mula nak order spageti something. Lepas order, staff datang balik cakap spageti dah habis. Come on. Tu main course korang kot. Spageti pun bahan mentah yang tahan lama. Beli stok banyak-banyak, baru lah tak habis. Tak faham betul la aku main course pun nak habis. Aku pun pernah keje dekat kedai makan kot. Barang habis sanggup bos turun beli barang tau.
  • Harga agak mahal. Atau mungkin mahal untuk aku yang gila kedekut. Bahahhaa.
  • Tak dapat resit. Resit aku tak dapat sebab diaorang dah tutup mesin duit. Okayyy~ Tapi total semua around RM7+.++. Lepas 10% diskaun untuk student dapat RM6+.++. Aku pun dah tak berapa ingat how much exactly.


Dan of course, lepas makan sebelum balik, aku paksa Zul tangkap gambar aku dekat wall deco Foodsbury untuk menandakan "Fadzi wuz ere".  

So, pendapat aku, cafe Foodsbury ni biasa-biasa saja lah. Tak ada lah segempak yang Says cakap dalam artikel 13 Kafe Moden “Mesti Kunjung” Yang Menjadi Kebanggaan Orang Shah Alam tu. Agak kecewa dekat makanan dia. Datang semula? Nope. Unless dapat makan free, baru aku datang semula. Bahahhaa.


*Aku tak dibayar untuk tulis artikel ni. Aku (or Zul to be exact) bayar segala expenses untuk datang ke sini dan makanan. Ini adalah pengalaman dan pendapat jujur daripada kitaorang.   


Viewing all articles
Browse latest Browse all 630

Trending Articles