Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all articles
Browse latest Browse all 630

Tonton Drama Mr Donat Karamel Online Full Episod

$
0
0
Tonton Drama Mr Donat Karamel Online Full Episod | Hujung-hujung minggu ni aku rasa kalau korang tak ada apa-apa nak buat dan tak keluar rumah, apa kata habiskan masa dengan tonton drama Melayu online. Mana-mana yang terlpeas tu, boleh je tengok secara online. 

Tonton Drama Mr Donat Karamel Online Full Episod

Tajuk: Mr Donat Karamel
Channel: TV3
Mula Tayangan:  2 November 2016
Masa: Setiap Rabu-Jumaat 9 malam
Jumlah Episode : 16

Pelakon: Hafidz Roshdi, Azira Shafinaz, Idris khan, Fimie Don, Shiela Rusly, Shamsul Ghau Ghau

Sinopsis Drama Mr Donat Karamel

Suatu hari, terjadi satu kemalangan yang menemukan Anggun dengan seorang jejaka bernama Faiq Faiqal, seorang CEO muda. Lebih malang lagi, cermin mata dan komputer yang mengandungi segala hasil kerjanya rosak gara-gara Faiq. Anggun yang rabun, tidak dapat melihat dengan jelas siapa lelaki yang telah melanggarnya. 

Faiq merasa bersalah dan cuba menggantikan menggantikan barang-barang milik Anggun yang telah rosak. Ekoran daripada insiden itu juga hati Faiq telah tertawan dengan Anggun. Faiq mula gila bayang dan cuba untuk mendekatkan dirinya dengan Anggun. 

Daripada seorang CEO, Faiq sanggup menukar identitinya menjadi Rafiqi. Atas bantuan adik angkat Anggun iaitu Kamil, Faiq berjaya bekerja sebagai pelayan pada hujung minggu di kafe kegemaran Anggun. Apabila mendapat tahu Anggun merupakan seorang novelis, Faiq sanggup membeli kesemua novel nukilan Anggun kononnya dia adalah peminat setia Anggun.

Anggun pula merasa senang berkawan dengan Rafiqi selain teruja mengetahui novelnya turut diminati oleh kaum lelaki. Dalam masa yang sama, Anggun rimas diganggu Zhariff yang juga menagih cintanya sejak mereka bersekolah lagi. 

Zhariff sering mendesak dan apabila dia mengatakan ingin menghantar rombongan meminang Anggun mula risau. Anggun telah meluahkan segalanya kepada Faiq. Faiq yang takut Anggun terlepas ke tangan orang lain terus meminta ibu-bapanya meminang Anggun. Walaupun terkejut, Anggun menerima pinangan Faiq kerana dia tidak mahu berkahwin dengan Zhariff. 

Namun, identiti Faiq terbongkar di saat akhir persiapan perkahwinan mereka iaitu apabila ingin mengisi borang pernikahan. Anggun kecewa bila mengetahui Faiq telah menipunya selama ini. Dia merasakan Faiq tidak ikhlas apabila Faiq tidak jujur dan menipunya selama ini. 

Kalau korang nak tengok drama Mr Donat Karamel ni secara online, korang boleh klik link dekat bawah ni. Yang dah bold tu maksudnya dah ada link dah boleh tengok. Yang belum bold tu, kena tunggu episod tu siar di TV dulu, baru akan diupdate dekat sini. 

Tonton Drama Mr Donat Karamel Online Full Episod


Mr Donat Karamel Episod 12
Mr Donat Karamel Episod 13
Mr Donat Karamel Episod 14
Mr Donat Karamel Episod 15
Mr Donat Karamel Episod 16

Link yang belum ada akan diupdate dari semasa ke semasa.

Aku lagi suka drama melayu yang episod dia pendek-pendek tak berjela macam cerita sinetron. 16 episod pun dah cukup. Korang macam mana?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 630

Trending Articles