Senarai Drama Melayu Popular Oktober 2016 | Banyak betul drama-drama Melayu yang bersiaran sekarang ni kan. Dari TV percuma ke Astro, semua ada cerita yang agak best untuk tengok. Aku selalu je nampak kawan-kawan dalam Facebook asyik duk update status pasal drama-drama Melayu ni. aku teringin jugak nak tengok tapi kadang-kadang tu tak cukup masa dan lost. So, aku pun tanya lah diaorang drama apa yang ada sekarang ni. Tanya punya tanya, nah. Senarai Drama Melayu Popular Oktober 2016.
Senarai Drama Melayu Popular Oktober 2016
Lara Aisyah (Astro)
Pelakon:Antara pelakon yang ada dalam drama Melayu Lara Aisyah ni - Fasha Sandha, Nazim Othman, Shah Jazle dan Jasmin Hamid.
Tayangan:
Setiap hari Isnin sampai Jumaat, pukul 6 petang, Astro Prima (105) dan Astro Maya (135)
Sinopsis:
Cerita Lara Aisyah ni fokus pada dua orang wanita - Aisyah yang tengha berjuang untuk selamatkan pasar tempatan daripada dirobohkan dan Zurin - seorang bekas banduan yang tengah mencari anak kandungnya yang dah hilang. Zurin tu dipenjarakan dekat luar negara sebab kesalahan yang bukan dia buat pun dan semua tu dirancang oleh mak mentua dia. Bila dah dibebaskan, baru Zurin tahu yang anak dia kena culik masa kecil dan still hidup. So, Zurin pun plan untuk balas dendam. Aisyah pulak dia ni dibesarkan oleh muiz dalam keadaan yang serba kekurangan. Dia kerja dekat pasar malam dan orangnya keras hati. Bila Aisyah tau pasar tu akan diambil alih, dia pun bergaduh dengan anak Datuk Alif (pemilik premis). Gaduh punya gaduh, Aisyah terjumpa dengan Iskandar, waris keluarga mentua Zurin. Bercintalah si Aisyah dengan Iskandar. Family iskandar pulak nak kahwinkan Iskandar dengan Felisha sampai sanggup buat jahat dekat Aisyah.
Suri Hati Mr Pilot (Astro)
Pelakon:Antara pelakon yang ada dalam drama Melayu Suri Hati Mr Pilot ni - Fattah Amin, Neelofa, Nina Juren dan Ben Amir.
Tayangan:
Setiap hari Isnin sampai Khamis, pukul 10 malam, Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (125)
Sinopsis:
Bila Ejaz dan Warda bertemu, kisah dua tahun lepas pun mula terungkit semula. Warda pernah dibuang keluarga sebab terlalu taksub dengan cinta muslim. Ejaz yang rasa cemburu bila Daniel dan Razif pun suka jugak pada Warda, terus melamar Warda jadi isteri. Bila berkahwin, barulah cinta mula terbit dari hati masing-masing. Tapi tengah-tengah hangat bercinta, Muslim datang balik untuk kacau Warda, Inara pun datang mengacau. Hubungan dieorang mulai retak sampai satu ketika Ejaz ditimpa kemalangan yang menyebabkan semua impian Ejaz pada cintanya terhadap Warda dan dunia penerbangan hancur.
Pergilah Air Mata (TV1)
Pelakon:
Antara pelakon yang ada dalam drama Melayu Pergilah Air Mata ni - Kamal Adli, Amar Asyraf, Nelydia Senrose dan Izreen Azminda.
Tayangan:
Setiap hari Sabtu dan Ahad, pukul 7.05 malam, TV1
Sinopsis:
Kisahnya bermula dengan Sabrina, seorang gadis naif dari kampung yang kehidupannya tidak terdedah kepada anasir negatif. Ada sesuatu yang malang menimpa Sabrina apabila dia diperangkap oleh rakan baiknya sendiri, Maria sehingga terpaksa berkahwin paksa dengan seorang jejaka kaya bernama Badrul Datuk Hamidi . Bertambah malang, apabila sudah berkahwin, Sabrina menjalani hidup yang lebih sukar dengan menjalani kehidupan bermadu dengan isteri pertama Badrul, Dayana sehingga sering disalah anggap mahu mengaut harta suaminya. Kerana satu rancangan yang dirancang untuk memisahkan mereka, rumah tangga Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina goyah hingga menyebabkan Badrul sanggup menyakiti Sabrina. Dia tetap dilayan baik oleh Datuk Hamidi, namun kesedihannya tidak berpenghujung. Namun, dalam membenci, rindu datang jua, Badrul tidak dapat melupakan Sabrina. Rasa benci membuatkan Badrul menafikan perasaan kasih dan rindu yang datang, hinggalah Sabrina meminta perpisahan.

Hero (TV2)
Pelakon:Antara pelakon yang ada dalam drama Melayu Hero ni - Sharnaaz Ahmad, Tiz Zaqyah, Rusdi Ramli dan Fezrul Khan.
Tayangan:
Setiap hari Isnin, pukul 9 malam, TV2
Sinopsis:
Mengisahkan ahli bomba dan penyelamat Khalid dan Zaki merupakan sahabat baik dan mereka merupakan ahli bomba yang sentiasa berdedikasi dalam tugas. Walau bagaimanapun, suatu kecelakaan telah terjadi apabila Zaki telah terkorban semasa menyelamatkan Khalid sewaktu kejadian kebakaran di sebuah apartmen 20 tingkat di ibukota. Khalid tidak dapat menerima kenyataan dan sering menyalahkan dirinya diatas kecelakaan yang terjadi. Cabaran diterima pasukan bomba yang menerima panggilan 'prank' dibuat oleh pemanggil yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan untuk mencabar tugas pasukan bomba. Pasukan yang diketuai oleh Zarul dan Khalid diarahkan untuk pergi ke lokasi yang dilaporkan mengalami kebakaran yang mana jarak diantara dua lokasi tersebuat agak berjauhan. Lokasi yang ditugaskan kepada Khalid tidak mempunyai sebarang insiden kebakaran manakala lokasi Zarul mengalami kebakaran yang besar sehingga memerlukan bantuan khas.
Patahnya Sebelah Sayap (TV3)
Pelakon:Antara pelakon yang ada dalam drama Melayu Patahnya Sebelah Sayap ni - Ummi Nazeera, Aeril Zafrel, Izzue islam dan Wawa Zainal.
Tayangan:
Setiap hari Isnin sampai Rabu, pukul 10 malam, TV3
Sinopsis:
Mengisahkan Alisha dan Amzar. Pada awalnya hubungan mereka amat baik kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar dan Amzar juga melamar Alisha. Dalam perjalanan pulang, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar. Suatu hari, terpampang di dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha yakin bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian malam bersama Amzar. Trauma Alisha makin bertambah apabila sekumpulan anggota polis datang ke rumahnya dan menahannya. Menurut mereka, Alisha adalah suspek utama kes langgar lari yang disiarkan di media massa. Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di atas “kesalahannya” itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya sendirian. Selepas dua tahun, Alisha dibebaskan dan menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi, suami kepada mangsa langgar lari Amzar.
Cinta Masam Manis (TV3)
Pelakon:Antara pelakon yang ada dalam drama Melayu Cinta Masam Manis ni - Zamarul Hisham, Izara Aisyah, Raja Ilya dan Shah Jaszle.
Tayangan:
Setiap hari Isnin sampai Khamis, pukul 6.58 petang, TV3
Sinopsis:
Mengisahkan cinta antara seorang duda berusia 40-an bernama Johan dan Sarah yang baru mencecah usia 20 tahun. Pelbagai dugaan yang harus ditempuhi untuk mengukuhkan percintaan mereka berdua. Johan ialah seorang ahli perniagaan yang sudah bercerai dengan isterinya pada tiga tahun lepas. Suatu hari Johan terbuka untuk menerima wanita dalam hidupnya apabila dia bertemu dengan Sarah. Sarah diperkenalkan kepada anak-anak Johan dan mereka memberikan reaksi yang berbeza terhadap Sarah. Anak sulung Johan, Hanna, membantah hubungan mereka kerana jarak usia Sarah dan Hanna hanya beza dua tahun. Sebaliknya, Hanis gembira buat ayahnya kerana merasakan sudah tiba masanya untuk ayahnya mencari teman hidup baru.
Samudera Rindu (TV9)
Pelakon:
Antara pelakon yang ada dalam drama Melayu Samudera Rindu ni - Azhan Rani, Dynas Mokhtat, Eyra Hazali dan Watie Sadali.
Tayangan:
Setiap hari Selasa sampai Ahad, pukul 8.30 malam, TV3 dan TV9
Sinopsis:
Mengisahkan hubungan Atirah dengan ibunya, Nadia yang menghidap penyakit kemurungan selepas kehilangan anak sulungnya. Walaupun dia tahu keadaan ibunya, dia tetap menghormati Nadia sebagai ibunya. Zainal, ayahnya pula kerap tukar pekerjaan kerana keadaan isteri tercintanya, Nadia. Bagi Zainal, Atirah adalah satu-satunya anaknya dengan isteri kesayangannya, dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga Atirah. Atirah menjadi rakan baik dengan ibunya. Perangai Nadia berubah menjadi kebudak-budakan seperti Atirah. Walaupun Zainal sedih melihat keadaan Nadia, tetapi dia tetap bahagia kerana merekalah ahli keluarga yang menjadi dorongannya. Zainal tidak pernah melupakan cinta kepada isterinya mahupun mempunyai niat untuk menghantar Nadia ke hospital. Lama kelamaan, Atirah telah berjaya menyambung pelajaran ke menara gading. Dia mula berasa penat untuk melayan karenah ibunya. Dia juga berasa malu untuk mengaku dengan kehadiran ibunya yang tidak waras itu. Apatah lagi Atirah mula berkawan dengan Eizaril. Akhirnya, Nadia dihantarkan ke hospital untuk rawatan. Walaupun berat hati Zainal untuk berbuat demikian, tetapi ia adalah cara yang terbaik buat Nadia. Pada masa yang sama, Zainal juga mula rapat dengan rakan sekerjanya, Siti yang sentiasa memberi kegembiraan yang kian lama tidak diisi.

Itu antara drama-drama Melayu yang kawan-kawan dalam Facebook aku ada bagitau. Dalam senarai ni, aku cuma pernah tengok Patahnya Sebelah Sayap, Cinta Masam Manis. Itu pun tak follow sangat sebab tak sempat nak tengok. Tapi bagi korang yang nak tengok drama-drama Melayu ni secara online, boleh tengok dekat SINI.