Setelah 515 hari berita kehilangan MH370, akhirnya semalam serpihan sayap yang dijumpai di Pulau Reunion disahkan milik MH370. Sidang media untuk mengumumkan kesahihan serpihan sayap MH370 dibuat semalam pada pukul 2 pagi bertempat di PWTC.
"Hari ini selepas 515 hari sejak kehilangan pesawat tersebut, adalah dengan berat hati saya memaklumkan bahawa pakar siasatan antarabangsa mengesahkan serpihan itu sah bahagian daripada MH370."
“Dan saya berjanji: Malaysia akan sentiasa mengingati dan menghormati mereka yang hilang bersama pesawat MH370,”
Misteri kehilangan MH370 mula terungkai pada 29 Julai di kawasan pantai Pulau Reunion di Lautan Hindi selepas pekerja pantai menemui serpihan pesawat yang menyerupai sayap pesawat.
Untuk tengok rakaman penuh sidang media MH370, korang boleh tengok dekat sini -> Sidang Media MH370 5 Ogos 2015.
Walaupun serpihan sayap MH370 ini telah dijumpai, tapi masih ramai lagi yang mengaitkan misteri kehilangan MH370 kepada beberapa kospirasi. Kalau korang nak tahu konspirasi apa yang banyak dikaitkan dengan kehilangan MH370 ni, korang boleh baca dekat:
Recap:
- Pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac tahun lalu itu membawa 239 penumpang dan anak kapal dengan 152 daripada mereka, termasuk seorang bayi, adalah warga China.
- Tiga lagi botol air mineral keluaran Malaysia ditemui di pantai Pulau Reunion di Lautan Hindi tidak jauh dari kawasan di mana serpihan sayap pesawat yang dipercayai daripada MH370 dan serpihan lain serta botol air ditemui sebelum ini.
- Pada 29 Januari 2015, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia telah mengistiharkan penerbangan MH370 sebagai kemalangan dan semua mereka didalam pesawat itu dianggap maut.