Awal-awal tahun baru ni, banyak juga azam yang aku buat. Plan untuk keluarga, untuk bisnes supaya boleh tambah pendapatan, untuk studies, untuk anak, untuk blog. Memang banyak tapi hampir kesemuanya jenis yang senang-senang je. Aku tak nak bebankan diri aku dengan azam yang terlampau tinggi untuk dicapai.
Okay, dekat bawah ni aku senaraikan antara azam tahun baru yang aku dah set kan untuk tahun ni.
Tips Buat Azam
Aku ada baca dalam satu blog nama dia Hidup Ringkas. Dia ada bagi panduan untuk buat azam tahun baru supaya tak ada lah asyik tak terbuat0buat azam kita. Antara panduan yang dia bagi:- Buat azam yang mudah dicapai
- Azam kena logik
- Jangan jadikan perkara wajib sebagai azam
- Jangan jadikan pilihan sebagai azam
Okay, dekat bawah ni aku senaraikan antara azam tahun baru yang aku dah set kan untuk tahun ni.
Ibadah
- Solat sunat Dhuha setiap hari
- Baca satu muka surat al-Quran sehari
- Puasa setiap hari Isnin dan Khamis
Kesihatan
- Tidur awal pukul 10 malam setiap hari
- Bangun awal pukul 5 pagi setiap hari
- Mandi sebelum subuh setiap hari
- Makan buah-buahan setiap hari
- Minum air 3 liter setiap hari
Ilmu
- Baca sebuah buku setiap bulan
- Belajar satu ilmu baru setiap bulan
Ekonomi
- Buat bisnes
- Jual barang satu sebulan
- Simpan satu ringgit setiap hari
- Belanja kawan makan sekali sebulan
- Masak breakfast, lunch dan dinner setiap hari minggu
Blog
- Tulis satu artikel setiap hari
Reward
- Beli reward untuk diri sendiri/suami/anak/rumah sekali sebulan
Aneeq
- Bagi Aneeq masuk kelas berenang
- Bawa Aneeq pergi main petang-petang
Hahahha, macam mana agaknya azam tahun baru aku ni? Korang rasa logik dan boleh capai tak? InsyaAllah boleh, Nanti akhir tahun aku update semula sama ada aku boleh capai kesemua azam ni ke tak.
Korang punya azam macam mana? Share sikit. Mungkin korang boleh jadikan 10 Idea Untuk Jadikan Tahun 2016 Hebat ni sebagai idea azam korang?
Korang punya azam macam mana? Share sikit. Mungkin korang boleh jadikan 10 Idea Untuk Jadikan Tahun 2016 Hebat ni sebagai idea azam korang?