Hari ni aku nak bagi peminat-peminat pretzel jadi gila sekejap. Aku nak review sikit cafe yang buat hampir kesemua makanan dia based on pretzel dan dough pretzel. Ready? Nah, Pretz n' Beanz.
Bagi korang yang memang suka pretzel, aku rasa ni lah tempat terbaik untuk korang pergi. Hari tu aku pergi senang je nak cari cafe ni. Pakai Waze ke Google Maps pun lagi senang. Cafe pun cantik dan santai, makanan pun sedap. So, meh tengok apa yang aku makan hari tu dekat Cafe Pretz n' Beanz.
Cafee Latte RM11.00 | Green Tea RM13.90
Cantik kan design coffee dengan green tea ni. Rasa sayang nak minum pun ade jugak. Antara dua ni aku suka caffee latte. Memang terangkat rasa dia. Kalau korang hantu manis, boleh minta gula sikit macam aku minta tambah gula. Green tea tu pun sedap tapi Zul yang habiskan. Hehehe.
Pretzel Basil Cheese RM7.30
Pretzel Basil Cheese memang unik sikit rasa dia. Bahagian atas yang ada basil tu macam crunchy sikit. Tapi belah dalam lembut. Rasa dia agak chewy sikit bila nak koyakkan dan gigit dia. Tapi overall sedap bila makan sebab ade rasa crunchy bahagian atas dan chewy bahagian dalam. Aku nak highlight kan dekat sini - PRETZEL DIA BESAR.
Pretzel Cinnamon Sugar RM6.25
Antara Cinnamon Sugar dan Basil Cheese ni, aku lagi suka Cinnamon Sugar. Mungkin sebab aku ni hantu manis. Tapi pretzel cinnamon sugar ni sedap yang amat. Pretzel dia ada rasa tersendiri dan bila ada cinnamon sugar tu lagi sedap. Bila aku makan ni, bau wangi cinnamon menusuk dalam hidung. Rasa herba dan manis gula tu bila masuk dalam mulut, memang sedap. Macam Basil Cheese jugak, bahagian atas tu dia macam crunchy sikit, dan belah dalam chewy. Kalau korang datang sini, aku paksa rekemen korang beli pretzel sugar cinnamon ni. Aku nak highlight kan sekali lagi dekat sini - PRETZEL DIA BESAR.
Chicken Hawaiian Pretzel Pizza RM15.80 (7") | RM22.15 (10")
Ini salah satu makanan yang aku rasa unik la dekat cafe ni. Pizza ni bukan sebarang pizza. Walaupun inti dia nampak macam biasa chicken hawaiian tapi aku nak fokuskan pada dough dia pakai buat roti tu. Dough dia pakai dough pretzel. Memang lembut kalau makan. Even dekat bahagian hujung-hujung dough tu pun memang lembut. Kalau korang bawak balik rumah pun, roti pizza ni tak kan keras.
Pretzel n' Stew Green Curry RM17.90
Ini memang rare. Green curry makan dengan pretzel. Rasa green curry tu memang berlemak dan isi daging yang banyak tu. Dah habis makan pretzel tu pun, isi green curry ni masih banyak. Rasa green curry ni memang rasa berlemak habis tapi tak muak pun. Kalau makan ni dekat rumah, sure aku jilat pinggan. Nasib baik di khalayak ramai. Green curry ni dihidang dengan 2 keping mini pretzel, timun dan lobak dan sos cour cream. Dan yang aku tergamam tu dia cakap pretzel tu mini pretzel. Aku macam, what?? Mini pretzel. Besar kot pretzel yang dia bagi. Tak melambang kan mini harharhar. Tapi tak pe aku suka. Lagi banyak aku boleh makan.
Volcano Chocolate Cake with Ice Cream RM 13.65
This is heaven on earth! Jujur aku cakap, kalau korang pergi Cafe Pretz n' Beanz ni tak order Volcano Chocolate Cake with Ice Cream ni memang satu penyesalan terulung. Kau bayangkan kek coklat tu panas-panas, belah luar die crunchy then dalam tu lembut ditambah lagi dengan coklat meleleleleleleh. Tambah pulak dengan ais krim sejuk dekat atas. Kombinasi yang tak tau lah nak cakap ape. Aku mohon korang terliur je lah tengok gambar ni. Kalau datang sini semata-mata nak makan kek coklat ni pun memang berbaloi. Hahahah.
Ni rupa Cafe Pretz n' Beanz. Simple je deko dieorang tapi rasa cosy habis. Waktu ni dekat-dekat dengan Hari krismas so deko dieorang banyak ade unsur Krismas. Ruang makan belah dalam ni memang luas. Ruang makan dekat belah luar pun ok jugak tapi aku rekemen makan lah belah dalam. Selesa sikit.
Apa yang aku suka pasal Cafe Pretz n' Beanz ni:
Dekorasi Cafe
Dekorasi cafe ni nampak simple tapi cantik. Kemas je dia susun meja. Meja makan ni ada belah dalam dan belah luar. So, plenty space kalau ramai pun.
Staff Friendly
Staff kat situ rajin betul senyum. Siap main cak cak dengan Aneeq lagi. Yang paling best, kalau korang parking merata dekat area kedai kawasan ni, bila ada polis datang nak saman, staff dieorang cepat-cepat warning kata ada polis. Haaaa, kan bagus kalau semua kedai macam ni. Hohohoh.
Membercard Free!
Oh, kalau korang datang sini, make sure korang sign up untuk membership dieorang. Memang berbaloi. Kalau breakfast boleh dapat air percuma. Siapa tak suka kan?
Apa yang aku tak suka pasal Cafe Pretz n' Beanz:
Parking sikit
Parking area kawasan kedai ni memang tak seronok. Satu sebab parking cepat penuh. Lagi satu nanti polis datang nak saman. Tapi tak pe je kalau korang gamble parking merata sebab nanti staff dieorang akan bagitau kalau polis datang nak saman. Hewhewhew~
Nah, kalau korang nak cuba makan jugak dekat Pretz n' Beanz, dia ade 2 outlet tau. Satu dekat Mont Kiara dan satu lagi dekat IPC Damansara tu. Very recommended! Untuk maklumat lanjut, korang boleh usha Facebook dan website dieorang.
Alamat : Solaris Mont Kiara, 22,
Jalan Solaris 4 Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur.
Tel : 03-7732 0175