Sekarang ni dah cuti sekolah ke belum ek? Aku pun tak pasti sebab dah lama tinggal sekolah dan anak punbelum masuk sekolah lagi. Kalau mak bapak yang pening kepala nak fikir aktiviti apa yang anak korang boleh buat masa cuti sekolah nanti, meh aku nak bagi cadangan yang gila best dekat Petrosains KLCC.
9 Aktiviti Menarik Cuti Sekolah Di Petrosains KLCC
1. Maze - Dinding yang kelihatan seperti jalan terus ke hadapan.
2. Botol magik - Barang diisi dalam botol tanpa pecahkan, potong atau ubah bentuk botol.
3. Strobe Light Effect - Air naik ke atas
4. Lelaki berjalan atas piring hitam - Lelaki ini kelihatan seperti berjalan tanpa henti di atas piring hitam
5. Bakteria - Bakteria ini berjalan atas tangan!
6. Barbershop - Rasa geli semasa potong rambut tapi tak ada orang pun yang potong rambut?
7. Bayang-bayang - Hanya guna bayang-bayang untuk gerakkan objek?
8. TV Magik - Perlu pakai kaca mata untuk nampak skrin TV
9. Hurwitz Singularity - Ini aktiviti paling menarik yang anak-anak korang mesti suka.
Menarik kan? Ruginya kalau tak pergi bawak anak-anak korang tengok semua aktiviti ni. Serius menarik. Cepat-cepat bawak pergi sebab exhibition ni ada sampai 10 Januari 2016 je.
Untuk maklumat lanjut pasal harga tiket, waktu operasi, korang boleh tengok dekat website Petrosains -> Illusion Nothing Is As It Seems Petrosains KLCC.