Pada tahun 2015 ni Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Dato’ Sri Syed Danial bin Syed Ahmad akan membuat pengumuman rasmi berkenaan tarikh Hari Raya Puasa (Aidilfitri) tahun 2015 di Malaysia pada hari Khamis bersamaan dengan 16 Julai sekitar jam 8.15 malam.
Aku masa kecik-kecik dulu memang kejenya menunggu pengumuman tarikh Hari Raya Aidilfitri ni tiap-tiap tahun dengan Angah aku. Lepas je dengar pengumuman depan TV, belepum belepam bunyi mercun dan bunga api.
Kebiasaannya, pengumuman tarikh Hari Raya ni akan diumumkan 2 hari sebelum raya. Seingat aku, tiap-tiap tahun macam tu kot. Tapi tahun ni dia umum sehari sebelum sebab berdasarkan kedudukan bulan yang memenuhi kriteria Imkanur-rukyah (kebolehnampakan) dan menurut hitungan falak, ijtimak (bulan baharu) Syawal dijangka berlaku pukul 8.40 pagi pada 16 Julai.
Pengumuman yang dinantikan oleh semua umat Islam itu akan disiarkan secara langsung menerusi radio dan televisyen (RTM TV1). So, jom sama-sama tunggu pengumumannya. Hehehhe.
Apa-apa pun, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Selamat bergembira bersama keluarga. :D